Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Permohonan Bina Rumah Mesra Rakyat (RMR) Tahun 2023

Permohonan rumah mesra rakyat 2023
Permohonan Bina Rumah Mesra Rakyat

Permohonan Bina Rumah Mesra Rakyat(RMR) Tahun 2023. Syarikat Perumahan Negara Berhada (SPNB) ialah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF) yang menawarkan Skim Perumahan Mesra Rakyat (RMR) untuk memudahkan dan membantu rakyat mendapatkan rumah subsidi kerajaan.

Selaras dengan Dasar Skim Perumahan Negara, SPNB berada di bawah pentadbiran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), yang akan menyediakan rumah mampu milik, berkualiti dan selesa kepada semua keluarga di Malaysia. Melalui Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR), ia akan membantu sebilangan besar rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah seperti golongan B40. Dalam usaha membantu meringankan beban dan memastikan kelangsungan hidup, kerajaan banyak membantu dari segi penempatan melalui projek dan program perumahan untuk rakyat Malaysia.

Permohonan Bina Rumah Mesra Rakyat(RMR) Tahun 2023

Apakah Itu Program Rumah Mesra Rakyat(RMR)?

Rumah Mesra Rakyat (RMR) ditubuhkan untuk membantu golongan B40 berpendapatan rendah (Bawah RM3,000) seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tiada tempat tinggal atau tinggal di rumah usang dan lemah tetapi mempunyai tanah untuk membina kediaman sendiri yang sempurna.dan selesa. .

Daripada kerajaan Malaysia, bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan rumah tersebut juga akan mengikut spesifikasi peruntukan yang telah dibentangkan.

Apakah Kaedah Pelaksanaan Dan Ciri-Ciri Program RMR?

Untuk membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat anda boleh rujuk dahulu perleman dan maklumat yang disediakan oleh kerajaan di portal laman rasmi SPNB.

Untuk pengetahuan semua Kerajaan telah menetapkan kaedah pelaksanaan dan juga telah menerangkan ciri-ciri program RMR untuk seluruh Malaysia. Untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut anda boleh merujuk di dalam jadual di bawah:

PERKARASEMENANJUNG MALAYSIAPULAU DI SEMENANJUNG MALAYSIASABAH / SARAWAK/ LABUAN
Kaedah permohonanPermohonan hendakalah secara online (laman web SPNB)
KonsepRumah sesebuah satu (1) tingkat, 3 bilik tidur dan 2 bilik air
Keluasan rumah750 kps750 kps750 kps
Keluasan tanah

(tertakluk kepada rekabentuk)

3,000 kps

(279 mps)

3,000 kps

(279 mps)

3,000 kps

(279 mps)

HargaRM 75,000RM 85,000Bermula RM 75,000
Subsidi (pembinaan)RM 20,000
Jumlah pinjamanTertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB
Anggaran bayaran bulanan
Kaedah pembiayaanI. Pembiayaan dan kutipan diuruskan oleh SPNB
II. Pembayaran balik melalui kaunter BSN/Bank Islam dan Sistem Jompay
Dokumen perjanjian dan sekuritiFirma guaman berdaftar dengan SPNB
Pelaksanaan pembinaanI. Kontraktor Gred G1-G7
II. Pembekal utama produk
III. Berdaftar dengan SPNB dan CIDB

Apakah Syarat Kelayakan Pemohon?

KELAYAKAN PEMOHON

  1.   Merupakan warga rakyat Negara Malaysia.
  2.   Pemohon hendaklah mereka yang berumur antara 18 dan 65 tahun.
  3.   Pendapatan bulanan bagi seisi keluarga mestilah tidak melebihi 3,000 RM.
  4.   Pemohon dan pasangan yang tidak memiliki rumah sendiri atau mempunyai rumah usang atau tidak sempurna.
  5.   Tanah/tapak yang dicadangkan hendaklah sesuai dan bebas daripada sebarang gadaian/bebanan/bebanan ke atasnya. Sekiranya pemohon bukan pemilik tanah, mereka mesti mendapatkan kebenaran pemilik tanah yang dicadangkan.
  6.   Permukaan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada reka bentuk).
  7.   Tertakluk kepada elaun kewangan.

Nota :

  •  Bagi pemohon Semenanjung yang berumur 42 tahun ke atas, pemohon kedua yang berumur antara 18 dan 42 tahun diperlukan.
  •   Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang berumur 38 tahun ke atas, pemohon kedua yang berumur antara 18 dan 38 tahun diperlukan.

Baca juga:

Permohonan Bina Rumah Mesra Rakyat (RMR) Tahun 2023

Permohonan Bina Rumah Mesra Rakyat
Permohonan Bina Rumah Mesra Rakyat

Jom Lihat Rekabentuk Dan Spefisikasi Rumah!

Dibawah SPNB selaku syarikat yang menguruskan pembinaan rumah, pihak SPNB telah merangka dan mempunyai matlamat dan cara tersendiri untuk merealisasikan hasrat dan impian kediaman rakyat Malaysia iaitu membantu golongan yang berpendapatan rendah atau B40.

Dibawah rancangan program Rumah Mesra Rakyat(RMR) memberi pilihan kepada para pemohon untuk memiliki rumah yang diingini. Sememangnya satu keberuntungan jika dapat memiliki rumah lagi-lagi dibawah program SPNB.

Untuk pengetahuan anda semua, SPNB telah menyediakan plan rumah dan reka bentuk yang moden untuk para pemohon. Berikut adalah disenaraikan rekabentuk rumah program RMR:

IMG 20230105 083406
IMG 20230105 082933
Permohonan Bina Rumah Mesra Rakyat
IMG 20230105 082945
Permohonan Bina Rumah Mesra Rakyat
IMG 20230105 082956
Permohonan Bina Rumah Mesra Rakyat
IMG 20230105 083006
Permohonan Bina Rumah Mesra Rakyat
IMG 20230105 083015
Permohonan Bina Rumah Mesra Rakyat

Bagaimana Saya Boleh Buat Permohonan?

Spnb telah menyediakan pelbagai kemudahan dalam membuat permohonan. Sebagai pemohon  anda boleh memilih permohonan secara manual atau secara online. Permohonan manual boleh dibuat mengikuti apa yang telah ditetapkan oleh SPNB. Untuk permohonan secara manual, Pemohon boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan RMR di cawangan SPNB dan dimajukan kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.

Permohonan Secara Atas Talian

Kepada para pemohon yang berminat untuk membuat permohonan secara atas talian, anda boleh ikuti cara-cara permohonan secara atas talian yang disediakan di bawah:

  1.   Tekan Butang Permohonan – Disini
  2.  Kemduian  klik pada REKOD BARU
  3.   Isi borang pendaftaran log masuk dengan lengkap
  4.   PENERIMAAN ID LOGIN DAN KATA LALUAN  (Kata laluan akan dihantar kepada pemohon.)
  5.  LOG MASUK KE HALAMAN UTAMA  (Gunakan ID log masuk (e-mel) dan kata laluan yang disediakan untuk memulakan permohonan RMR)
  6.   ISI BORANG DALAM TALIAN (Masukkan maklumat ke dalam sistem)
  7.   MENGISI BORANG DALAM TALIAN YANG LENGKAP (Klik lengkapkan borang pendaftaran dan cetak borang tersebut)
  8.   MENGHANTAR BORANG DAN DOKUMEN KE SPNB ( Hantar borang dan dokumen ke Cawangan SPNB terdekat)
  9.   SEMAKAN DAN PENILAIAN OLEH SPNB ( Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan)
feeder 1546898 640 3
Permohonan Bina Rumah Mesra Rakyat

Apakah Dokumen Yang Diperlukan Dalam Permohonan?

Untuk membuat permohonan Anda perlu melekatkan dokumen yang diminta dan perlulah ikuti secara terperinci dengan permintaan dokumen yang diperlukan. Untuk menyediakan dokumen yang diperlukan anda boleh merujuk di bawah:

  •   Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  •   Salinan kad pengenalan pemajak.
  •   Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkenaan).
  •   Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  •   Slip gaji terakhir (3 bulan) / afidavit pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*.
  •   Afidavit / Surat Pengesahan Tidak Memiliki Rumah atau Memiliki Rumah Usang*.
  •   Surat akuan kebenaran pelepasan daripada tuan tanah.
  •   Salinan sijil nikah pemohon.
  •   Borang laporan tapak berserta bergambar.

Bagaimana Saya Boleh Buat Semakan Status Kelulusan?

Berkenaan maklum balas permohonan, pemohon akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat dengan tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan sahaja.
Untuk pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah sepanjang 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian mengikut kepada terma dan syarat.
Untuk sebarang pertanyaan yang anda ada dan untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai RMR SPNB, anda boleh terus layari https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/ atau menghubungi:
 
IBU PEJABAT SPNB
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)

Perumahan Rakyat Kerajaan Bantu

Usaha kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia tidak disangkal lagi apabila terdapat banyak inisiatif dan insentif yang disediakan khas untuk rakyat. Rakyat Malaysia haruslah bersyukur dan menerima dan menyambut baik usaha kerajaan dalam membantu menstabilkan ekonomi dan menjaga kebajikan Rakyat.Permohonan Bina Rumah Mesra Rakyat(RMR) Tahun 2023.
Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati