Login Sistem HRMIS 2.0. Human Resource Management Information System (HRMIS) adalah sistem di bawah Aplikasi Perdana Projek Kerajaan Elektronik, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah semua agensi sektor awam.
Objektif HRMIS 2.0
Isi Kandungan
- Membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat pengurusan sumber manusia;
- Mengautomasikan proses operasi pengurusan sumber manusia;
- Membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan;
- Memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal, penyelarasan proses sumber manusia dan capaian melalui single window;
- Menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paperless; dan
- Menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi.
Disini, Sistem Guru Online ingin berkongsi sedikit info tentang sistem pengurusan sumber manusia secara atas talian ini;
Sistem HRMIS 2.0
1. HRMIS 2.0 Login
HRMIS boleh dicapai melalui Portal HRMIS seperti berikut :
Login HRMIS 2.0
Perhatian : Pegawai dan Staf yang bukan dari Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri perlu berhubung terus dengan pihak Kementerian/ Jabatan/ Agensi anda sekiranya terdapat persoalan mengenai aplikasi HRMIS.
Sistem ini disarankan untuk dilayari menggunakan Internet Explorer 10+, Chrome 39+, Firefox 30-39, Safari 5+ dan Chrome for Android.
KEMASKINI KATA LALUAN HRMIS
Dasar Keselamatan ICT telah membuat keputusan supaya kata laluan HRMIS:
i) Sekurang-kurangnya mengandungi 12 aksara
ii) Mengandungi huruf dan nombor
iii) Mengandungi aksara khas (cth, @)
iv) Mengandungi huruf besar dan huruf kecil
Dipohon kerjasama semua pengguna HRMIS untuk kemaskini kata laluan supaya mematuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas.
Dapatkan Brochure HRMIS disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila muat turun menggunakan pautan yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :
Konsep dan Falsafah HRMIS
- HRMIS ini telah dibina dan dilaksanakan bagi mencapai visi, hala tuju strategik PSM dan amalan amalan terbaik. Model ini akan menyelaras dan mengemaskinikan proses dan fungsi PSM kepada 10 fungsi yang utama.
- PSM ini berteraskan elemen kompetensi. Komponen komponen ini adalah tulang belakang yang menggerakkan semua fungsi PSM.
- Sesuatu organisasi yang punyai pegawai yang kompeten hendaklah memastikan ianya efektif dan cekap dalam penyampaian perkhidmatan terhadap pelanggan. Jadi, penilaian kompetensi pihak pengurusan dapat mengenalpasti tahap kompetensi seseorang pegawai berdasarkan jawatan yang disandangnya.
- Jika terdapat jurang antara kompetensi pegawai dan jawatan disandang, pegawai itu boleh diambil tindakan supaya jurang tersebut boleh dibaik pulih.
- Maklumat tahap kompetensi seseorang pegawai akan menjadi input penting dalam modul-modul teras yang lain iaitu Modul Perolehan Sumber Manusia, Modul Pembangunan, Modul Pengurusan Prestasi, Modul Pengurusan Kerjaya; dan Modul Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran.
Senarai Fungsi di dalam HRMIS 2.0
- Formulasi dan Penilaian Strategi
- Perolehan Sumber Manusia
- Pembangunan
- Pengurusan Kerjaya
- Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran
- Pengurusan Komunikasi dan Tatatertib Pekerja
- Pengurusan Prestasi
- Penilaian Kompetensi
- Pengurusan Rekod Peribadi
- Penamatan Perkhidmatan
- Data Perjawatan
- Perkhidmatan Maklumat
Dapatkan update terkini dunia pendidikan dan Menarik Melalui laman sesawang rasmi Sistem Guru Online.