Terdapat panduan kebenaran rakaman gambar murid iaitu untuk rakaman gambar dan video sering kali dikongsikan di media sosial sebagai cara untuk memaparkan pencapaian dan aktiviti murid. Namun, bagi menjaga privasi dan keselamatan murid, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan garis panduan yang jelas mengenai kebenaran untuk merakam dan memuat naik gambar atau video murid ke laman media sosial.
Garis panduan ini diwujudkan melalui pelaksanaan Surat Akuan Ibu Bapa/Penjaga yang bertujuan untuk melindungi hak murid di bawah jagaan institusi pendidikan. Dengan adanya langkah ini, KPM berusaha memastikan setiap aktiviti yang melibatkan rakaman murid dijalankan dengan mematuhi etika dan undang-undang yang ketat, serta mendapat persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga.
KPM Keluar Garis Panduan Kebenaran Rakaman Gambar Murid Di Media Sosial Melalui Surat Akuan Ibu Bapa
Isi Kandungan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Siaran Bilangan 9 Tahun 2024 yang memperkenalkan Pelaksanaan Surat Akuan Ibu Bapa/Penjaga. Tujuannya adalah untuk memberikan kebenaran kepada institusi pendidikan bawah KPM untuk merakam gambar, video, atau audio murid dan memuat naik rakaman tersebut ke media sosial, terutamanya bagi program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau institusi pendidikan. Langkah ini adalah usaha KPM untuk mengiktiraf pencapaian murid, di samping memelihara hak privasi dan keselamatan murid semasa aktiviti-aktiviti tersebut.
Baca juga Garis Panduan Pakaian Seragam Sekolah 2024 Baharu Oleh KPM.
Garis Panduan Kebenaran Rakaman Gambar Murid
Surat Siaran ini memberikan panduan yang jelas kepada semua institusi pendidikan di bawah KPM, termasuk bahagian KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk memastikan bahawa setiap rakaman yang dibuat memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Sebelum rakaman gambar, video, atau audio murid dimuat naik ke laman media sosial, institusi pendidikan mesti mendapatkan kebenaran melalui Surat Akuan Ibu Bapa/Penjaga.
KPM juga telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11 Tahun 2023 yang memperkenalkan Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial di kalangan institusi pendidikan. Ini bertujuan untuk mengawal penggunaan media sosial oleh pihak sekolah dan memastikan setiap konten yang dimuat naik adalah sah dan tidak menjejaskan privasi murid atau pihak lain. Menurut Perkara 5.3 (vi) dalam garis panduan tersebut, penjawat awam seperti guru dan pentadbir sekolah adalah dilarang memuat naik kandungan multimedia yang melibatkan murid tanpa kebenaran rasmi.
Download Borang Atau Surat Akuan Ibu Bapa/Penjaga Untuk Kebenaran Rakaman Murid
Untuk melaksanakan arahan ini, KPM telah menyediakan Surat Akuan Ibu Bapa/Penjaga yang mesti diisi dan ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga murid. Surat ini memberikan kebenaran bagi rakaman dibuat sepanjang program-program sekolah, dan membenarkan rakaman tersebut dimuat naik ke media sosial seperti laman institusi pendidikan, JPN, PPD, atau bahagian KPM. Surat ini hanya sah untuk tempoh satu tahun dan perlu diperbaharui setiap tahun oleh ibu bapa atau penjaga.
Surat yang telah lengkap diisi akan disimpan oleh institusi pendidikan sebagai rekod rasmi dan boleh dirujuk jika diperlukan. Ini adalah sebahagian daripada langkah untuk memastikan bahawa semua rakaman yang dibuat dan dimuat naik ke media sosial mematuhi peraturan privasi yang ketat.
Tempoh Kuat Kuasa Panduan Kebenaran Rakaman Gambar Murid
Surat Siaran ini, bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11 Tahun 2023, berkuat kuasa serta-merta mulai tarikh ia dikeluarkan. Ini bermakna, setiap program atau aktiviti yang melibatkan rakaman gambar atau video murid mesti mematuhi garis panduan ini untuk mengelakkan sebarang pelanggaran terhadap hak privasi murid.
Langkah KPM memperkenalkan Surat Akuan Ibu Bapa/Penjaga dan garis panduan penggunaan media sosial adalah satu inisiatif penting dalam memastikan privasi dan keselamatan murid di era digital ini. Kebenaran rakaman melalui surat akuan bukan sahaja mematuhi etika penggunaan media sosial tetapi juga melindungi kepentingan semua pihak yang terlibat, terutamanya murid yang sering menjadi subjek rakaman semasa aktiviti pendidikan.
Assalamualaikum nak tanya.. ada kh surat untuk tidak memberikan guru ii mengambil gambar murid tampa kebenaran dan post gambar/video tersebut di tiktok, Facebook, Instagram dan lain ii sebab saya ada cikgu praktikal waktu tu tengah rakam kami buat pembentangan dan di video tersebut saya tidak sengaja menampakkan muka syaa sebab saya fikir tangan ja nampak rupanya muka sekali jadi syaa stop vd tu lepastu on vd baru sayaau ja masuk album cgu lepastu buang tapi fikir ii tkut ada privasi cikgu jadi syaa x buka pastu saya tanya cgu praktikel “cikgu tidak post jiga kan video kamu buat pembentangan tu?” Ckgu jawab “tidak lah cikgu simpan vd tu sebagai kenangan jak” tapi selepas beberapa lama cokgu praktikal pindah cgu post video tu.. saya smpi nngis sbb malu.. saya minta tolong kawan tp smua x berani jadi syaa cht cgu ckp “cgu boleh ka cgu buang vd tu sebab saya malu muka saya cgu post” cgu ckp “alaa vd pendek ja pun apa mau malu bukan org nampak” sya nngis dngr astagaa sbb btul ii depan cam dngn muka sya tu astaghfirullah sya btul ii x puas hati cgu praktikel x jaga privasi last ii cgu tu cakap “cgu cakap tu kan masa cgu masih jadi cgu praktikel,skrg kan dh x jadi cgu praktikel jadi boleh post lah” sya dngr x puas hati saya hrp cerita saya boleh dijadikan pelajaran untuk guru ii diluar sana supaya x buat mcm tu sbb x semua murid suka kena gmbr ii rasa cm x jaga privasi org