Insentif Bantuan Rm480 Tahun 2023.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh hari ini saya ingin berkongsikan satu bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat bagi mengurangkan beban rakyat yang dalam kesusahan.
Pada masa yang sama,Kerajaan telah memperkenalkan bantuan tambahan RM200 untuk golongan B40 dan RM100 untuk M40 bakal dilaksanakan pada tahun ini 2023. Untuk makluman semua bahawasanya Kerajaan telah mewujudkan, pelbagai program inisiatif insentif mana diberikan berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan bagi tahun ini 2023.
Kerajaan sekarang yang diperintah oleh kerajaan perpaduan pakatan harapan dengan sedaya upaya untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan dengan meneruskan agenda yang telah di bawah kerajaan seperti ini dengan bantuan lama yang telah diperkenalkan oleh kerajaan barisan nasional sebelum ini dan ada juga yang masih diteruskan yang baru dan terkini masih diteruskan, ada juga bantuan baru dilancarkan pada tahun ini seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Salah satu insentif yang akan dilaksanakan pada tahun ini adalah program bantuan e-pemula untuk kumpulan belia B40 dan M40.
Ikuti maklumat Insentif Bantuan Rm480 Tahun 2023 dibawah.
Kepada yang berminat untuk mengetahui tentang info-info terkini berkaitan dengan kerjaya bantuan rasmi daripada kerajaan dan berita berita isu semasa berkaitan dengan keadaan di Malaysia Anda berikut di telegram alamat terkini di bawah:
Insentif Bantuan Rm480 Tahun 2023
Isi Kandungan
PROGRAM KASIH SURI 2023
Untuk sedia maklum, melalui program khas ini terdapat pelbagai faedah dan manfaat yang boleh diperolehi oleh rakyat Malaysia. Para ibu dan suri rumah dapat menabung duit dan dapat menikmati pelbagai dividen tahunan.
Program khas ini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang merupakan golongan suri rumah yang mencarum dalam KWSP pada tahun ini. Pendaftaran boleh dibuat sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Bantuan adalah sokongan atau bantuan yang diberikan kepada seseorang atau sekelompok orang untuk membantu mereka dalam mengatasi masalah atau kesulitan yang dihadapi. Bantuan dapat berupa uang, makanan, pakaian, atau bantuan lainnya yang diperlukan oleh orang yang menerima bantuan tersebut. Bantuan dapat diberikan oleh pemerintah, organisasi swasta, atau individu.
Bantuan tambahan RM480 yang dimaksudkan adalah program kasih suri 2023. Untuk makluman umum, pada tahun lalu bantuan ini telah disediakan dengan kadar bantuan yang ditetapkan.
Pada tahun 2023, pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan bantuan insentif kasih suri pada tahun ini.
Melalui program bantuan kasih suri ini akan melibatkan dana bantuan untukbsuri rumah. Perkara ini telah diumumkan pada sidang BAJET 2023 pembentangan tahun lalu.
Tujuan utama program bantuan Insentif Bantuan Rm480 Tahun 2023 masih relaven diteruskan adalah bagi memupuk budaya rakyat melalui insentif ini. Hal ini kerana ia lebih selamat dan mudah.
MANFAAT KASIH SURI
Berikut telah disediakan faedah dan manfaat yang boleh didapatkan dalam program kasih suri KWSP seperti dibawah :
- Akan menerima insentif bayaran tambahan RM480 setiap tahun
- Menerima dividen tahunan KWSP
- Boleh membuat caruman dalam jumlah amaun mengikut kemampuan semasa pada bila-bila masa
- Automatik layak menerima bantuan khairat kematian sebanyak RM2,500.
