Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

15 Langkah Untuk Dapatkan Kad Visa Debit Touch n Go (TNG) Dengan Title Dato & Datin

kad debit tng nama dato
kad Visa Debit Touch n Go

Sebelum bercakap tentang Kad Visa Debit Touch n Go, admin rasa ramai yang tahu tentang kewujudan aplikasi Touch N Go (TNG) namun tak ramai yang memaksimakan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh TNG ini. Hari ini kita akan fokus kepada bagaimana langkah-langkah dan cara cepat untuk membuat tempahan kad debit TNG ini dan lagi menarik bukan sekadar kad debit biasa, tetapi anda boleh customize meletakkan nama panggilan “Dato, Datin” dan sebagainya.

Dari segi undang-undang dan moral, kedua-duanya adalah tidak baik. Tetapi mungkin jika sekadar untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk tujuan lain seperti menipu atau scam orang rasanya mungkin alasan ini boleh diterima orang.

Tugas admin hanya ingin kongsikan cara mendapatkan kad visa debit touch n go sahaja melalui langkah-langkah mudah dibawah.

Tempah Kad Visa Debit Touch n Go Secara Online

Sebelum membuat tempahan kad visa debit touch n go ini, perkara pertama yang perlu dipastikan ialah anda perlu verify akaun anda ini. Langkah mudah ini telah kami kongsikan di dalam artikel “Cara Verify Akaun Touch n Go” sebelum ini.

Jika akaun anda sudah verify, ianya akan ditanda seperti berikut.

not verify
Akaun touch n go belum di verify.
verify
Akaun touch n go sudah di verify

Antara kemudahan yang diberikan kepada mereka yang verify akaun tnc adalah anda akan dapat nikmati pelbagai fungsi penuh seperti pindahan wang, had pindahan yang tinggi da banyak lagi. Tetapi ianya tidak wajib bagi mereka yang hanya perlukan fungsi asas sahaja dan had lebih rendah sekitar RM200 sahaja.

Tutorial Lengkap Menempah Kad Visa Debit Touch n GO

Untuk membuat tempah kad visa ini, pihak kami sudah susun 1 tutorial mudah yang anda boleh ikuti. Berikut kami kongsikan langkah-langkah membuat tempahan kad visa debit melalui gambar dibawah.

Langkah #1

step 1
  • Pergi ke butang profile di atas sebelah kanan dan tekan profile. Anda akan dibawa ke interface baru seperti dibawah.

Langkah #2

step 2 1
  • Pada paparan diatas, sila tekan “Get it now” bagi senarai Visa Card.

Langkah #3

step 3
  • Pada langkah ketiga ini, anda diingatkan oleh pihak Touch n Go bahawa kad visa debit ini bukan untuk kegunaan pembayaran tol di lebuhraya. Ingat, kad visa ini berbeza dengan kad touch go biasa. Jika anda faham, sila tekan “Got it!”

Langkah #4

step 4
  • Pada langkah ke-4, seperti anda lihat didalam gambar diatas anda hanya perlu tekan butang “Get Card Now” yang berada di bahagian tengah di bawah sekali display.

Langkah #5

step 5
  • Sila tekan butang “Complete Now” seperti gambar diatas.

Langkah #6

step 6
  • Sila masukkan nama anda disini. Sebelum ini ramai yang nak tahu cara letak nama panggilan di kad visa bukan? Baiklah disini rahsianya sebenarnya. Sangat mudah, hanya masukkan nama panggilan yang anda inginkan seperti Encik, Puan, Cik, Haji dan sebagainya.

Langkah #7

step 7
  • Isi sehingga selesai butiran anda melibatkan nama penuh, alamat, email, nombor telefon. Sila pastikan butiran yang diberikan adalah tepat. Setelah selesai, tekan butang “Next”.

Langkah #8

step 8
  • Pada langkah ke-8 ini, anda perlu pastikan butiran yang anda berikan sebelum ini adalah tepat. Selepas disemak beberapa kali, anda boleh buat bayaran sebanyak RM10.00 untuk pemprosesan tempahan kad visa. Langkah yang mudah, hanya tekan butang “Pay Now” seperti yang ditunjukkan dalam gambar diatas.

Langkah #9

step 9
  • Untuk langkah ini, jika ewallet anda tiada baki mencukupi terutama mereka yang belum pernah topup akaun ewallet maka anda perlu buat bayaran melalui cara yang lebih rumit sedikit. Caranya seperti yang ditunjukkan anda perlu topup dahulu.

Langkah #10

step 10
  • Selesaikan langkah 10 dengan memasukkan nombor MSOS Code yang anda diterima. Tekan butang “submit”.

Langkah #11

step 11
  • Selesai! Anda akan terima notifikasi seperti gambar dibawah menyatakan “Your physical card will arrive soon!”. Tekan butang “Done” dan tunggu selama 1-2 minggu. Anda akan dapat surat cinta dari touch n go.

Langkah #12

step 12
  • Setelah 2 minggu anda boleh tekan butang seperti langkah 1 hingga 3. Di dalam surat yang anda terima, anda akan dapat QR Code yang mana hanya perlu scan sahaja. Seperti gambar diatas, sila tekan “Scan Now”.

Langkah #13

step 13
  • Ini surat tersebut! 1-2 minggu sampai di rumah anda. Mungkin akan berbeza dari segi masa berdasarkan faktor jarak, musim dan sebagainya. Yang penting sila sabar menanti.

Langkah #14

step 14
  • Ini dia, ada kad + qr code yang anda perlu scan.

Langkah #15

step 15
  • Sila scan qr code dan tekan butang “Activate Physical Card”. Selesai.

FAQ Kad Visa Debit Touch n GO

Berapa lama penghantaran Kad Debit & surat dari touch n go untuk sampai ke alamat anda?

Mengikut pengalaman, 1-2 minggu sahaja.

Adakah kad debit touch n go ini boleh digunakan untuk keluarkan duit di mesin ATM?

Ya, boleh!

Adakah terdapat limit transaksi untuk kad tnc ini?

Ya, ada limit.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati