Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Negara Kekurangan Guru : 10,000 Guru Diperlukan Di Kawasan Bandar

Screenshot 20220913 090516
Negara kekurangan guru

Negara Kekurangan Guru : 10,000 Guru Diperlukan Di Kawasan Bandar. Makluman terbaru daripada data Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) mengenai sekolah-sekolah di kawasan bandar di seluruh negara mengalami keadaan dimana kita kekurangan hampir 10,000 pendidik dan ini akan menjadikan isu kekurangan guru di kawasan bandar semakin meruncing.

Hal ini dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin yang menegaskan mengenai soalan yang diajukan dalam sidang dewan negara semalam.

Menurut beliau, bilangan jumlah guru di kawasan bandar ketika ini adalah sejumlah 307,000 orang guru sahaja dan ia menandakan kekurangan hampir 10,000 orang guru.

Apa yang mengejutkan adalah, menurut data jumlah kekurangan tersebut lebih tinggi berbanding di kawasan luar bandar dengan bilangan 110,000 dan hanya sebanyak 4,732 kekosongan sahaja yang perlu diisi.

Negara Kekurangan Guru : 10,000 Guru Diperlukan Di Kawasan Bandar

Perkara ini merupakan satu hal yang serius dimana kita kekurangan guru yang mana akan menjejaskan proses pembelajaran anak murid di sekolah dan akan merencatkan kerapian sistem pendidika negara.

Negara Kekurangan Guru : 10,000 Guru Diperlukan Di Kawasan Bandar Apa Penyelesaiannya?

Perkara ini bukanlah perkara baru yang mana sebelum ini juga kita banyak kekuranan guru di kawasan luar bandar yang mana kita fokuskan pada penambahan jumlah guru yang sekarang ini mengurangkan masalah tersebut.

Kini, kita pula kekurangan guru di kawasan bandar yang mana bagi kita ia merupakan satu kecacatan dalam sistem pendidikan negara Malaysia yang sedang berusaha memartabatkan ilmu kepada bangsa.

Secara umumnya, perkara ini diberi perhatian dan caknaan dari Mohamad, timbalan menteri Pendidikan Malaysia. Menurut pihak KPM, mereka mengambil beberapa cara pendekatan bagi menyelesaikan isu kekurangan guru di kawasan bandar.

Penyelesaian Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia Dalam Isu Negara Kekurangan Guru Di Kawasan Bandar

Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) sentiasa mengambil berat masalah Negara Kekurangan Guru dan cakna akan penyelesaian dalam masalah-masalah yang timbul dalam sistem pendidikan negara.

Menurut pihak KPM, pendekatan telah dilakukan dan akan terus komited menyelesaikan isu dalaman ini. Berikut merupakan pendekatan yang dibuat oleh KPM:

1.Penubuhan Jawatankuasa Pengambilan Dan Penempatan

Usaha KPM adalah untuk memastikan program penempatan guru dan pengambilan guru adalah bersesuaian dan menepati rancangan pendidikan negara. Peranan jawatan kuasa ini juga mengenal pasti apa-apa perubahan yang berlaku dalam dasar,kurikulum, program dan masalah dalam guru. Keseimbangan pengambilan guru juga akan ditekankan.

2.Lantikan One-off Guru

Seramai 16,381 guru telah ditempatkan di sekolah-sekolah melalui lantikan one-off yang dibuka pada 31 Julai 2022 dan daripada jumlah itu, sebanyak 5,944 guru telah ditempatkan di sekolah kawasan luar bandar.

3. Rancangan Penempatan PPP DG41

KPM terus melaksanakan urusan penempatan Pegawai Pendidikan Pendidikan (PPP) Gred DG41 tahun 2022. Pengurusan ini diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP) yang dianggarkan sebanyak 15,761 guru yang diterima. Daripada jumlah itu ia merupakan satu unjuran kementerian tetapkan dalam pemilihan bakal graduan dari IPG dan Universiti Awam.

Pengambilan Guru Secara Besar-Besara Wajar Dilakukan

Apabila isu Negara Kekurangan Guru dibangkitkan, pengambilan guru secara berskala besar wajar dibuat oleh pihak berwajib. Ini juga meruapakan satu keperluan untuk memenuhi permintaan guru di kawasan kekurangan guru di kawasan bandar.

Hal ini juga memberi kesan positif dan peluang kepada graduan samaada IPG dan Universiti Awam yang kini mencatatkan lambakan graduan pendidikan  yang tidak mendapat tempat.

Pengambilan One-Off juga wajar dibuat kerana ia adalah satu keperluan semasa dalam sistem pendidikan negara yang juga  mengalami masalah dalaman di sekolah-sekolah yang kekurangan guru. Usaha ini juga akan menyelesaikan isu negara samaada dalam pendidikan Negara dan masalah pengangguran.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati