Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Resepi Ayam Buttermilk Mudah Tanpa Guna Banyak Bahan

Resepi Ayam Buttermilk Mudah Tanpa Guna Banyak Bahan

Resepi ayam buttermilk menjadi pilihan yang semakin popular di kalangan pencinta masakan global, hidangan yang lazat dan membangkitkan selera ini menyajikan gabungan antara ayam yang digoreng dengan lembutnya kuah buttermilk yang kaya dengan rasa, aroma dan kelembutan. Asal usul hidangan ini berakar dari gabungan masakan barat dan timur yang menghasilkan citarasa yang memikat.

Dalam artikel ini, admin akan berkongsi resipi ayam buttermilk yang mudah dan lazat. Resipi ini menggabungkan rasa ayam dengan kuah buttermilk yang lembut mencipta hidangan yang pasti menggoda selera anda, teruskan ikuti artikel ini untuk menikmati langkah-langkah penyediaan yang ringkas dan nikmati hasilnya di dapur anda sendiri!

Ikuti Resepi ayam buttermilk dengan langkah penyediaannya dan nikmati hasilnya di rumah anda sendiri!

20240101 211707 0000
Resepi Ayam Buttermilk Mudah Tanpa Guna Banyak Bahan 5

Apakah itu ayam buttermilk

Ayam buttermilk ialah hidangan yang menggabungkan daging ayam dengan kuah buttermilk yang kaya dengan rasa dan tekstur yang unik, hidangan ini melibatkan ayam yang digoreng dan disalut bersama dengan kuah yang dibuat daripada mentega, susu cair dan daun kari yang memberikan aroma yang wangi. kuah buttermilk ini memberikan citarasa yang lembut dan sedikit pekat.

1) Resepi ayam buttermilk pedas dan rangup

IMG 20240101 210953 828

Bahan-bahan:

  • 500g daging dada ayam dipotong kecil
  • Campuran tepung bestari pedas beserta serbuk cili
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 ulas bawang putih di cincang halus
  • Satu ikat daun kari
  • 5 biji cili padi dipotong serong
  • Satu ten susu cair (lebih kurang 200ml)
  • 1 sudu kecil serbuk hilal (atau guna garam dan gula secukup rasa)
  • 2 sudu besar tepung jagung (untuk memekatkan kuah)

Cara penyediaan:

  1. Celupkan potongan ayam ke dalam campuran tepung bestari pedas, serbuk cili dan sedikit air. Pastikan ayam dilapisi rata dengan campuran ini
  2. Celupkan sekali lagi ke dalam campuran tepung bestari pedas bagi melapisi ayam dengan lebih sekata.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam sehingga keperangan. Angkat dan toskan minyak, kemudian ketepikan ayam.
  4. Untuk menyediakan kuah buttermilk, cairkan mentega dalam kuali.
  5. Tumis bawang putih, cili padi dan daun kari dalam mentega yang telah cair.
  6. Biarkan tumisan sehingga naik aroma yang harum. Kemudian masukkan susu cair, serbuk hilal dan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  7. Masak dengan api sederhana hingga kuah sedikit kering dan pekat pastikan semua bahan tercampur rata.
  8. Letakkan ayam goreng ke dalam kuali berisi buttermilk yang sedap ini
  9. Biarkan sebentar supaya ayam meresap kuah
  10. Hidangkan panas bersama nasi dan siap untuk dimakan!

2) Resepi ayam buttermilk berkuah Pekat dan Berlemak

IMG 20240101 210953 277
Resepi Ayam Buttermilk Mudah Tanpa Guna Banyak Bahan 6

Bahan-bahan:

  • Dada ayam (dipotong dadu).
  • tepung bestari
  • serbuk cili
  • 3 sudu mentega
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili padi
  • 2 tangkai daun kari
  • Susu sejat (ikut level pekat kita suka)
  • Satu sudu susu pekat manis
  • 3 Cheese petak
  • Gula & Garam
  • 1 ten susu cair
  • Bancuhan tepung jagung (ikut sukatan kita suka)

Cara penyediaan:

  1. Sediakan mangkuk kosong dan masukkan ayam, telur salut dengan tepung bestari. Gaul sekata.
  2. Panaskan minyak, apabila minyak mendidih, masukkan ayam. Goreng hingga warna keemasan. Angkat dan toskan.
  3. untuk penyediaan buttermilk, masukkan sedikit minyak dan mentega. Gaul sekata
  4. kemudian tumiskan daun kari hingga sedikit garing, kemudian masukkan bawang putih, cili padi, ½ sudu serbuk kari, susu cair, sedikit air, garam.
  5. Masukkan cheese dan tambah bancuhan tepung sedikit.
  6. Apabila kuah mendidih, masukkan ayam tadi. Gaul ayam sekejap. Untuk hasil yang pekat, Masak lama dengan api sederhana lama-lama dia akan pekat.
  7. Angkat dan hidangkan

Soalan FAQs Berkenaan Resepi Ayam Buttermilk

Apakah bahan utama yang digunakan untuk menyediakan resepi ayam buttermilk?

Bahan utama yang digunakan untuk menyediakan ayam buttermilk, termasuk daging ayam, susu cair, daun kari dan tepung.

Adakah variasi atau cara lain untuk menambah rasa pada hidangan resepi ayam buttermilk?

Terdapat beberapa cara untuk menambah rasa pada hidangan ayam buttermik iaitu 1. Penggunaan lebih banyak herba seperti daun kari meningkatkan rasa dan orang aroma hidangan.
2. Untuk hasilkan kuah yang pekat boleh tambah susu tepung cheese ataupun susu cair (Masak lama sedikit)

Adakah alternatif bahan pengganti dalam resepi ayam buttermilk bagi mereka yang tidak suka susu cair?

dia terdapat berapa alternatif yang boleh digunakan bagi mereka yang tidak suka susu untuk membuat versi ayam bertemik yang sesuai beberapa pengganti susu yang boleh dipertimbangkan termasuk
● Susu freshmilk
● Lebihkan tepung jagung dan cheese

Bagaimana cara memastikan kuah buttermilk tidak terlalu cair atau terlalu pekat ketika di masak?

Untuk memastikan konsistensi yang tepat pada kuah buttermilk:
1. Sekiranya kuah terlalu cair, masaklah dengan api sederhana hingga separa pekat untuk mengurangkan kecairan kawal suhu ketika memasak, sebaliknya jika terlalu pekat, tambah susu atau air secara berperingkat untuk mencairkan kuah.
2. Jika kuah terlalu cair, tambahkan bahan pengikat seperti tepung jagung secara beransur-ansur, campurkan dalam sedikit air sebelum dituang ke dalam kuah supaya tidak berketul.
3. Biarkan kuah mendidih dengan perlahan dan terus adun secara berterusan untuk mengelakkan kehangusan atau pengentalan yang tidak seimbang

Berapa lama masa yang diperlukan untuk memasak hidangan resepi ayam buttermilk dengan betul?

Masa memasak hidangan ayam buttermilk boleh berbeza bergantung kepada jumlah hidangan yang disediakan dan juga kesesuaian rasa yang diinginkan, secara purata proses memasak ayam buttermilk biasanya mengambil masa lebih kurang 30 hingga 45 minit dari persiapan hingga siap di hidangkan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati