Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan (Kemaskini 2023)

17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan (Kemaskini 2023)
Pengeluaran KWSP

17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan (Kemaskini 2023).Sebenarnya, terdapat kekeliruan bahawa pengeluaran KWSP hanya dibenarkan untuk membeli rumah atau selepas mencapai usia 60 tahun. Sebaliknya, KWSP membenarkan pengeluaran sebahagian atau penuh dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu yang berkaitan dengan persaraan, selari dengan polisi KWSP yang sedia ada.

Terdapat 17 jenis pengeluaran sebahagian yang boleh dilakukan sebelum pengeluaran penuh pada usia 55 tahun, bagi memudahkan ahli KWSP membuat persediaan untuk menghadapi persaraan dengan lebih selesa. Berikut adalah senarai jenis pengeluaran yang dibenarkan dari Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP.

17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan (Kemaskini 2023)

pengeluaran kwsp 202317 Jenis Pengeluaran KWSP

Bagi memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa, KWSP membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian daripada simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berkaitan dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada

2 kategori pengeluaran yang dibenarkan adalah:

  1. Pengeluaran Sebahagian
    • Umur 50
    • Pendidikan
    • Beli Rumah
    • Bina Rumah
    • Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
    • Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
    • Perumahan Fleksibel
    • Perumahan PR1MA
    • Haji
    • Kesihatan Simpanan Melebihi RM1 Juta
  2. Pengeluaran Penuh
    • Umur 55
    • Umur 60
    • Pekerja Berpencen & Pesara Pilihan
    • Hilang Upaya
    • Meninggalkan Negara
    • Kematian

pengeluaran kwsp 2023 11. Pengeluaran Umur 50 Tahun KWSP

Apabila anda mencapai umur 50 tahun, anda dibenarkan untuk membuat pengeluaran sebahagian atau keseluruhan daripada simpanan Akaun 2 untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan anda. Namun, anda hanya dibenarkan membuat pengeluaran tersebut sekali sahaja.

Anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut untuk membuat Pengeluaran KWSP daripada Akaun 2 KWSP:

  1. Berumur antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun.
  2. Mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
  3. Hanya dibenarkan membuat pengeluaran sebahagian atau keseluruhan simpanan Akaun 2 sekali sahaja.

“Ahli KWSP dibenarkan mengeluarkan simpanan Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak, dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

2. Pengeluaran Pendidikan dari Pengeluaran KWSP

Pengeluaran tersebut termasuk Pengeluaran Pendidikan, yang membolehkan ahli untuk menggunakan simpanan Akaun 2 untuk membayar yuran pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara, bagi pengajian peringkat Sijil Tahap 3, Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah atau yang setara dengannya. Syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan perlu dipenuhi oleh ahli sebelum membuat pengeluaran tersebut.

3. Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah

Ahli KWSP boleh memohon Pengeluaran Membina Rumah jika mereka belum pernah membuat Pengeluaran Membeli/Membina Rumah sebelumnya dan ingin membina sebuah rumah kediaman atau rumah kampung.

Permohonan pengeluaran ini akan dipertimbangkan jika rumah dibina di atas tanah milik sendiri atau milik suami/isteri, di mana surat hakmilik tanah (geran tanah) yang dikemukakan perlu mencatatkan nama ahli atau pasangan sebagai pemilik tanah. Selain itu, permohonan ini perlu memenuhi terma dan syarat pengeluaran yang ditetapkan.

Untuk makluman, geran kongsi juga akan diterima bagi tujuan pengeluaran Membina Rumah. Walau bagaimanapun, geran bagi lot tanah tersebut perlu dikemukakan untuk memastikan pemilik berdaftar dan bahagian tanah tuan untuk tujuan pembinaan rumah.

4.Pengeluaran KWSP Untuk Membina Rumah

Ahli boleh memohon Pengeluaran Membina Rumah sekiranya ingin membina sebuah rumah kediaman/rumah kampung di atas tanah milik sendiri atau milik suami/isteri di mana suratan hakmilik tanah (geran tanah) yang dikemukakan perlu mencatatkan nama ahli atau pasangan sebagai pemilik tanah selain memenuhi terma dan syarat pengeluaran yang ditetapkan. Geran kongsi juga boleh diterima bagi tujuan pengeluaran Membina Rumah. Permohonan boleh dipertimbangkan sekiranya ahli/pasangan ahli membeli tanah dan membina sebuah rumah di atas tanah tersebut, belum pernah membuat Pengeluaran Perumahan atau telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan, dan surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima.

5. Pengeluaran KWSP Untuk Mengurangkan Atau Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan. Syarat-syarat untuk membuat pengeluaran adalah umur bawah 55 tahun, mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2, telah membeli/membina rumah kediaman, ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah tersebut, rumah kediaman telah dicaj sebagai cagaran, ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan, dan permohonan di buat setahun sekali daripada tarikh permohonan yang sebelumnya.

6. Perumahan Fleksibel

Anda boleh menggunakan simpanan KWSP untuk mengukuhkan kelayakan anda mendapatkan pinjaman perumahan daripada institusi kewangan, sama ada sekarang dan akan datang.

Apakah Pinjaman Perumahan Fleksibel?

Sebahagian daripada simpanan dalam Akaun 2 akan diperuntukkan kepada Akaun Pinjaman Perumahan Fleksibel.

Apabila institusi kewangan menilai kelayakan pinjaman anda, caruman KWSP bulanan anda akan dikira sebagai sebahagian daripada pendapatan.

