Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Tuntutan Hadhanah di Mahkamah Syariah Serta 4 Kesan Kepada Anak-anak

Cara Tuntutan Hadhanah di Mahkamah Syariah Serta 4 Kesan Kepada Anak-anak

Ramai yang cakna mengenai bab faraid atau isu mengenai pembahagian harta. Namun bagaimana pula ilmu tuntutan hadhanah atau hak penjagaan anak-anak? Ya, hak hadhanah merupakan 1 lagi cabang ilmu yang sangat indah untuk kita pelajari dan fahami. Ini kerana anak-anak adalah amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dijaga dan didik dengan baik. 

Ia merupakan simbol kasih dan cinta malah mengikatkan lagi kasih sayang diantara suami dan isteri. Anak-anak adalah manifestasi daripada konsep Maqasid Syariah iaitu Hifz al-Nasl (penjagaan keturunan). Perceraian dalam islam tidak menjadikan ibu ayah tersebut bermusuhan, walaupon ikatan yang dibina tidak berjaya tetapi mereka masih mampu menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak mereka.

Namun, sebaliknya pula berlaku selepas bercerai. Ramai pasangan yang menjadikan anak-anak sebagai senjata utama untuk menyakiti hati pihak masing-masing. Adakah kita lupa anak-anak turut mempunyai perasaan dan mahukan sebuah keluarga yang bahagia dan saling berkasih sayang?

Anak-anak yang memendam rasa mungkin akan melampiaskan amarahnya ditempat lain. Sebagai contoh statistik yang dikeluarkan oleh berita harian mengenai Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan 2017 yang dikeluarkan oleh KEMENTERIAN KESIHATAN. Ini membuktikan bahawa perceraian bukan sahaja memberi impak kepada keruntuhan institusi rumahtangga, malah memberi impak yang besar kepada anak-anak juga.

Tuntutan Hadhanah 1 Perkara Wajib

Jika dipandang sebelah mata, mungkin perkara atau persoalan “Siapa yang akan jaga anak bila berlaku penceraian?” merupakan soalan mudah. Tetapi sebenarnya ianya 1 soalan berat dan besar yang memerlukan penelitian yang mendalam.

Percayalah, selain kekurangan kasih sayanga, banyak isu lain yang boleh timbul antaranya membawa kepada masalah kesihatan mental anak-anak.

7 Punca Utama Masalah Kesihatan Mental

Punca Masalan Mental
1. Faktor genetik.
2. Konflik keluarga.
3. Banyak alami cabaran sukar, rendah harga diri dan kurang kemahiran daya tindak.
4. Sejarah hidup pahit atau alami tragedi seperti kehilangan orang disayangi.
5. Masalah sosio-ekonomi seperti kewangan, kemiskinan, tiada kemudahan asas atau tempat tinggal sesak.
6. Banyak mengalami krisis hidup seperti masalah perhubungan atau penceraian.
7. Berlaku keganasan dalam persekitaran.

Percaya atau tidak, antara 7 senarai yang menjadi punca utama masalah kesihatan mental ini, ada 6 darinya adalah boleh bermula dari masalah penceraian. Jadi ini jelas membuktikan masalah penceraian bukan satu perkara remeh tetapi ianya memberik kesan yang mendalam dan jangka masa panjang pada individu dan keluarga terutama anak-anak.

tuntutan hadhanah

Anak-anak Mudah Terjerumus dalam Najis Dadah

Sangat membimbangkan apabila anak-anak kita mula terlibat dengan masalah sosial, satu statistik telah dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan KEMENTERIAN DALAM NEGERI. Remaja dalam kalangan Melayu mendominasi sehingga 78.3% yang terlibat dengan najis dadah.

tuntutan hadhanah

Tuntutan Hadhanah Satu Kewajipan

Walaupon perceraian dibolehkan didalam Islam, tetapi ianya menjadi racun buat anak-anak jika tidak diuruskan dengan baik. Jadilah co-parents yang terbaik walaupon rumahtangga gagal diselamatkan.

Anak-anak berhak untuk menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain. Kesan trauma dari kehancuran rumahtangga bukan kesan sementara. Ianya akan menyebabkan anak mengalami trauma sepanjang hidup.

