Pengeluaran KWSP Sempena Musim Perayaan Aidilfitri Tahun 2023. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, perkongsian kita hari ini adalah berkaitan info-info pengeluaran duit bagi sempena perayaan rasmi pada tahun ini.
Sukacita dimaklumkan,Tuntutan bagi pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 hingga RM30,000 sebelum musim perayaan aidilfitri. Perkara ini telah diumumkan dan dibicarakan oleh pihak bertanggungjawab iaitu Persatuan penyelesaian pengguna dan peminjam Malaysia . Serta juga Pertubuhan aktivis rakyat Malaysia baru-baru ini telah mengemukakan supaya permohonan pengeluaran khas KWSP ini dapat dikeluarkan sempena perayaan hari raya.
Pengeluaran KWSP Sempena Musim Perayaan Aidilfitri Tahun 2023
Isi Kandungan
Makluman kepada semua pencarum,Sebelum musim Aidilfitri, ada beberapa pengeluaran khas yang biasanya dilakukan oleh masyarakat seperti membeli baju raya, makanan khusus, cenderahati, dan membuat persiapan untuk kenduri dan majlis-majlis lain. Ini semua boleh menjadi pengeluaran yang besar bagi sesetengah individu dan keluarga. Oleh itu, penting untuk membuat anggaran dan memastikan bahawa pengeluaran tidak terlebih berlebihan.
Pada masa yang sama,pertubuhan bukan kerajaan yang sinonim dengan masyarakat telah mendesak tuntutan pengeluaran KWSP ini diluluskan. Dek kerana,mereka mempunyai sebab yang utuh bagi kerajaan untuk meluluskan pengeluaran kali ini. Hal ini kerana dana KWSP tidak akan terjejas berikutan berjuta caruman masuk setiap bulan dalam tabung agensi KWSP.
Maklumat dari seorang Presiden iaitu En Roslan Mohd Arif telah berkata bahawa pengeluaran ini seharusnya dibenarkan dan diluluskan. Hal ini kerana ia menyabitkan simpanan wang milik pencarum dan mereka sedar tabungan akan susut sekiranya membuat pengeluaran.
Tambahan pula menurut beliau, ada sebahagian pencarum yang tidak sempat menikmati persaraan pada hari tua dengan kesimpitan hidup. Memandangkan pada waktu sekarang jumlah yang terkesan semakin ramai dan ada yang telah diisytiharkan muflis. Bukan itu sahaja, ada juga yang telah bunuh diri, menjauh dari keluarga maka disebabkan kesempitan kewangan
Pihak pengurusan KWSP sebelum ini telah menyatakan bahawa melalui 4 siri kemudahan pengeluaran KWSP. Iaitu i-sinar, i-citra, i-lestari dan pengeluaran khas yang dibenarkan semasa pendemik covid-19. Berikutan pengeluaran tersebut KWSP terlepas peluang untuk mengembangkan aktiviti pelaburan susulan pengeluaran sebanyak RM145 bilion oleh 8.1 juta para pencarum.
Baca juga:
Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA9) Bagi Tahun 2023
Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) Tahun 2023
LIMIT TUNTUTAN PENGELUARAN KHAS
Walaupun bagaimanapun, menurut pihak 4PM dan Prorakyat, dana simpanan KWSP tidak akan terjejas kerana pengeluaran ini. Pengumuman siri pengeluaran sebelum ini, beberapa pihak mendesak tuntutan pengeluaran khas KWSP RM10,000 sehingga RM30,000 secara sekali bagi bagi mengurangkan kos sara hidup dan beban kewangan
Pengeluaran khas ini tidak akan menggangu para pelabur KWSP dan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta untuk mempertimbangkan pengeluaran khas ini.
Pihak mereka berharap agar kerajaan perpaduan merupakan kerajaan sekarang serta juga pihak KWSP dapat mencari satu kaedah dan penyelesaian terbaik bagaimana pengeluaran untuk pencarum dapat diluluskan”.
Besar harapan dan tangan para pencarum supaya tabungan simpanan tabungan ini boleh dikeluarkan setelah pembayaran dividen selewatnya pada bulan Mac atau sebelum menjelang perayaan aidilfitri.
Anggota Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mungkin membuat pengeluaran sebelum musim Aidilfitri dengan mengeluarkan wang simpanan mereka melalui pengeluaran sebelum berkahwin atau pengeluaran berumur 55 tahun. Ini bermakna bahawa mereka boleh mengakses wang simpanan mereka sebelum tarikh matang yang ditetapkan asal mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, pengeluaran sebelum matang boleh menjejaskan jumlah wang simpanan yang akan diterima pada masa hadapan, jadi penting untuk berfikir dengan hati-hati sebelum membuat pengeluaran.
Cara E-Pengeluaran
CARA PERMOHONAN
Sekiranya anda ingin membuat pengeluaran wang KWSP mestilah melalui akaun 2, langkah pertama sila daftar masuk i-akaun terlebih dahulu jika belum daftar boleh daftar dibawah. Setelah mendaftar i-akaun, anda boleh membuat permohonan melalui e-pengeluaran KWSP.
LANGKAH PERMOHONAN PENGELUARAN
- Langkah pertama, anda dikehendaki log masuk i-akaun KWSP. Jika belum ada akaun, anda boleh daftar terus – Di Sini –
- Selepas anda log masuk, sila tekan pada bahagian ruangan menu ‘Pengeluaran’
- Kemudian tekan pada bahagian ‘Permohonan Baru’
- Sila pilih jenis pengeluaran, anda boleh pilih tujuan pengeluaran peribadi anda
- Pada ruangan institusi anda boleh memilih bank tempat anda ingin membeli rumah sekiranya tujuan pengeluaran membeli rumah
- Anda dikehendaki semak dan ikuti langkah yang telah ditetapkan sehingga selesai membuat permohonan pengeluaran
- Dalam tempoh masa yang ditetapkan, anda akan menerima pesanan SMS dengan kenyataan bahawa anda perlu ke cawangan KWSP bagi membuat pengesahan cap jari di mesin yang disediakan
- Keputusan permohonan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 hari bekerja dari tarikh permohonan
Di Malaysia, syarat untuk Pengeluaran Khas KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) adalah seperti berikut:
- Kelayakan: Ahli mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan mempunyai baki simpanan minimum RM50.
- Tujuan: Pengeluaran Khas boleh digunakan untuk tujuan tertentu seperti membeli rumah pertama, membayar pengajian tinggi, rawatan perubatan atau untuk tujuan lain yang diluluskan oleh KWSP.
- Sekatan: Pengeluaran khas dihadkan untuk hanya dilakukan sekali seumur hidup untuk membeli rumah pertama, dua kali untuk rawatan perubatan dan bilangan kali terhad untuk tujuan pendidikan. Selain itu, ahli mesti mempunyai sekurang-kurangnya RM200 dalam Akaun 2 mereka (simpanan untuk persaraan) pada masa pengeluaran.
- Permohonan: Ahli hendaklah mengemukakan borang permohonan berserta dokumen yang diperlukan kepada KWSP. Permohonan mungkin mengambil masa sehingga 14 hari bekerja untuk diproses.
- Amaun: Jumlah yang boleh dikeluarkan bergantung kepada tujuan pengeluaran dan baki simpanan ahli. Secara amnya, ahli boleh mengeluarkan sehingga maksimum RM10,000 untuk rawatan perubatan dan pendidikan, dan sehingga maksimum RM50,000 untuk membeli rumah pertama.
- Cukai: Pengeluaran untuk membeli rumah pertama tidak tertakluk kepada cukai pendapatan, manakala pengeluaran untuk tujuan lain tertakluk kepada cukai pendapatan.
Antara Pengeluar Sebahagian:
Anda juga boleh ikuti keseluruhan Pengeluaran Sebahagian dibawah:
Nota :Untuk makluman semua pencarum, pengeluaran diwujudkan adalah bagi memudahkan ahli pencarum atau ahli KWSP untuk membuat persiapan bagi menghadapi persaraan yang lebih baik jadi untuk pengeluaran KWSP ni hanya boleh digunakan pada akaun 2 sahaja
Semoga Pengeluaran KWSP Membantu Anda
Untuk pencarum,sila ambil perhatian bahawa peraturan ini tertakluk kepada perubahan dan sebaiknya semak pada laman portal rasmi KWSP untuk mendapatkan maklumat terkini.
Kerajaan sentiasa mencari-cari peluang dan ruang untuk membantu rakyat Malaysia bagi memenuhi kehendak kehidupan dan keperluan untuk meneruskan hidup. Pengeluaran KWSP Sempena Musim Perayaan Aidilfitri Tahun 2023 adalah merupakan salah satu cara untuk kerajaan membantu memudahkan urusan rakyat Malaysia.
Semoga urusan pengeluaran duit simpanan KWSP ini dipermudahkan dan semoga cara dan syarat kelayakan yang kami tetapkan yang telah ditetapkan oleh majikan membantu urusan anda.