Baca juga:
Bantuan E-Pemula:Cara Semakan, Permohonan RM200 Untuk B40 & M40
Bantuan BMT Dikreditkan Bulan Ini Bagi Fasa 2 Tahun 2023
Syarat Permohonan
SYARAT KELAYAKAN
Berikut telah disediakan syarat kelayakan bagi mendapatkan Insentif Bantuan Rm480 Tahun 2023seperti dibawah :
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia
- Individu berumur 60 tahun dan kebawah
- Kumpulan suri rumah yang berdaftar dengan e-kasih
- Membuat caruman sekurang-kurangnya RM 5 sahaja sebulan bersamaan RM60 setahun
- Merupakan isteri kepada ketua isi rumah (KIR) atau wanita (KIR)
Nota : Kepada pemohon hanya boleh memilih satu insentif sahaja pada tahun ini. Jika anda sudah berdaftar dengan kemudahan i-saraan KWSP, anda perlu membatalkan terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran kasih suri KWSP.
Cara Daftar
Cara Daftar Bantuan Kasih Suri
Jika anda berminat untuk mendapatkan insentif Bantuan Rm480 Tahun 2023 ini, pendaftaran permohonan boleh dibuat. Sila rujuk di portal rasmi kasih suri KWSP – DI SINI pemohon perlu sediakan dokumen yang diperlukan serta borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman berkenaan.
Maklumat lanjut mengenai Bajet 2023 boleh rujuk Laman Khas Bajet 2023.
Bantuan Kasih Suri Yang Bernilai RM480
Diharapkan juga dengan inisiatif dan Insentif Bantuan Rm480 Tahun 2023 kerajaan Bantuan Kasih Suri:Cara Semakan, Permohonan RM480 Untuk hero suri rumah Diteruskan ini bakal menjadi medium yang penting untuk membantu negara didalam menghadapi situasi pemulihan ekonomi negara. Selepas ini harapnya ekonomi Malaysia bakal dirancakkan dengan lagi dengan pelbagai transaksi transaksi didalam mahupun dari negara.
Kesimpulannya, bantuan kasih Suri ini bakal dimanfaatkan sebaiknya oleh golongan Ibu-ibu yang tiada pekerjaan lagi-lagi golongan suri rumah sepenuh masa dan mereka akan menerima sebanyak RM 480 untuk belanja. Manakala pembayaran akan dibuat pada tarikh permohonan anda memohon Itu.
Tips Jimat Duit Bagi Duit Insentif Bantuan Rm480 Tahun 2023
Tip 1: Pelan makanan harian anda dengan bijak.
Anda pernah kira jumlah belanja harian untuk makanan sahaja (breakfast, lunch, dan dinner)?
Ramai yang mengaduh. Masa “lunch” sahaja, dah telan kos dekat RM10. Belum lagi campur dengan kos sarapan dan makan malam (silap-silap lebih RM30 – RM50 sehari).
Inilah realiti. Harga makanan dah semakin mahal.
Bawa bekal daripada rumah adalah satu strategi yang boleh kita gunakan untuk berjimat. Gambar bawah ini sebagai contoh pelan makanan yang boleh kita jadikan sebagai rujukan:
Bayangkan, kita boleh jimat hingga RM50 seminggu. Cuma perlu keluarkan kos untuk memasak di rumah sahaja.
Kalau sebulan boleh simpan RM50 seminggu, berapa banyak kita boleh kumpul?
Selain selamatkan dompet, ia juga dapat menjamin kesihatan kita.
Makanan yang dimasak kat rumah lebih bersih dan sihat. Kita boleh dapat 2 kelebihan dalam satu masa. Best kan?
Tip 2: Simpan dan rekodkan setiap perbelanjaan yang berlaku.
Mungkin tip ini agak leceh untuk kita buat.
Tak semua orang suka simpan resit, atau merekod (menulis) setiap perbelanjaan dalam buku nota.
Dan tak perlu terkejut. Setiap perbelanjaan kecil adalah sebab utama yang selalu koyakkan bajet kita.
Cuba perhatikan semula. Adakah kita selalu beli air mineral, kopi, snek seperti gula-gula, atau sebagainya?
Dah cuba jumlahkan kos ini? Berapa jumlahnya untuk tempoh sebulan? Dan untuk kes biasa, jumlah ini tak sikit dan mampu kacau kesihatan kewangan kita.
Dengan merekod setiap aktiviti yang melibatkan duit, kita dapat kenalpasti punca duit kita “bocor”.
Bila dah kenalpasti punca, kita boleh cipta pelan tindakan dan tampal balik “bocor” ini dengan mudah.
Walaupun perkara ini nampak remeh, ia masih ada potensi untuk pengaruhi tahap kesihatan kewangan kita.
Nak sedikit tip? Ada banyak aplikasi smartphone yang membantu uruskan hal ini secara efisyen.
Tip 3: Jenama tak terlalu penting.
Kenapa Tok cakap macam ini?
Tok tak berniat nak hentam semua barangan yang berjenama. Cuma, cuba kita tumpukan kat barangan isi rumah (toiletries) untuk perkara ini.
Mari kita kaji dan kira. Berapa banyak duit yang kita habiskan untuk membeli barangan ini setiap bulan?
Kalau nak buat perbandingan, barangan isi rumah yang tak berjenama dah cukup memadai untuk kita gunakan.
Ia berikan fungsi yang sama, dan kita tak perlu membayar kos ekstra untuk jenama yang terkenal.
Bayangkan. Berapa banyak boleh kita jimatkan apabila membeli barangan isi rumah yang tak berjenama?
Banyak pasaraya keluarkan jenama sendiri (seperti Tesco dan sebagainya) untuk barangan isi rumah seperti tisu, pencuci pinggan, sabun basuh baju, atau lain-lain barangan isi rumah.
Dan tak perlu terkejut. Kadang-kala, ia lebih berkualiti berbanding barangan yang berjenama.
Bukan takat boleh buat kerja rumah macam biasa. Malah boleh jimatkan banyak duit kita. Boleh mula menyimpan sikit-sikit, daripada tak menyimpan langsung.
Tip 4: Latih diri menahan nafsu berbelanja.
Sekarang bukan masa yang sesuai untuk “beli dahulu, fikir kemudian”. Kalau buat juga, “kesihatan” kewangan ada potensi besar untuk jatuh merosot.
Keadaan mata wang semasa tak selalunya indah belaka. Ada masa ia naik. Ada masa ia turun. Kalau ia sedang sakit, lebih baik kita ubah gaya hidup mengikut keadaan.
Ramai yang tak sanggup ubah gaya hidup secara drastik. Namun, ia lebih baik daripada terus kekalkan gaya hidup terdahulu yang jelas gunakan banyak duit.
Hal ini berkaitan dengan ego diri kita sendiri. Kalau sanggup buat, kita masih ada peluang untuk selamatkan kewangan kita daripada terus merosot.
Kalau tak perlukan sesuatu barangan itu, lebih baik kita tahan nafsu daripada membeli.
Risau kelak kita sendiri yang rasa rugi, sebab terikut nafsu berbelanja yang langsung tak beri manfaat kat kita.
Tip 5: Elakkan berbelanja untuk perkara yang tak perlu.
Supaya kita tak hidup tersepit sebelum gaji yang seterusnya, mula belajar mencantas perbelanjaan yang tak perlu sebagai salah satu strategi.
Antara contoh yang boleh kita buat seperti:
Kurangkan melepak kat luar pada hujung minggu,
tak ke pawagam untuk melihat setiap “movie” yang baru keluar,
kerap memasak dan makan kat rumah (daripada beli kat kedai), atau lain-lain.
Selain itu, mula kaji rentak dan gaya perbelanjaan, dan fahami ia sedalam yang boleh.
Beri perhatian kat perkara seperti keahlian gym, pelan Internet dan telefon bimbit kita, atau lain-lain perkara yang sama waktu dengannya.
Kalau tak kerap ke gym, potong keahlian ini daripada terus membazir. Kalau ada pelan Internet atau telefon bimbit yang lebih murah dan berbaloi, tak perlu rasa berdosa untuk tukar.
Janji kita dapat berjimat sebanyak yang mungkin. Lebih banyak yang boleh kita jimat, adalah lebih baik