Didalam kitab Raudhah al-talibin karangan Imam Nawawi memberi erti Hadhanah adalah mendirikan hak-hak dengan menjaga orang yang tidak mumayyiz dan tidak berdikari dengan urusan diri sendiri dan mengasuhnya dengan apa yang dia layak untuknya dan memelihara daripada apa yang menyakitinya.

Menurut definisi undang-undang Islam pula Hadhanah ialah hak penjagaan anak yang masih kecil, yang tidak boleh menguruskan dirinya selepas ibu bapa bercerai atau berpisah.

Picture4

Dibawah Seksyen 84 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Terengganu menyatakan secara terperinci akan siapa yang layak untuk menjaga kanak-kanak tersebut.

  • Ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu masih dalam fasa perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.
  • Namun, sekiranya ibu tersebut didapati hilang kelayakan bagi menjaga anaknya, dibawah seksyen yang sama turut menjelaskan.
  • Jika mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan dibawah Hukum Syarak dari mempunyai hak terhadapat hadhanah atau penjagaan anaknya, maka hak itu tertatkluk kepada subseksyen (3) hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut:-
SusunanHak Jagaan
1.Nenek sebelah ibu hingga keatas peringkatnya
2.Bapa
3.Nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya
4.Saudara perempuan seibu sebapa
5.Saudara perempuan seibu
6.Saudara perempuan sebapa
7.Emak saudara sebeleh ibu
8.Anak perempuan bagai suadara seibu sebapa
9.Anak perempuan bagi saudara seibu
10.Anak perempuan bagi saudara sebapa
11.Anak perempuan bagi saudara lelaki
12.Emak saudara sebelah bapa
13.Waris lelalki yang menjadi ‘asabah

Langkah-langkah Menuntut Hadhanah dalam Islam

Tujuan Hadhanah adalah menjaga kebajikan dan maslahat anak-anak dan penjaga mestilah mampu mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kepada anak dibawah jagaannya. Pihak-pihak boleh membuat tuntutan hadhanah di mahkamah syariah sejurus perkahwinan mereka dibubarkan. Apa langkah pertama yang perlu dibuat?

Borang-borang boleh didapati di setiap laman web mahkamah syariah negeri tersebut.

  1. Plaintif perlu kepilkan kad pengenalan, sijil perakuan cerai, sijil lahir anak dan mana-mana dokumen yang perlu.
  2. Selepas permohonan difailkan, dalam tempoh 21 hari pihak Plaintif dan Defendan akan dipanggil untuk menjalani proses Sulh.
  • Tujuan utama Sulh adalah untuk mencari titik perdamaian diantara pihak-pihak dan satu kata sepakat yang terbaik buat anak-anak mereka. Sekiranya satu kata persetujuan dicapai, persetujuan tersebut akan direkodkan di hadapan hakim dan dijadikan sebagai satu perintah mahkamah.
  • Ada juga keadaan yang mana proses Sulh tidak berjaya dan pihak-pihak saling tidak mahu mengaku kalah, pihak Defendan akan diberikan satu masa bagi memasukkan satu pembelaan untuk menafikan segala dakwaan terkandung di tuntutan Hadhanah.
  • Tuntutan tersebut akan dibicarakan dan pihak-pihak perlu membawa bukti dan saksi bagi menyokong tuntutan mereka.
  • Dakwaan tersebut perlu dibawa bersama bukti laporan polis yang menunjukkan bekas suami pernah ditangkap disebabkan dadah atau laporan kesihatan yang menunjukkan bekas isteri pernah dipukul ketika mana bekas suami berada dibawah pengaruh dadah.
  • Jika bekas suami mendakwa bekas isteri terlibat dengan pelacuran, dia hendaklah mengemukan bukti-bukti sama ada gambar atau mana-mana laporan yang menunjukkan kehidupan bekas isterinya berlawanan syariat.
  • Di dalam kes hadhanah, kita mengutamakan kebajikan anak tersebut. Kebajikan anak bukan hanya berkaitan makan dan minum, namun kita turut memandang series kepada agama, kesihatan dan pembelajaran anak tersebut.

FAQs Tuntutan Hadhanah

Apakah penting tuntutan hadhanah ini?

Penting bagi memudahkan urusan persekolahan anak-anak.

Saya tengok anak saya seperti tidak dijaga oleh baik sedangkan bekas isteri mendapat hak hadhanah. Apa yang perlu saya lakukan?

Encik boleh pergi ke mahkamah untuk membuat tuntutan mengubah perintah hak jagaan anak (http://syariah.terengganu.gov.my/files/Tuntutan-Mengubah-Perintah-Hak-Jagaan-Anak.doc)

Perintah telah dibuat tetapi pihak bekas isteri menghalang saya daripada berjumpa anak-anak, apa patut saya buat?

Boleh masukkan permohoanan pelaksanaan perintah mahkamah. Sekiranya perintah masih diingkari, satu pengkomitan ke penjara boleh dikeluarkan.

Adakah tuntutan ini memerlukan khidmat peguam syarie?

Sangat digalakkan untuk mengambil khidmat peguam akan tetapi bagi yang tidak berkemampuan, kerajaan telah menyediakaan Biro Bantuan Guaman namun tertakluk kepada terma dan syarat.

Adakah boleh dibicarakan sekali kes hadhanah dan nafkah anak?

Tidak, hadhanah merupakan bidang kuasa mahkamah tinggi syariah manakala nafkah anak dibawah bidang kuasa mahkamah rendah syariah. Ianya boleh difailkan sekali namun perbicaraan berlaku di dewan berasingan.

Saya berkahwin dengan warga asing dan dalam proses bercerai, apa patut saya buat untuk elakkan suami saya membawa lari anak tersebut?

Dalam kes ini, ibu boleh masukkan satu permohonan interim iaitu permohonan bicara sebelah pihak. Permohonan interim ini akan dibuat sekiranya terdapat unsur keterdesakan yang membolehkan ibu mendapat perintah sementara bagi menunggu perintah kekal hadhanah.

Adakah anak tidak berhak untuk memilih?

Anak-anak yang mumayyiz boleh memilih untuk tinggal dengan ibu atau ayah mereka. Had umur mumayyiz bagi anak lelaki adalah 7 tahun manakala bagi anak perempuan adalah 9 tahun.

Adakah saya tidak layak untuk bermalam dengan anak?

Sekiranya tuntutan tersebut mencapai kata sepakat, ibu dan ayah boleh merangka hak bermalam, hak berhari raya mengikut kesesuaian. Namun, ada juga keadaan yang mana Mahkamah yang menetapkan hak-hak tersebut.

Saya ibu, adakah saya boleh hilang kelayakan?

Jika ibu tersebut dapat dibuktikan bahawa akhlak moralnya rosak sebagai contoh terlibat dengan dadah, hidup berlawanan dengan syarak atau pon mengalami penyakit mental, ibu tersebut boleh hilang kelayakan dalam hadhanah.

Siapa yang boleh membuat tuntutan hadhanah tersebut?

Sekiranya terdapat ahli-ahli keluarga yang berkaitan melihat kebajikan anak-anak tersebut tidak terjaga, mereka boleh membuat tuntutan tersebut demi menjaga maslahat anak.

Bagaimana dengan anak angkat?

Anak tak saf taraf adalah anak yang lahir kurang dari 6 bulan 2 lahzah dalam tempoh perkahwinan. Sekiranya berlaku pembubaran perkahwinan, anak tersebut akan dijaga oleh ibu kandung anak tersebut.

Bagaimana dengan anak angkat?

Anak angkat tidak ada dalam peruntukan undang-undang. Pihak-pihak boleh berbincang sesama mereka bagi menentukan yang terbaik buat anak tersebut.

Berapa lama tempoh untuk selesaikan kes?

Bergantung kepada kepadatan kes di mahkamah syariah dan kerjasama pihak-pihak. Sekiranya kes berjaya mendapat persetujuan bersama kes akan terus direkodkan dan dijadikan sebagi satu perintah mahkamah.

Saya dan isteri bercadang untuk bahagi 2 minggu secara rata, boleh atau tidak?

Boleh, selagi mana masih boleh berkomunikasi secara baik, itu yang digalakkan bagi memudahkan urusan menjaga anak-anak.

Apakah perintah mahkamah syariah wajib diikut?

Sebolehnya patuh kepada perintah mahkamah bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati