Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Mohon Kerja Part Time Petronas yang Mempunyai Lebih 200 Cawangan di Malaysia

Mohon Kerja Part Time Petronas
Cara Mohon Kerja Part Time Petronas yang Mempunyai Lebih 200 Cawangan di Malaysia 5

Mohon kerja part time Petronas adalah merupakan salah satu inisiatif yang anda boleh buat untuk menambahkan pendapatan sampingan. Selain itu, pekerjaan part time atau sambilan di Petronas juga sesuai untuk diisi oleh mereka yang ingin bekerja untuk tempoh singkat atau baharu sahaja tamat belajar.

Dengan nama yang gah di persada dunia, syarikat Petronas yang merupakan pengusaha rangkaian stesen minyak yang popular di Malaysia menawarkan kerja yang boleh dimohon oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan kerjaya.

Dibuka untuk Mohon Kerja Part Time Petronas Bagi Seluruh Rakyat Malaysia

Jenis Kerja Part Time Petronas

Pihak Petronas telah memperkenalkan pelbagai jawatan yang boleh dipohon untuk kerja part time di Petronas. Jawatan-jawatan ini terbuka untuk pemohon yang mempunyai minat dan kebolehan yang sesuai.

  • Jurupam
  • Juruwang
  • Kru

Kelayakan Umum Permohonan

Untuk menjadi pekerja part-time di Petronas, anda perlu mematuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Berikut adalah syarat-syarat asas:

  1. Perlu berumur 18 tahun ke atas.
  2. Mempunyai kelulusan SPM atau yang setaraf dengannya.
  3. Mempunyai sikap kerja yang positif dan etika kerja yang baik.
  4. Mampu bekerja dengan baik dalam pasukan.
  5. Sanggup bekerja mengikut jadual syif yang telah ditetapkan.

Pakaian Seragam Pekerja Petronas

Untuk etika pekerjaan di stesen minyak petronas, adalah perlu untuk para calon yang mohon kerja part time Petronas mengenakan pakaian rasmi yang ditetap oleh pihak majikan. Sebagai cotnoh pemakaian yang betul, anda boleh merujuk kepada gambar dibawah.

Mohon Kerja Part Time Petronas
Cara Mohon Kerja Part Time Petronas yang Mempunyai Lebih 200 Cawangan di Malaysia 6

Cara Mohon Kerja Part Time Petronas

Anda boleh memohon pekerjaan sepenuh masa atau separuh masa di Petronas dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Rujuk butiran dan senarai lokasi stesen minyak Petronas yang berdekatan dengan anda.
  • Hubungi pihak stesen minyak Petronas yang anda minati untuk bekerja sebagai pekerja part time.
  • Sediakan resume atau CV yang mengandungi maklumat peribadi dan pengalaman anda jika diminta oleh majikan.
  • Tunggu untuk menerima makluman dan panggilan temuduga daripada majikan.
mohon kerja part time petronas

Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi stesen minyak Petronas di seluruh Malaysia, anda boleh merujuk kepada pautan yang diberikan di bawah ini.

Dengan senarai lokasi Petronas di atas, kami berharap anda akan dapat mencari pekerjaan part time di Petronas yang sesuai. Anda juga perlu merujuk kepada maklumat mengenai peluang pekerjaan di Petronas yang menawarkan pelbagai kelebihan dan maklumat yang perlu anda ketahui.

Perihal Pembayaran Gaji Kerja Part Time Petronas

Pengiraan Gaji untuk Pekerja Part Time

Pengiraan gaji untuk kerja part-time di Petronas akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk jenis pekerjaan, tempat kerja, jumlah jam kerja, dan kadar upah yang ditetapkan oleh majikan. Kebiasaannya adalah berbeza pengiraan mengikut kawasan.

PerkaraPenerangan
Kadar Upah Setiap JamAnda perlu mengetahui kadar upah yang ditawarkan untuk pekerjaan part-time yang anda lakukan. Kadar upah ini berbeza-beza bergantung kepada jenis pekerjaan dan tempat kerja. Ia mungkin dinyatakan sebagai jumlah yang dibayar untuk setiap jam kerja
Jumlah Jam KerjaBerapa banyak jam yang anda kerja setiap minggu atau bulan. Ini termasuk waktu yang anda habiskan di tempat kerja dan juga apa-apa waktu tambahan jika anda melakukan kerja lebih masa.

Gaji part-time anda boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:

  • Gaji = Kadar Upah Setiap Jam x Jumlah Jam Kerja

Contohnya, jika kadar upah setiap jam adalah RM7 dan anda bekerja selama 20 jam seminggu, pengiraan gaji anda adalah seperti berikut:

  • Gaji = RM7/jam x 20 jam = RM140 seminggu

Perlu diingatkan, pengiraan gaji ini adalah purata dan tidak termasuk potongan cukai atau manfaat lain yang mungkin ditawarkan oleh majikan. Selain itu, kadar upah dan polisi gaji mungkin berbeza di setiap lokasi dan mengikut jenis pekerjaan.

Pengiraan Gaji OT untuk Pekerja

OT(Over time) adalah merupakan kadar upah lebih masa yang ditetapkan oleh majikan atau undang-undang. Kadar ini lebih tinggi daripada kadar upah biasa. OT akan dapat dibuat oleh para pekerja apabila kerja lebih masa, hadir kerja cuti umum dan peristiwa.

Kerja Part Time Petronas

Jadi, dalam situasi ini, anda akan menerima tambahan RM25 untuk jam lebih masa yang telah anda kerja.

Soalan FAQs Berkenaan Kerja Part Time di Petronas

Jika saya mohon kerja part time Petronas,adakah saya layak mendapat caruman KWSP?

Untuk caruman pekerja, adalah wajib keatas pekerja menerima KWSP daripada majikan sebagai kebajikan. Tidak kira anda seorang pekerja full time atau part time, anda layak menerima KWSP.

Adakah disediakan pekerjaan mengikut shift di Petronas?

ya, masih tersedia pekerjaan mengikut shift bagi stesen minyak yang kebiasaanya menjalakan urusan perniagaan selama 24 jam.

Apakah boleh jika saya ingin mohon kerja part time Petronas pada waktu malam sahaja?

Sekiranya anda mempunyai minat untuk bekerja part time di waktu malam sahaja, anda boleh bertanya kekosongan yang tersedia di waktu malam kepada majikan. Kebiasaanya mudah untuk bekerja di waktu malam kerana adanya permintaan tinggi.

Jika saya seorang pekerja part time, adakah boleh saya diserap sebagai full time?

Untuk urusan kerja pengambilan kerja adalah berdasarkan keperluan majikan. Sekiranya anda adalah seorang yang berdedikasi dengan kerja dan majikan anda ingin anda bekerja sebagai full time itu adalah peluang untuk anda. Boleh juga anda terus bertanya majikan adakah kekosongan kerja sepenuh masa.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati