Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Malaysia Dilarang Kedai Online di Fb, IG bermula 10 Ogos 2023 – Keputusan Meta

Dilarang Kedai Online di Fb, IG

Malaysia Dilarang Kedai Online di Fb, IG bermula 10 Ogos 2023 – Keputusan Meta. keputusan Meta Platforms Inc (dahulu dikenali sebagai Facebook Inc) untuk melarang perniagaan di Asia Pasifik mempunyai kedai dalam talian seperti di Facebook atau Instagram. Keputusan ini berkuat kuasa pada 10 Ogos 2023 dan melibatkan larangan penggunaan penandaan produk dalam hantaran. Walau bagaimanapun, tujuh pasaran termasuk Australia, Korea Selatan, Taiwan, India, Jepun, Indonesia dan Thailand dikecualikan daripada larangan ini.

Keputusan ini memberi kesan terhadap usahawan Malaysia yang aktif menjalankan perniagaan menerusi platform Facebook dan Instagram. Sebelum ini, kedai dalam talian di Facebook dan Instagram adalah satu cara yang popular untuk menjalankan urus niaga jualan di media sosial dengan menggunakan ciri-ciri seperti tag produk, urus niaga dalam aplikasi dan pengiklanan. Kehadiran larangan ini menunjukkan bahawa usahawan Malaysia yang ingin menjual produk mereka di platform tersebut akan terpaksa mencari alternatif lain untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Malaysia Dilarang Kedai Online di Fb, IG bermula 10 Ogos 2023 – Keputusan Meta

Ketua Pegawai Eksekutif Kartel Digital Sdn Bhd, Hafiz Azman, mengakui bahawa langkah Meta tersebut membayangkan bahawa semua perniagaan berdaftar di Malaysia tidak lagi dapat menggunakan ciri-ciri Kedai FB dan IG untuk menjalankan urus niaga jualan. Beliau menambah bahawa beberapa pengguna di Malaysia mungkin perlu mencari alternatif lain untuk menjual produk mereka atau menyesuaikan strategi pemasaran mereka untuk mengatasi larangan ini.

Ikuti telegram rasmi Sistem Guru Online untuk dapatkan info terkini Malaysia serta maklumat mengenai bantuan kerajaan serta jawatan kosong kerajaan dan swasta.

telegram us

Malaysia Antara Negara Dilarang Meta Kedai Online di FB, IG

Kebanyakan usahawan perniagaan dalam talian di Malaysia sebenarnya tidak menggunakan ciri-ciri Kedai Facebook (FB) atau Instagram (IG) berikutan dasar yang ketat di platform terbabit. Walaupun Meta Platforms Inc (Meta), pemilik FB dan IG, telah melarang kedai dalam talian di Asia Pasifik (APAC) untuk menggunakannya, pengusaha syarikat perunding e-dagang menyatakan bahawa kebanyakan usahawan di Malaysia telah menghindari menggunakan ciri-ciri tersebut kerana dasar yang ketat. Ini bermakna keputusan Meta itu memberi kesan minimum kepada usahawan Malaysia yang aktif berniaga menerusi platform terbabit.

“Majoriti penjual dalam talian tempatan mendapati sukar untuk mematuhi ciri-ciri teknikal yang kompleks untuk mengehoskan kedai mereka di FB dan IG kerana urus niaga diuruskan dan diproses oleh Meta, bukan secara langsung oleh penjual.

“Bagaimanapun, mereka masih boleh menggunakan platform pengiklanan Meta untuk menarik trafik, kesedaran dan jualan ke platform pilihan mereka seperti laman web mereka sendiri dan platform media sosial lain,” katanya.

Usahawan Masih Mempunyai Peluang Menjual di Platform Yang Lain

Hafiz Azman menyatakan bahawa penjual tempatan masih mempunyai akses kepada pelbagai kemudahan yang ditawarkan oleh platform media sosial dan teknologi seperti Tiktok dan Google. Beliau juga menyebut Twitter sebagai platform yang turut membantu meningkatkan perniagaan di Malaysia.

Selain itu, Hafiz menegaskan bahawa perniagaan dalam talian, terutamanya yang mempromosikan produk dan perkhidmatan di media sosial, perlu memiliki laman web rasmi. Laman web tersebut dapat membantu mereka mengalihkan trafik dari platform media sosial ke laman web sendiri, dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang jenama mereka. Oleh itu, penggunaan platform media sosial dan laman web rasmi dapat membantu pengusaha tempatan meningkatkan perniagaan dalam talian mereka.

“Memiliki laman web atau platform dalam talian sendiri memberikan lebih banyak kebebasan kepada mereka untuk mengawal perniagaan dan meraih kepercayaan pasaran terhadap produk dan perkhidmatan mereka.

“Media soial sekadar kaedah untuk memacu trafik kepada perniagaan mereka. Dengan membuka laman web atau platform dalam talian sendiri, mereka akan berkembang maju dan terus bertahan,” katanya.

fbig 1682911120

Penutup

Oleh itu tidak perlu takut dan gentar semua rakan niaga usahawan semalaysia. Rezeki itu dimana-mana sahaja tanpa kita sedar. Dimana ada kemahuan disitu ada rezeki yang melimpah ruah. Yang penting usaha tanpa henti, jikalau selalu kecewa sahaja. Apa pun tidak dapatkan.

Semoga dengan segala perkongsian maklumat mengenai Malaysia Dilarang Kedai Online di Fb, IG bermula 10 Ogos 2023 dapat membantu mereka yang diluar sana.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati