Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

KPM Arah Tutup Sekolah Jika Suhu Lebih Melebihi 37 darjah Celcius

KPM Arah Tutup Sekolah  Ni

KPM Arah Tutup Sekolah Jika Suhu Lebih Melebihi 37 darjah Celcius. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan garis panduan berkaitan dengan penutupan sekolah semasa cuaca panas yang berlaku di beberapa lokasi di seluruh negara. Menurut garis panduan tersebut, sekiranya suhu harian mencapai tahap amaran 2 dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut, pentadbir sekolah dibenarkan untuk menutup sekolah bagi melindungi kesihatan dan keselamatan pelajar serta kakitangan. Tindakan ini diambil untuk mengelakkan kesan yang merbahaya terhadap kesihatan pelajar dan kakitangan sekolah akibat dari kepanasan yang berlebihan.

KPM Arah Tutup Sekolah Jika Suhu Lebih Melebihi 37 darjah Celcius

Selain itu, guru-guru dan pelajar juga diarahkan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti meminum air yang mencukupi, memakai pakaian yang selesa dan longgar, serta menghindari terlalu banyak berada di bawah terik matahari. KPM turut menyeru ibu bapa dan penjaga murid untuk mengawasi keadaan kesihatan anak-anak mereka dan memberikan minuman yang mencukupi untuk mengelakkan kehausan dan dehidrasi.

Langkah-langkah ini diambil untuk mengurangkan risiko kesihatan akibat cuaca panas yang melampau, terutama kepada golongan pelajar yang rentan kepada kesan kesihatan seperti kehausan, peningkatan suhu badan dan lain-lain. Selain itu, tindakan ini juga diambil bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelajar di sekolah.

Ikuti telegram rasmi Sistem Guru Online untuk dapatkan info terkini dan semasa Malaysia di bawah serta info mengenai bantuan kerajaan dan jawatan kosong di kerajaan ataupun swasta.

telegram us

Sekolah dibenarkan tutup akibat cuaca terlalu panas

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan garis panduan dan pekeliling bagi menangani situasi cuaca panas yang melampau di beberapa lokasi di seluruh negara. Surat siaran tersebut dikeluarkan pada hari sebelumnya dan ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Norisah Suhaili. Surat siaran ini memberikan arahan dan panduan kepada pentadbir sekolah dan guru untuk mengambil langkah-langkah keselamatan dan keselesaan dalam menjaga kebajikan pelajar di bawah pengawasan mereka.

Surat siaran tersebut memperuntukkan bahawa sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia boleh ditutup jika kawasan mereka diisytiharkan sebagai daerah panas oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Selain itu, pihak pentadbiran sekolah juga dibenarkan menutup sekolah jika status suhu harian bagi cuaca panas berada pada tahap amaran 2 dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.

lead 1 9
PUTRAJAYA 20 MAC 2023 – Sebahagian pelajar yang hadir pada hari pertama persekolahan sesi 2023/2024 ketika tinjauan di Sekolah Menengah Putrajaya Presint 16 (1) di sini, hari ini.
GAMBAR : FAISOL MUSTAFA
PEMBERITA : KAMARIAH (KOSMO)

Kata Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Norisah Suhaili

“Selain itu, semua aktiviti luar perlu dihentikan jika status suhu harian bagi cuaca panas berada pada tahap amaran pertama dengan suhu tertinggi melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.

“Antara contoh aktiviti luar yang tidak sesuai dilaksanakan pada tahap suhu amaran pertama ini ialah seperti merentas desa, perkhemahan, kawad, sukan dan permainan luar ba­ngunan serta pertanian,” katanya.

Katanya, pentadbir perlu sentiasa memantau status suhu ha­rian bagi cuaca panas setiap hari di daerah masing-masing yang dikeluarkan MetMalaysia.

“Penutupan institusi pendidikan hendaklah dimaklumkan pentadbir kepada Pendaftar dengan serta-merta secara lisan dan bertulis menggunakan apa-apa medium sesuai.

“Ibu bapa juga dibenarkan membawa anak ke hospital atau balik ke rumah jika anak mereka didapati tidak sihat ketika berada di sekolah,” jelasnya.

Selain itu, pihak pentadbir perlu memastikan bilik di premis sekolah mempunyai pengudaraan baik termasuk sentiasa memantau tahap kesihatan pelajar bagi mengelakkan sebarang risiko seperti strok haba.

Jelasnya, garis panduan berkenaan diharap dapat memastikan pengurusan penutupan institusi pendidikan dapat dilaksanakan secara teratur.

Surat siaran berkuat kuasa serta-merta itu terpakai untuk semua institusi pendidikan di bawah KPM jika kawasan mereka diisytiharkan terkesan mengalami gelombang haba oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Cuaca Panas, Pakar Nasihat Kurangkan Aktiviti Luar Rumah

Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun berkata, fenomena cuaca panas di atas 34 darjah Celsius serta berjerebu yang melanda negara boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Katanya, orang ramai perlu mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memakai pakaian selesa yang sesuai, memakai pelitup muka dan mengehadkan aktiviti luar.

“Dalam keadaan cuaca panas sekarang, paling penting banyakkan meminum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi mengekalkan tahap hidrasi badan yang berperanan penting untuk mengawal atur suhu badan.Elakkan mengambil minuman manis, kafein, berkarbonat atau beralkohol kerana boleh meningkatkan kepekatan darah seterusnya dehidrasi.

“Sekarang cuaca panas memang susah cecah bawah 34 darjah Celsius, malah disebabkan cuaca panas ini terjadinya jerebu.

“Orang ramai harus peka terutama mereka yang memang mempunyai penyakit seperti asma dan bronkitis kerana berisiko tinggi untuk mengalami keadaan sukar bernafas (sesak nafas).

“Dapatkan rawatan doktor apabila berlaku tanda awal sesak nafas dan mereka yang tidak sihat segera ke fasiliti kesihatan terdekat,” katanya kepada Harian Metro.

Dr Hanafiah berkata, cuaca panas dan berjerebu juga memberi risiko kesihatan kepada orang ramai, justeru itu setiap individu perlu menjaga kesihatan diri masing-masing supaya kekal sihat dan pastikan memakai pelitup muka ketika berada di luar

Beliau berkata, kerajaan juga harus lebih tegas mengharamkan pembakaran terbuka dan aktiviti membakar mercun kerana boleh meningkatkan lagi kandungan partikel debu dalam udara dan menyumbang kepada jerebu yang teruk.

Semoga dengan segala perkongsian maklumat mengenai KPM membenarkan sekolah ditutup jika cuaca panas melebihi 37 darjah Celcius dapat membantu mereka diluar sana.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati