Skim MySalam Perlindungan Masyarakat 2023. Dengan Bantuan MySalam adalah merupakan salah satu bantuan dari inisiatif kerajaan yang telah diperkenalkan untuk bantu mereka yang tidak berkemampuan untuk dapatkan satu perlindungan kewangan dari segi rawatan perubatan terutama dapat menjaga duit simpanan dari bocor.
Dengan bantuan ini sebenarnya ia sedikit sebanyak telah dapat membebankan rakyat Malaysia tambahan lagi kini berada di zaman kos sara hidup yang tinggi sudah tentu ia membuatkan rakyat menghadapi kehidupan yang sukar untuk teruskan kehidupan terutama dari segi kewangan.
Kerajaan sentiasa akan memastikan rakyat nya dapat hidup dalam keadaan baik dan harmoni. Inilah antara yang menjadi keutamaan bagi sebuah kerajaan disamping membangunkan negara, keselesaan, keamanan serta kemudahan yang disediakan adalah tidak dapat tidak untuk rakyat Malaysia.
Skim MySalam Perlindungan Masyarakat 2023
Isi Kandungan
Untuk makluman semua, kerajaan telah memperkenalkan skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat (mySalam) yang mana ia telah diuruskan oleh Great Eastern Takaful Berhad (GETB) bagi memberi perlindungan takaful kepada golongan B40 apabila pemilik itu ditimpa musibah.
Pada masa tahun lalu, skim MySalam ini telah diperluas kepada penerima BKM serta manfaat ia tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang telah layak.
- Apakah Itu Skim MySalam
- Siapakah Yang Layak Dapat Skim MySalam
- Manfaat Bayaran MySalam
- Cara Untuk Mohon MySalam
- Cara Semakan MySalam
- Cara Untuk Menuntut MySalam
- Senarai 45 Penyakit Kritikal Yang Boleh Dituntut Melalui Skim MySalam
- Info Dan Maklumat MySalam
Mengenai MySalam Perlindungan Masyarakat Tahum 2023
Apakah Itu Skim MySalam
mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.
Siapakah Yang Layak Dapat Skim MySalam
Untuk Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Dan Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-
- Penyakit kritikal RM8,000+ hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
Sewaktu dalam pembentangan Bajet 2022, Menteri Kewangan telah memaklumkan skim MySalam akan diperluas buat penerima BKM serta manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang layak.
Manfaat Bayaran MySalam:
Untuk tuntutan bayaran Mysalam ia terbahagi kepada dua iaitu tuntuan penyakit kritikal dan tuntutal Hospitalisasi (Elaun Wad)
- RM8,000 untuk tuntutan penyakit kritikal
- RM 700 (maksimum) untuk tuntutan hospitalisasi (RM50 sehari maksimum 14 hari)
Cara Untuk Mohon MySalam
Bagi maklumat permohonan mySalam ia adalah secara automatik berdasarkan data sedia ada BSH dan BPR sebelum ini.
Makluman untuk semua sukacita diumumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju supaya skim perlindungan mySalam diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mulai tahun 2022 yang lepas. Ini juga termasuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang masih layak untuk menerima insentif Bantuan Keluarga Malaysia.
Cara Semakan MySalam
Semakan kelayakan mySalam boleh dibuat melalui laman rasmi berikut;
Seandainya anda telah layak, ia akan memaparkan “Anda LAYAK untuk Skim Perlindungan B40 mySalam. Kelayakan perlindungan adalah bagi tahun 2019 & 2020 & 2021 & 2022 & 2023.
Sebaliknya bagi mereka yang tidak layak, akan memaparkan “Harap maaf. Anda TIDAK LAYAK untuk Skim Perlindungan Masyarakat mySalam.”
Tuntutan Skim MySalam
Bagi pengendali takaful yang mengambil bahagian ini mereka akan memproses bayaran bagi tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, sebagaimana yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.
Anda boleh buat rujukan kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:
- Tuntutan penyakit kritikal
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’,bberdasarkan jenis penyakit kritikal
Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal.
Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
- Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Tuntutan hospitalisasi
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
- Salinan Nota Discaj
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Senarai 45 Penyakit Kritikal Yang Boleh Dituntut Melalui Skim MySalam
- Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
- Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
- Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu
- Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Pembedahan Otak
- Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
- Kardiomiopati – Keterukan Tertentu
- Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
- Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
- Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
- Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
- AIDS Dengan Gejala Penuh
- Hepatitis Viral Fulminan
- Serangan Jantung – Keterukan Tertentu
- Pembedahan Injap Jantung
- Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Keupayaan Bertutur
- Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
- Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan –
- Sklerosis Multipel
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan Anggota
- Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu
- Penyakit Arteri Koronari Serius
- Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
- Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu
- Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
- Penyakit Terminal (Membawa Maut)
- Penyakit Sistik Medular
- Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
- Poliomielitis
- Skleroderma Progresif
- Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
- Elefantiasis (Penyakit Untut)
- Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)
Untuk Info Dan Maklumat Lanjut
Untuk sebarang info dan pertanyaan lanjut mengenai MySalam, sila hubungi
Telefon: 1-300-88-8938
Email: [email protected]
Anda juga boleh melihat soalan-soalan berkaitan MySalam melalui portal MySalam melalui pautan berikut;
https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=FAQ-BM
Skim MySalam Perlindungan Masyarakat 2023
Semoga dengan maklumat Skim MySalam Perlindungan Masyarakat 2023 sedikit sebanyak dapat membantu anda. Semoga dipermudahkan segala urusan