Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Buat Kek Batik: Mudah, Lembut Dan Sedap Menggunakan 3 Bahan

cake
Cara Buat Kek Batik: Mudah, Lembut Dan Sedap Menggunakan 3 Bahan 5

Kek batik kini menjadi viral apabila ia dijadikan hidangan rasmi di setiap sambutan hari jadi di sekolah atau pun dirumah. Dengan tekstur yang lembut dan manis ia menjadi kesukakan ramai kanak-kanak malahan orang dewasa pun meminatinya.

Tetapi ramai orang tidak tahu bagaimana ingin menyediakan bahan dan cara membuat kek batik ini. Lebih ramai orang mengambil langkah mudah dengan membeli kek batik ini di kedai ataupun menempah pada orang yang tahu membuatnya. Tapi tahukah anda cara membuat kek batik ni sangatlah mudah dilakukan dirumah dan lebih sedap dimakan!

Resepi Kek Batik

Apa Itu Kek Batik

Cara buat kek batik mudah 3 bahan!!
Cara Buat Kek Batik: Mudah, Lembut Dan Sedap Menggunakan 3 Bahan 6

Kek batik ialah sejenis makanan manisan yang penuh kaya dengan rasa coklat. Apabila anda mula memasuki di dalam mulut seolah-olah anda merasa kek ini yang paling tersedap di dalam dunia!! Kek batik ini dipercayai berasal dari Sarawak dan Sabah. Nama kek batik ini juga dikatakan berasal dari kain batik yang mempunyai corak yang sama.

Sesetengah rakyat sarawak menganggap wajib untuk mensajikan manisan ini apabila tiba hari raya. Selain itu, kek batik ini juga dikatakan senang cara menghasilkannya kerana perlu disejukkan sahaja di dalam peti sejuk dan tidak memerlukan oven. Mari kita lihat bagaimana cara penghasilan kek batik ini.

Bahan-Bahan Kek Batik

cake 1 1
Cara Buat Kek Batik: Mudah, Lembut Dan Sedap Menggunakan 3 Bahan 7

Bahan-bahan yang perlu disediakan amatlah mudah kerana menggunakan bahan yang asas sahaja. Bahan ia juga tidak terlalu mahal kerana mudah didapati di kedai runcit. Berikut merupakan bahan-bahan kek batik yang mudah:

  • Biskut marie
  • Milo
  • Susu tin

Langkah Buat Kek Batik 3 Bahan

Berikut diatas video dari channel chefRaden Ros langkah membuat kek batik yang sangat mudah dan senang. Jadi sesiapa yang tekad ingin membuatnya pasti akan menjadi. Dibawah ini disenaraikan beberapa langkah membuat kek batik:

  1. Patahkan 13-15 keping biskut marie
  2. Masakkan 3 senduk serbuk milo dan 2/4 susu pekat manis ke dalam periuk
  3. Masak dengan api yang perlahan
  4. Kacau sehingga sebati dan tambahkan sedikit air/susu cair
  5. Kemudian masukkan biskut marie yang telah di patahkan
  6. Kacau sehingga semua biskut marie kena pada coklat
  7. Akhir sekali, masukkan semua adunan ke dalam bekas dan tekan untuk mampatkannya

Senarai Resepi Kek Batik Yang Lebih Sedap, Crunchy Dan Berlemak

Mesti anda ingin tahu bagaimana mahu membuatkan kek batik ini lebih sedap dan berlainan daripada yang lain kan. Dalam masakan kita boleh saja menambah atau mempelbagaikan citarasa kita untuk kepuasan diri kita sendiri.

Jadi disini ada beberapa resepi kek batik yang anda boleh mengikut atau mencontohi resepi kek batik yang lain daripada yang lain. Jom kita pelajarinya!!

Resepi Kek Batik Crunchy

cake 3
Cara Buat Kek Batik: Mudah, Lembut Dan Sedap Menggunakan 3 Bahan 8

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus biskut marie
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1/2 tin susu cair
  • 4 cawan serbuk milo
  • 3 cawan serbuk koko
  • 1/2 mentega
  • 3 sudu Nestum
  • 1 biji telur Jika mahu

Cara penyediaan:

  1. Masakkan mentega sehingga cair dengan api sederhana
  2. Masukkan susu pekat dengan susu cair, kacau bagi sebati
  3. Pecahkan telur dan masukkan dalam masakkan – jika mahu
  4. Kemudian masukkan serbuk koko dan serbuk milo sikit demi sedikit supaya tiada ketulan
  5. Masukkan serbuk nestum dan kacau sebati dengan adunan
  6. Seterusnya masukkan biskut marie dan kacaukan sehingga rata disaluti adunan
  7. Masukkan kesemua adunan tadi di dalam loyang dan ditekan sehingga mampat. Jika inginkan kek batik nipis boleh masukkan ke dalam banyak bekas
  8. Akhir sekali, sejukkan dalam peti sejuk semalaman untuk tekstur yang lebih keras dan menarik

Kalau dilihat balik resepi ini terdapat satu bahan yang digunakan iaitu nestum. Ini ialah rahsia resepi untuk membuatkan kek batik kita menjadi lebih crunchy.

Resepi Kek Batik Macha Indulgence

Bahan-bahan:

  • Biskut marie 510 gm
  • Susu tepung 90 gm
  • Serbuk green tea 30 gm
  • Horlicks 75 gm
  • Mentega 180 gm
  • Susu segar 270 ml
  • Susu pekat 60 gm
  • Telur 2 biji

Cara penyediaan kek batik:

  1. Bancuhkan serbuk green tea dengan susu segar panas
  2. Tambahkan pewarna hijau jika serbuk green tea anda kurang hijau
  3. Cairkan mentega dan masukkan susu pekat serta susu tepung
  4. Kemudian masukkan horlicks dan kacau sehingga sebati
  5. Masukkan bancuhan green tea dan kacau sehingga larut
  6. Tambahkan 1/2 sudu kecil garam
  7. Masukkan telur yang sudah dikacau
  8. Kacau sehingga masak dan jadi pekat
  9. Masukkan biskut marie sedikit demi sedikit
  10. Alaskan dasar loyang dengan plastik atau baking paper kalis air supaya kek mudah dikeluarkan
  11. Tekan-tekan adunan hingga padat supaya tiada rongga kosong
  12. Tutupkan dan simpan dalam peti sejuk seketika

Cara penyediaan cream cheese layer:

Bahan-bahan:
  • Cream cheese 200 gm
  • Whipping cream 250 ml
  • Susu pekat 100 gm
Cara penyediaan:
  1. Masukkan cream cheese dan susu pekat
  2. Adun sehingga sebati
  3. Masukkan whipping cream sejuk
  4. Adun hingga kembang dalam 4 atau 5 minit hingga kental
  5. 2 sudu besar Gelatine di campur dengan 40 ml air. Jangan dikacau. Biar meresap sendiri dalam 5 minit.
  6. Rendamkan mangkuk gelatine di dalam air panas dan kacau hingga cair
  7. Masukkan dalam adunan cream cheese tadi
  8. Adun sekali lagi hingga sebati
  9. Keluarkan kek daripada peti sejuk
  10. Tuangkan adunan cream cheese
  11. Ratakan hingga licin permukaan dan simpan dalam peti sejuk

Cara penyediaan matcha ganache:

  • Serbuk green tea 15 gm
  • Whipping cream 100 ml
  • Susu segar 30 ml
  • Coklat putih 250 gm
Cara penyediaan:
  1. Campurkan serbuk green tea dengan susu segar panas
  2. Masukkan whipping cream dan kacau hingga sebati
  3. Tuangkan bancuhan green tea ke dalam mangkuk coklat putih
  4. Masukkan dalam microwave dalam 10 minit
  5. Sila tambah masa jika ganache masih berketul atau boleh gunakan kaedah doble baker
  6. Keluarkan kek dari peti sejuk
  7. Lorekkan supaya bancuhan ganache akan melekat dengan kek dan tak tergelincir apabila dipotong
  8. Tuangkn bancuhan ganache dialaskan dengan sudip/spatula rendah-rendah supaya lapisan cream cheese tidak berlekuk
  9. Kemudian simpan dalam peti sejuk atau semalaman

Berikut diatas video dan cara penyediaan serta bahan-bahan kek batik matcha indulgence dari channel youtube Nadia Syida yang boleh kita contohi.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati