Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pinjaman Kenderaan! 10 perkara yang perlu anda tahu berkaitan pinjaman kenderaan bagi penjawat awam

SOALAN 18

10 perkara yang perlu anda tahu berkaitan pinjaman kenderaan bagi penjawat awam ini adalah bersumberkan daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

10 perkara yang perlu anda tahu berkaitan pinjaman kenderaan bagi penjawat awam

1. Siapakah yang boleh memohon pinjaman kenderaan kerajaan persekutuan?

  1. Pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang berjawatan tetap
  2. Pegawai-pegawai yang berkhidmat secara kontrak Jika pegawai masih dalam tempoh percubaan atau berkhidmat secara kontrak, hendaklah dijamin oleh 2 orang pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan yang telah disahkan dalam jawatannya.

2. Apakah syarat asas bagi melayakkan pegawai membuat pinjaman kenderaan?

  1. Membeli kenderaan yang dibenarkan mengikut kelayakan dan kemampuan seseorang pegawai
  2. Memerlukan kenderaan untuk menjalankan tugas rasmi dengan sempurna
  3. Jumlah ansuran potongan bulanan tidak melebihi 1/3 dari gaji pokok
  4. Jumlah potongan termasuk potongan bagi pembiayaan kenderaan tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok dan elaun bulanan
  5. Pegawai mesti mempunyai gaji pokok sekurang-kurangnya RM1

3. Berapakah had kelayakan maksimum bagi pinjaman kenderaan ?

  1. Pembelian Kereta adalah mengikut jawatan
    JawatanHad Pinjaman ( RM )Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas, Timbalan Pesuruhjaya Polis hingga Ketua Polis Negara70,000Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penolong Penguasa Polis hingga Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis65,000Kumpulan Sokongan @ Ketua Inspektor polis dan ke bawah55,000
  2. Pembelian motosikal RM 5,000
  3. Pembelian Motobot RM 4,000
  4. Pembelian enjin motobot RM 3,500
  5. Pembelian bot RM 700
  6. Pembelian basikal RM 500

4. Bagaimana perkiraan jumlah pinjaman yang boleh diluluskan?

Jumlah pinjaman tidak boleh melebihi harga bersih kenderaan dan tidak boleh dimasukkan bayaran cukai jalan raya, bayaran insurans dan lain-lain bayaran tambahan atau aksessori opsyenal yang berkenaan kepada kenderaan tersebut. Harga bersih kenderaan ialah harga jualan kenderaan + cukai eksais + cukai jualan + hawa dingin + getah pelapik lantai dan penahan lumpur. Kecuali pinjaman untuk membeli bot dan basikal jumlah pinjaman wang yang diluluskan hendaklah dijadikan kepada angka ratusan ringgit yang kurang. Misalnya, bagi membeli kereta yang berharga bersih RM59,993 dan pegawai berkenaan mempunyai kelayakan maksima meminjam:-

  1. Jika RM65,000 – pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM59,900.
  2. Jika RM55,000 – pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM55,000.

5. Berapa lamakah tempoh bayaran balik maksima yang dibenarkan?

Jenis KenderaanTempoh
a) Kereta baruTidak melebihi 108 bulan
b) Kereta terpakaiTidak melebihi 96 bulan
c)  Motorsikal Baru
–  Prinsip Al-bai´bithaman´ajil
Tidak melebihi 72 bulan
       – Prinsip konvensionalTidak melebihi 60 bulan
d)  Motosikal terpakaiTidak melebihi 48 bulan
e) MotobotTidak melebihi 48 bulan
f)  Enjin MotobotTidak melebihi 48 bulan
g) BotTidak melebihi 24 bulan
h) BasikalTidak melebihi 20 bulan

6. Bolehkah pegawai membuat pinjaman kali kedua?

Boleh, setiap 5 tahun sekali dengan syarat pinjaman pertama telah genap 5 tahun dan telah diselesaikan sepenuhnya. (SPP 5/2001 berkuatkuasa mulai 1 April 2001)

Dapatkan “Keywords Tajuk” disini

Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Link Download disini

7. Apakah tindakan yang sepatutnya diambil bagi mengelakkan terlebih potongan gaji peminjam apabila tempoh pinjaman kenderaan telah tamat?

Peminjam perlu mengemukakan permohonan pertanyaan baki melalui jabatan peminjam untuk penamatan potongan kepada JMS(a)/BPOPA(b) (yang mana berkenaan). Disarankan untuk mengemukakan pertanyaan baki 3 bulan sebelum tempoh tamat. Ini membolehkan jabatan pegawai yang meminjam dapat membuat perubahan gaji tepat pada masanya.

Nota

  1. JMS (Jabatan Mengakaun Sendiri) terdiri daripada Jabatan/Kementerian berikut:
    1. Jabatan Perdana Menteri
    2. Kementerian Pertahanan
    3. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
    4. Kementerian Pelajaran
    5. Kementerian Kesihatan
    6. Kementerian Dalam Negeri
    7. Kementerian Kerja Raya
    8. Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan
    9. Kementerian Pengangkutan
    10. Kementerian Pengajian Tinggi
  2. BPOPA (Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi di Jabatan Akauntan Negara) untuk Jabatan/Kementerian yang bukan di bawah JMS

8. Bagaimana peminjam boleh mendapat pembatalan catatan ‘HAK MILIK DITUNTUT OLEH KERAJAAN’ ?

Peminjam perlu mendapatkan pengesahan baki pinjaman daripada JMS/BPOPA (yang mana berkenaan) melalui Bahagian Kewangan jabatan peminjam. Catatan ini hanya boleh dibatalkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan apabila jabatan peminjam mengeluarkan surat bahawa pinjaman itu telah diselesaikan dengan sepenuhnya

9. Bolehkah pegawai mengguna pinjaman kenderaan kerajaan untuk menyelesaikan baki (re-finance) bagi kenderaan yang telah dibeli mengunakan pinjaman bank?

Tidak boleh, sebab Skim Pembiayaan Kenderaan bagi Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam adalah untuk membiaya pinjaman baru sahaja bukan untuk pinjaman semula. (Pekeliling Perbendaharaan Bil 7/1993 perenggan 13.1 dan Bil. 8/1993 perenggan 14.1)

10. Bagaimana prosedur untuk membuat penyelesaian awal baki pinjaman kenderaan?

1. Dapatkan pengesahan baki pinjaman melalui proses pertanyaan baki untuk penyelesaian sekaligus/ tamat potongan samada melalui :-

a. Secara bersurat, peminjam perlu mengisi format surat pertanyaan baki dan dihantar kepada JMS/BPOPA(yang mana berkenaan) melalui jabatan peminjam. Maklumbalas kepada pertanyaan baki ini akan dikemukakan melalui Ibu Pejabat jabatan peminjam;

Atau

b. Perkhidmatan online: Maklumat Pinjaman Kenderaan, di laman web rasmi www.anm.gov.my di mana peminjam boleh mengunci masuk butir-butir pinjaman sendiri. Tidak perlu melalui Ibu Pejabat jabatan peminjam. Walau bagaimanapun maklumbalas kepada pertanyaan baki ini akan dikemukakan melalui Ibu Pejabat jabatan peminjam.

2. Peminjam seterusnya perlu membuat pembayaran berdasarkan baki yang disahkan dan mematuhi tempoh tarikh yang ditetapkan:-

a. Bagi pinjaman dibawah Kumpulan Wang Pinjaman Kenderaan Persekutuan, dibayar tunai/bank deraf atas nama Akauntan Negara Malaysia, melalui Bahagian Kewangan jabatan peminjam;

Atau

b. Bagi pinjaman dibawah Skim Pinjaman Kenderaan Kerajaan(GSVL) Bank Simpanan Nasional(BSN), dibayar terus di kaunter BSN.

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu 10 perkara yang perlu anda tahu berkaitan pinjaman kenderaan bagi penjawat awam ini memberikan informasi terkini kepada anda semua berhubung pinjaman dari kerajaan bagi pembelian kenderaan. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati