Pengecualian Ujian Teori Lesen Memandu. Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengumumkan dasar baharu berkaitan dengan kursus pembelajaran dan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) untuk memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM). Dasar baharu ini membolehkan individu yang sudah mempunyai LMM untuk motosikal atau kereta untuk memperoleh LMM dalam kategori yang berbeza tanpa perlu mengikuti Kursus KPP01 dan Ujian Teori KPP01 sekali lagi.
Dasar ini bertujuan memudahkan rakyat Malaysia dalam memperoleh LMM tanpa mengurangkan tahap kecekapan pemandu.
Pelaksanaan dasar ini berdasarkan maklum balas awam dan bertujuan menghemat masa dan kos dalam proses memperoleh LMM yang sah.
TELEGRAM INFORMASI ✉ |
---|
➥ Sertai Telegram Informasi Terpantas Kerajaan Malaysia |
JPJ Buat Perubahan Positif Kearah Negara Maju
Isi Kandungan
- 1 JPJ Buat Perubahan Positif Kearah Negara Maju
- 2 Pengecualian Ujian Teori Lesen Memandu Malaysia Oleh JPJ Berkuatkuasa 15 September 2023
- 3 Soalan FAQs Mengenai Dasar Baharu JPJ
Dibawah Kerajaan Madani, Jabatan Pengangkutan Jalan telah mengumumkan bahawa semua rakyat Malaysia tidak perlu lagi melekatkan road tax di cermin kenderaan persendirian. Pengumuman ini disambut baik oleh seluruh rakyat Malaysia kerana memudahkan urusan rakyat dengan jayanya.
Selain itu, pihak JPJ juga telah telah membuat anjakan paradigma didalam sistem perlesenan dimana kita tidak lagi perlu beratur panjang di pos laju atau di pejabat JPJ untuk memperbaharui lesen memandu dimana semuanya sudah didigitalkan. untuk ulasan lanjut, berikut kami kongsikan butiran lengkap.
2 PENGUMUMAN AWAL JPJ |
---|
➤ ️️Rakyat tidak perlu lagi melekatkan road tax di cermin kenderaan persendirian. |
➤ Cara renew lesen memandu secara online. |
Percaya atau tidak, JPJ tidak berhenti disitu sahaja dimana sekali lagi kita dikejutkan dengan berita baik buat rakyat Malaysia iaitu JPJ telah membuat pengecualian ujian teori lesen memandu bermula 15 September 2023. Mari kita ikuti lebih lanjut butiran pengumuman ini.
Pengecualian Ujian Teori Lesen Memandu Malaysia Oleh JPJ Berkuatkuasa 15 September 2023
Untuk mempermudah pengambilan Lesen Memandu Malaysia (LMM), terutamanya bagi golongan muda, Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengumumkan Ketetapan Dasar Baharu berkaitan dengan bahagian pembelajaran dan Kursus Teori dalam Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) bagi memperoleh LMM.
Mulai 15 September 2023, individu-individu yang kini sudah memiliki LMM dalam kategori motosikal atau motokar, dan berkeinginan untuk mendapatkan LMM dalam kategori yang berbeza (motosikal atau motokar), akan dikecualikan daripada keperluan menghadiri Kursus KPP01 dan Ujian Teori KPP01. (Rujuk Lampiran 1)
Hanya Satu Ujian Teori Bagi Lesen Motosikal, Kereta Pengecualian Ujian Teori Lesen Memandu
Sebagai contoh, individu yang telah berjaya melalui ujian KPP01 (Teori) untuk lesen memandu motosikal tidak perlu mengambil semula ujian KPP01 apabila mereka memilih untuk mendapatkan lesen memandu motokar.
Namun, penting untuk diingat bahawa calon tetap dikehendaki menjalani latihan dan menghadiri ujian KPP02 (Praktikal di Litar) dan KPP03 (Praktikal di Jalanraya) secara berasingan apabila mereka mengambil LMM untuk motosikal dan LMM untuk motokar. Individu tersebut hanya perlu menyemak semula dan memperbaharui Lesen Belajar Memandu (LDL) mereka, dan selepas itu, mereka boleh mendaftar di Institut Memandu untuk menyelesaikan latihan dan ujian peringkat KPP02 dan KPP03 dalam kategori kenderaan yang bersesuaian.
Syarat umur yang diperlukan untuk memperoleh LMM motosikal adalah 16 tahun atau lebih, manakala untuk motokar adalah 17 tahun atau lebih. Selain itu, individu juga dikehendaki bebas daripada sebarang rekod tindakan senarai hitam yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Penggabungan Kursus & Ujian Memandu
Sebagai contoh, individu yang sudah lulus ujian KPP01 (Teori) untuk lesen memandu motosikal tidak perlu mengambil KPP01 lagi ketika ingin memperoleh lesen memandu kereta. Namun, calon masih dikehendaki menjalani latihan dan ujian KPP02 (Praktikal di Litar) dan KPP03 (Praktikal di Jalanraya) secara berasingan apabila ingin memperoleh LMM untuk motosikal dan LMM untuk kereta.
Individu tersebut hanya perlu memperbaharui Lesen Belajar Memandu (LDL) dan kemudian mendaftar di Institut Memandu untuk menjalani latihan dan ujian KPP02 serta KPP03 dalam kategori kenderaan yang berkaitan.
Perbandingan Dasar Lama & Baru
Dasar lama yang digunakan sebelum 15 September 2023
Pengecualian Ujian Teori Lesen Memandu | Ada Lesen Motosikal dan Ambil Lesen Kereta | Ada Lesen Kereta dan Ambil Lesen Motosikal |
---|---|---|
KPP01 | Wajib | Wajib |
KPP02 | Wajib | Wajib |
KPP03 | Wajib | Wajib |
Dasar baharu yang akan digunakan berkuatkuasa bermula 15 September 2023
Pengecualian Ujian Teori Lesen Memandu | Ada Lesen Motosikal dan Ambil Lesen Kereta | Ada Lesen Kereta dan Ambil Lesen Motosikal |
---|---|---|
KPP01 | Tidak Wajib | Tidak Wajib |
KPP02 | Wajib | Wajib |
KPP03 | Wajib | Wajib |
KPP01: Teori
KPP02: Praktikal di Litar
KPP03: Praktikal di Jalan Raya
Diharapkan inisiatif ini akan memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia dalam usaha memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) bagi kelas Motosikal atau Motokar tanpa mengganggu tahap kecekapan pemandu. Pelaksanaan ini berdasarkan maklum balas awam dan bertujuan untuk mengurangkan penggunaan masa dan kos yang diperlukan untuk memperoleh LMM yang sah, sejajar dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan untuk menjaga kesejahteraan rakyat melalui konsep Malaysia Madani.
Untuk maklumat lanjut mengenai penggabungan kursus dan ujian memandu untuk motosikal dan kereta, sila layari laman web Kementerian Pengangkutan.
Soalan FAQs Mengenai Dasar Baharu JPJ
Apakah Syarat Kelayakan Inisiatif Baharu?
Untuk kelayakan pengecualian ujian lesen memandu ini adalah mesti minima berumur 16 tahun bagi motorsikal dan minima 17 tahun bagi kereta. Selain itu juga, pemandu adalah dari golongan yang bukan dalam senarai hitam JPJ.
Bagaimana Dengan Mereka Yang Sudah Melepasi Ujian Teori Kedua-dua?
Bagi mereka yang sudah melepasi ujian teori motor dan motokar adalah mereka disahkan lulus untuk kedua-dua ujian. Adapun bagi mereka yang masih belum melepasi tetapi mempunyai rekod ujian teori daripada motor atau kereta adalah dilepaskan dengan dasar baharu.
Adakah Selamat Jika Hanya Bergantung Dengan 1 Ujian Teori Dari Motorsikal & Kereta?
Ya, selamat untuk semua para pemandu. Hal ini sudah dijelaskan bahawa dasar ini dilaksanakan untuk mengurangkan kos rakyat yang mengambil lesen dan dalam masa yang sama tidak mengurangkan kecekapan para pemandu.
Bagaimana Dengan Ujian Teori Memandu Yang Melibatkan Lesen PSV dan GDL?
Sebelum ini,Kerajaan telah mengumumkan pemansuhan ujian teori bagi Lesen Vokasional melibatkan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL) berkuat kuasa serta-merta.
Turut memaklumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke , kelas teori bagi Lesen Vokasional boleh dilaksanakan secara atas talian.