Dengan kelayakan pinjaman yang lebih tinggi, anda boleh membeli rumah idaman anda.

Syarat:

  • Umur bawah 54 tahun
  • Beli/Bina rumah untuk didiami
  • Mempunyai pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf oleh KWSP.

7. Pengeluaran KWSP bagi Perumahan PR1MA

Pencarum KWSP di alu-alukan untuk menggunakan simpanan semasa dan juga simpanan kemudian hari demi mendapatkan rumah PR1MA pertama anda.

8. Pengeluaran KWSP Untuk Haji

Pencarum KWSP yang beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

Syarat-syarat:

  1. Umur dibawah 55 tahun
  2. Telah dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH
  3. Mereka yang tidak pernah memohon pengeluaran haji
  4. Pencarum simpanan di LTH tidak mencukupi

9. Kesihatan

KWSP telah membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan untuk:

  • Diri sendiri
  • Ibubapa anda (kandung, angkat, tiri, mentua)
  • Pasangan anda
  • Adik-beradik anda (kandung)
  • Anak-anak (kandung, angkat, tiri)

Syarat-syarat:

  1. Berumur 55 tahun ke bawah
  2. Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  3. Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan
  4. Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP
  5. Tidak mendapat rawatan alternatif

10.Jumlah Simpanan Melebihi 1 Juta

KWSP membenarkan ahli yang mempunyai jumlah simpanan melebihi RM1 juta untuk mengurus sendiri pengeluaran melebihi had minimum dan melebihi had kelayakan mengikut pengeluaran sedia ada.

11.Hilang Upaya

Ahli boleh membuat pengeluaran penuh dari akaun KWSP jika disahkan oleh pegawai perubatan di Lembaga Perubatan atau Klinik Panel yang dilantik oleh KWSP bahawa ahli telah kehilangan upaya fizikal atau mental dan tidak dapat bekerja. Penilaian perubatan harus mencapai tahap Pemulihan Perubatan Maksima (MMI).

Permohonan lengkap boleh diserahkan di Pejabat KWSP berhampiran dan akan diproses dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh diterima jika memenuhi syarat dan terma yang telah ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai syarat dan dokumen pengeluaran, sila rujuk https://www.kwsp.gov.my/…/withdrawals/full/incapacitation

Syarat-syarat:

  • Umur bawah 55 tahun Mempunyai simpanan dalam KWSP
  • Tidak bekerja
  • Disahkan oleh pegawai perubatan di Lembaga Perubatan KWSP bahawa ahli telah kehilangan upaya fizikal atau mental
  • Mesti dinilai oleh Lembaga Perubatan KWSP Temujanji penilaian akan diatur semasa penyerahan permohonan di kaunter.

12.Meninggalkan Negara

Ahli yang telah melepaskan atau melucutkan kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain, atau ekspatriat, penduduk tetap (PR), atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, boleh memilih untuk mengeluarkan semua simpanan KWSP mereka.

13.Kematian

Jika anda meninggal dunia, simpanan KWSP anda boleh menjadi jaminan bagi orang-orang tersayang dan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.

Oleh itu, pastikan anda menamakan waris terdekat anda untuk membolehkan mereka mengeluarkan simpanan KWSP anda tanpa sebarang kesulitan.

Ahli keluarga yang bergantung pada anda juga layak untuk menerima bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam keadaan kesulitan.

14.Persaraan Awam

Pekerja sektor awam, termasuk Kementerian Pertahanan dan Perkhidmatan Tentera yang membuat caruman KWSP, boleh membuat pengeluaran sekali sahaja sebelum umur 55 tahun setelah diberikan taraf Pekerja Berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Syarat-syarat:

  • Umur di bawah 55 tahun
  • Pekerja dalam sektor awam/Kementerian Pertahanan/Perkhidmatan Tentera dan membuat caruman KWSP
  • Diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) *Pekerja Berpencen merujuk kepada pekerja yang telah diletakkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang menetapkan pengambilan pekerja ke dalam jawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Negeri atau badan berkanun atau tempatan.

15.Pengeluaran KWSP pada Umur 55 Tahun

Apabila mencapai umur 55 tahun, simpanan yang diterima dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan ke dalam Akaun 55.

Anda boleh membuat pengeluaran sebahagian atau keseluruhan simpanan dari akaun ini pada bila-bila masa.

Sekiranya anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, simpanan yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

16.Pengeluaran KWSP pada Umur 60 Tahun

Pengeluaran ini adalah lanjutan daripada pengeluaran pada umur 55 tahun dan ia memenuhi keperluan ahli yang memilih untuk melanjutkan umur persaraan dan sambung bekerja selepas umur 55 tahun.

Pada umur 60 tahun, semua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran.

Anda boleh membuat pengeluaran sebahagian atau keseluruhan simpanan pada bila-bila masa untuk membiayai persaraan anda.

17. Bina Rumah

Syarat-syarat

  1. Umur bawah 55 tahun
  2. Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2 pencarum
  3. Pencarum atau pasangan ahli membeli tanah dan membina sebuah rumah di atas tanah tersebut
  4. Pinjaman yang telah diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri
  5. Pencarum tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan
  6. Surat Perjanjian Membina Rumah mestilah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima

Cara Memohon Pengeluaran

Pengeluaran KWSP adalah boleh dimohon secara manual dengan mengisi borang melalui kaunter, kios atau melalui i-Akaun KWSP.

Pencarum juga boleh memohon pengeluaran secara online melalui i-Akaun KWSP.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati