Kerajaan hadirkan PAKEJ PERMAI 2021, Memandangkan kita kini harus menyesuaikan diri dengan keperluan norma baharu, kerajaan turut mengambil langkah mewujudkan inisiatif pelepasan cukai yang dilihat telah berjaya meransang ekonomi dalam beberapa industri.
Kerajaan juga sedia maklum, dengan perluasan norma baharu, kita kini mula menggunakan alat digital dengan lebih meluas lagi bagi mengekang penularan wabak yang boleh berlaku sekiranya kontak rapat seperti pertemuan semuka dan berkumpul dilakukan.
PAKEJ PERMAI 2021 : INISIATIF 9 &10 | MELANJUTKAN TEMPOH PELEPASAN CUKAI KHAS KE ATAS PEMBELIAN ALAT DIGITAL DAN TEMPOH CAPAIAN INTERNET PERCUMA
Oleh itu, salah satu inisiatif yang terkandung dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia 2021 atau PERMAI 2021 adalah :
- Inisiatif 9 : MELANJUTKAN TEMPOH PELEPASAN CUKAI KHAS KE ATAS PEMBELIAN TELEFON BIMBIT, KOMPUTER DAN TABLET
- Inisiatif 10 : MELANJUTKAN TEMPOH CAPAIAN INTERNET PERCUMA
Perdana Menteri mengumumkan, pelepasan cukai sebanyak Rm2500 ke atas pembelian telefon bimbit, computer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. Terdahulu, tempoh pelepasan cukai ini telah tamat pada 31 Disember 2020.
Sukacita juga dimaklumkan bahawa Perdana Menteri turut mengumumkan perlanjutan tempoh capaian internet percuma sebanyak 1 gigabit untuk memudahkan orang ramai melayari laman web termasuklah untuk tujuan pendidikan. Kemudahan ini telah bermula seawall 1 Januari 2021 sehingga hujung April 2021 dengan peruntukan sebanyak 500 juta ringgit.
Kemudahan inisiatif ini pastinya dapat memanfaatkan banyak pihak terutama golongan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi yang perlu melakukan pembelajaran dari rumah secara atas talian.
Teruskan mengikut kami untuk penerangan lebih lanjut 22 inisiatif PERMAI 2021.