Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

COVID-19 Varian BA.5.2 dan Varian BF.7 Kini dikesan Berada di Malaysia

COVID-19 varian BA.5.2 dan varian BF.7 kini dikesan berada di Malaysia!
COVID-19 varian BA.5.2 dan varian BF.7 kini dikesan berada di Malaysia!

COVID-19 varian BA.5.2 dan varian BF.7 kini dikesan berada di Malaysia. Terbaru, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sahkan dua varian Covid-19 utama yang menular di China iaitu varian BA.5.2 dan varian BF.7 telah didapati dikesan berada di Malaysia.

Menurut KKKM, Setakat 31 Disember lalu, terdapat sebanyak 4,148 kes yang dijangkiti dengan BA.5.2 dan tiga kes yang dijangkiti dengan BF.7. Ini adalah situasi yang membimbangkan kerana boleh menjejaskan keadaan Covid19 yang sebelum ini masih terkawal.

COVID-19 varian BA.5.2 dan varian BF.7 kini dikesan berada di Malaysia

Keadaan Semasa Covid19 Di Malaysia

Tergempar hari ini apabila pihak KKM telah melaporkan berita bahawa COVID-19 varian BA.5.2 dan varian BF.7 kini dikesan di Negara Malaysia. Hal ini telah disampaikan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

telephone 949023 640

Untuk rakyat Malaysia, dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan dalam penjagaan diri dalam menghadapi penularan wabak yang disahkan pandemik dunia. Diminta juga kepada rakyat Malaysia agar tidak panik dan menimbulkan apa-apa spekulasi.

Apa-apa berita terkini hendaklah dirujuk melalui saluran yang sah berkenaan perkembangan covid 19. Menurut KKM ia adalah satu-satunya sumber yang rakyat Malaysia perlu percaya.

KKM Sarankan Ambil Dos Penggalak..

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) telah menyarankan kepada orang ramai untuk segera mendapatkan dos penggalak kedua tanpa menunggu vaksin bivalen COVID-19. – Sumber : Sinar Harian

Hal ini dijelaskan oleh,Menterinya,iaitu  Dr Zaliha Mustafa, beliau berkata vaksin sedia ada juga berkesan sebenarnya bagi mengelak gejala serius dan kematian akibat jangkitan wabak Covid19 itu.

office 583839 640

“KKM menggesa orang ramai yang sudah menerima dos penggalak pertama melebihi tempoh enam bulan segera mendapatkan dos penggalak kedua dan tidak menunggu vaksin bivalen.

Menurut KKM lagi,

“Vaksin monovalen sedia ada masih sangat berkesan untuk mengurangkan gejala serius dan kes kematian,” katanya kepada pihak Media, hari ini.

Dr. Zaleha berkata, vaksin bivalen akan dibekalkan kepada rakyat Malaysia tidak lama lagi, ia berikutan kelulusan pendaftaran bersyarat yang diberikan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum ini.

Pengumuman daripada KKM akan dibuat selepas bekalan diterima bersama kriteria kelayakan mendapatkannya.

Menurut Menteri KKM , Kementerian berharap peratusan pengambilan dos penggalak terus meningkat dari semasa ke semasa, terutama dalam kalangan golongan berisiko

Ianyaa adalah penting sebagai jalan atau penyelesaian untuk mengekang penularan Covid19 yang boleh memberi kesan kepada rakyat Malaysia walaupun telah disahkan sebagai Pandemik.

Menurut KKM, hanya 49.8 peratus rakyat Malaysia mendapatkan vaksin dos penggalak pertama dan 1.9 peratus sahaja sudah mengambil dos kedua.

Kebimbangan Situasi Covid19 Yang Dijangka Akan Memburuk..

Jika dilihat pada Disember lalu, PBKD memberi kelulusan bersyarat untuk vaksin COVID-19 Pfizer yang telah dikemas kini.

Untuk Vaksin baharu itu,ianya dijangka dapat memberi perlindungan lebih baik terhadap ancaman subvarian BA.5 Omicron walaupun prestasinya dengan varian baharu seperti XBB dan BQ.1 masih dalam proses kajian.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah,Ketua Pengarah Kesihatan sebelum ini berkata, vaksin bivalen dijangka tiba akhir bulan ini,iaitu bulan Januari 2023.

Untuk masa sekarang, vaksin bivalen Pfizer hanya akan tersedia kepada mereka yang sebelum ini hanya menerima vaksin COVID-19 Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau CanSino.

Vaksin bivalen baru-baru ini menjadi perhatian di tengah kebimbangan ramai terhadap keputusan China membuka semula sempadannya.

Langkah Berjaga-jaga Perlu Diamalkan Oleh Rakyat Malaysia

Melihatkan keadaan semasa selepas pengumuman terbaru daripada pegawai kesihatan negara mengenai varian Covid19 yang dikesan berada di Malaysia sememangnya memberi satu tanda untuk rakyat Malaysia terus berjaga-jaga dalam menghadapi situasi yang kita tidak tahu bilakah ia akan memburuk dan memberi kesan yang lebih besar.

Jadi, diharapkan kepada rakyat Malaysia untuk senantiasa dalam keadaan berjaga-jaga.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati