Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Adakah Anda Setuju KPM Perlu Laksana UPSR dan PT3 untuk Lebih Adil kepada Murid

Laksana UPSR dan PT3
Laksana UPSR dan PT3

Ramai yang beranggapan laksana UPSR dan PT3 adalah lebih patut dan ada juga yang tidak setuju.

Adakah Anda Setuju KPM Perlu Laksana UPSR dan PT3 untuk Lebih Adil kepada Murid

PT3 tahun 2021 telah dibatalkan

SAUDARA PENGARANG,

SELURUH negara terkejut dengan pengumuman kerajaan pada 17 April lalu untuk membatalkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi 2020 akibat penularan pandemik Covid-19.

Sebagai ganti, Kementerian Pendidikan memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi permohonan kemasukan tingkatan satu dan empat ke sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), sekolah menengah teknik (SMT), kolej vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Pentaksiran itu merangkumi tiga bahagian iaitu Ujian Kecerdasan Intelektual dengan penilaian sebanyak 70 peratus, Kecerdasan Insaniah (20 peratus) yang dibuat secara dalam talian dan Artikulasi Penulisan (10 peratus) secara bertulis.

Permohonan dibuka kepada semua calon mulai 7 September hingga 2 Oktober lalu secara dalam talian dan PKSK secara berpusat di 555 buah pusat pentaksiran yang ditetapkan di seluruh negara.

Untuk layak menduduki PKSK, murid mesti lulus Tahap Penguasaan (TP) dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Tahun Enam (PST6) dan Tingkatan Tiga (PST3). Kajian secara rawak dan ringkas ke atas murid daripada 23 sekolah dalam bandar dan luar bandar mendapati masalah yang timbul adalah sebahagian besar sekolah sehingga tarikh 22 September belum lagi menyediakan PST6 dan PST3 Tahun 2020.

Berikutan desakan ibu bapa, hampir semua sekolah mengeluarkan PST6 dan PST3 pada 24 September lalu. Bagaimanapun, satu permasalahan besar lagi timbul di mana apabila murid-murid membandingkan TP mereka dengan rakan-rakan, terdapat jurang perbezaan yang signifikan dalam bilik darjah antara bilik darjah dan sekolah.

Anehnya, ulasan guru hampir sama iaitu ‘pencapaian boleh dipertingkatkan dan teruskan usaha’ bagi semua murid walaupun masing-masing mempunyai TP dan skor berbeza.

Sebagai rumusan, proses Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan pelaporan TP tidak dilaksanakan algoritma verifikasi, validasi dan moderasi ke atas keseluruhan penguasaan murid dalam bilik darjah dan sekolah. Oleh itu, TP yang dilaporkan adalah tidak stabil dan boleh dipersoalkan.

Justeru, pemilihan murid ke sekolah-sekolah khusus seperti SBP, SMKA dan MRSM tidak boleh bergantung kepada TP yang dinilai pihak sekolah semata-mata, sebaliknya perlu diuji dengan Kriteria Standard Berpusat seperti yang pernah diamalkan pada tahun-tahun terdahulu.

Semakan SAPS Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018
Semakan SAPS Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018

Berdasarkan dapatan kajian melalui semakan rawak, sebilangan proses PBD di sekolah-sekolah tidak mengikuti Garis Panduan Pelaksanaan PBD 2019 khususnya pada Bab 4 dan Bab 5, maka dengan itu UPSR dan PT3 tidak boleh dihapuskan.

Dicadangkan Kementerian Pendidikan menggunakan kaedah PBD disinergikan laksana UPSR dan PT3 bagi menghasilkan laporan penguasaan murid secara holistik, konsisten, boleh dipercayai dan adil. Laksana UPSR dan PT3 adalah langkah menarik.

DR. MOHD. SAHANDRI GANI HAMZAH & DATUK ABDUL RAOF HUSSEIN

-sumber : utusan.com.my

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati