Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official myBAS Tambang Bas Percuma Dibawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) 2023

myBAS Tambang Bas Percuma Dibawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) 2023

Mohon myBAS Tambang Bas Percuma Dibawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) 2023 yang dapat membantu sedikit sebanyak kepada rakyat Malaysia.

Berita gembira untuk semua warga Seremban, Ipoh dan Johor Bahru yang layak bakal menikmati tambang percuma dengan MY BAS KONSESI di sepanjang laluan perkhidmatan MYBAS!

Tahukah anda apakah itu myBAS Tambang Bas Percuma Dibawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) 2023 dan adakah anda layak menerima tambang percuma ini?

Jom ketahui lebih lanjut berkaitan dengan bantuan kerajaan secara rasmi dengan ikuti telegram dibawah.

myBAS : Tambang Bas Percuma Dibawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) 2023

Pengenalan myBAS

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengumumkan pelancaran program inisiatif ‘myBAS Konsesi’ yang menawarkan perjalanan percuma bagi perkhidmatan bas henti-henti myBAS bermula dari 15 Ogos 2023.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, dengan penuh pengharapan menjelaskan bahawa inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) yang diperkenalkan di tiga bandar utama iaitu Seremban, Ipoh, dan Johor Bahru.

Dalam keterangannya, beliau menyatakan bahawa perkhidmatan bas henti-henti percuma ini dikhaskan untuk golongan yang memerlukan seperti orang kurang upaya (OKU), warga emas, kanak-kanak, dan pelajar sekolah berumur tujuh hingga 17 tahun.

Syarat Kelayakan

Pas Transit myBAS Konsesi ini adalah khas untuk:

  1. Pemegang Kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dari JKM
  2. Warga Emas berumur 60 tahun ke atas
  3. Kanak-kanak dan pelajar berumur 7-17 tahun yang bersekolah di kawasan liputan perkhidmatan myBAS.

*Sebagai tambahan, kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan ke bawah juga boleh menaiki MyBAS Seremban, Ipoh dan Johor Bahru secara percuma dan tiada pendaftaran diperlukan.

Cara Permohonan

Mereka yang berkelayakan boleh mendaftar di kaunter perkhidmatan myBAS dengan membawa dokumen pengenalan diri seperti MyKAD, MyKID dan MyTentera.

  • Permohonan boleh dikemukakan di kaunter-kaunter perkhidmatan myBAS dengan membawa dokumen pengenalan diri seperti MyKad, MyKid atau MyTentera
  • Lokasi pendaftaran pas myBas Konsesi adalah seperti berikut:
Kawasan Liputan myBASLokasi Pendaftaran myBas Konsesi
Seremban• Stesen Bas Bahau
• Terminal Bas Tampin
• Nilai Sentral
• Terminal Bas Port Dickson
• Terminal 1 Seremban
Ipoh• Stesen Bas Medan Kidd
Johor Bahru• KSL City Mall
• TF Value Mart (Nusa Bestari)
• Terminal Bas Gelang Patah
• Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
• Terminal Bas Kulai
• JB CIQ

 

MAKLUMAT DETAIL PERMOHONAN MYBAS

LOKASI PENDAFTARAN

Lokasi-lokasi pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Seremban

    • Stesen Bas Bahau
    • Terminal Bas Tampin
    • Nilai Sentral
    • Terminal Bas Port Dickson
    • Terminal 1 Seremban
  2. Ipoh

    • Stesen Bas Medan Kidd
  3. Johor Bahru

    • KSL City Mall
    • TF Value Mart (Nusa Bestari)
    • Terminal Bas Gelang Patah
    • Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
    • Terminal Bas Kulai
    • JB CIQ
Official myBAS Tambang Bas Percuma Dibawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) 2023 5

myBAS Tambang Bas Percuma

mybas 1
myBAS Tambang Bas Percuma Dibawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) 2023
mybas 2
myBAS Tambang Bas Percuma Dibawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) 2023
mybas 3
myBAS Tambang Bas Percuma Dibawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) 2023

Mengenai SBST

Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti atau SBST merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan bagi menambahbaik perkhidmatan bas berhenti-henti di bandar-bandar utama yang menghubungkan kawasan luar bandar agar lebih efisyen dan boleh diharap. Dengan jenama perkhidmatan myBAS, ia telah dilaksana di Kangar, Seremban, Ipoh, Kuala Terengganu dan Johor Bahru.

Terdapat program-program yang diwujudkan Kerajaan bagi membantu indutri pengangkutan awam agar terus beroperasi dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dengan menambah kekerapan perjalanan dan membaiki keadaan pengangkutan awam yang lebih effisen. Perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih sistematik dan kadar penjimatan tambang yang mampu milik dapat ,meningkatkan aksesibiliti rakyat dalam menggunakan pengangkutan awam sebagai pilihan utama.

Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF)

ISBSF diwujudkan kerajaan pada 2012 bagi membantu menampung kos operasi harian pengendali bas berhenti-henti yang terbabit, berikutan kerugian dialami disebabkan sebahagian daripada laluan mereka yang tidak menguntungkan. Kerajaan memberi perhatian terhadap isu ini kerana kebanyakan laluan yang terbabit terletak di luar bandar dan perkhidmatan tersebut masih diperlukan oleh penduduk untuk meneruskan akvititi harian mereka. ISBSF diwujudkan kerajaan untuk memastikan syarikat pengendali bas henti-henti, terutama di kawasan luar bandar tidak menamatkan perkhidmatan kerana peningkatan kos dan kerugian yang dialami kerana laluan terbabit kurang penumpang. Dengan dana ISBSF ini, banyak syarikat dapat meneruskan operasi di kawasan luar bandar dan pengguna di kawasan berkenaan tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan khidmat pengangkutan awam ini.

Perkhidmatan ini dipantau oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) selaku agensi pelaksanan program SBST.

Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST)

SBST diwujudkan kerajaan pada 2015 di mana perlaksanaan dan pemantauan operasi SBST adalah lebih cekap dan sistematik. Program ini dimulakan di ibu-ibu negeri seperti Kangar, Seremban, Ipoh dan Kuala Terengganu.

Semoga dengan segala perkongsian maklumat mengenai myBAS Tambang Bas Percuma Dibawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) 2023 dapat membantu pemohon yang memohon.
Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati