Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Tawaran Geran Rumah Perlindungan Untuk Tambahbaik Rumah Perlindungan Wanita & Kanak-Kanak Dibuka 2022

IMG 20221225 WA0086

Permohonan Tawaran Geran Rumah Perlindungan Untuk Tambahbaik Rumah Perlindungan Wanita & Kanak-Kanak Dibuka! Mohon Sekarang. Geran Rumah Perlindungan merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bertujuan untuk menjalin kerjasama, membantu dan menambahbaik rumah perlindungan dalam memastikan keselamatan golongan wanita dan kanak-kanak yang terlibat dengan isu keganasan rumah tangga dijaga.

Geran Rumah Perlindungan ini adalah dengan matlamat untuk memberi perlindungan sementara yang berkualiti kepada pemandiri keganasan rumah tangga daripada pendera dan membina rangkaian kerjasama dengan pemanggil Talian SELamat untuk meneroka pilihan yang lebih luas kepada pemandiri.

  1. Sebagai sebuah inisiatif dari Kerajaan Negeri dalam menyantuni pemandiri melalui pemberian peruntukan kepada rumah-rumah perlindungan sedia ada untuk menambahbaik fasiliti atau perkhidmatan yang berkaitan;
  2. Memberi perlindungan sementara yang berkualiti kepada pemandiri keganasan rumah tangga daripada pendera; dan
  3. Membina rangkaian kerjasama dengan pemanggil Talian SELamat untuk meneroka pilihan yang lebih luas kepada pemandir

Sila Follow perkongsian di bawah untuk maklumat terus berkaitan Geran Rumah Perlindungan dan anda juga boleh ikuti cara buat permohonan.

Sertai telegram terbaik mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia

Telegram Terkini Info Bantuan

Permohonan Tawaran Geran Rumah Perlindungan Untuk Tambahbaik Rumah Perlindungan Wanita & Kanak-Kanak Dibuka! Mohon Sekarang

Apakah Wanita Berdaya Selangor?

Penubuhan Wanita Berdaya Selangor (WBS) telah diilhamkan pada tahun 2020 bagi merealisasikan Dasar Wanita Selangor untuk mendayaupaya wanita menerusi tiga (3) teras utama iaitu Badan Pemikir, Pembinaan Kapasiti dan Program Pemberdayaan Wanita. Komitmen kerajaan negeri selama 13 tahun bagi mendayaupaya wanita dizahirkan menerusi inisiatif penubuhan Pusat Wanita Berdaya (dulu dikenali sebagai Pusat Komuniti Wanita), Insititut Wanita Berdaya dan Akademi Kepimpinan Wanita. Hasrat WBS adalah menjadi peneraju kepada usaha pendayaupayaan wanita dan masyarakat yang diiktiraf serta terkemuka dalam sektor; Kepimpinan, Pendidikan, Kekeluargaan, Ekonomi, Kesihatan dan Sosial.
 

Tentang WBS

Wanita Berdaya Selangor (WBS), sebuah organisasi meraikan bakat dan memekarkan potensi wanita Selangor merupakan cetusan manifestasi idea Yang Berhormat Dr Siti Mariah Mahmud, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga Selangor.

Sebagai salah sebuah anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI), WBS telah diilhamkan pada tahun 2020 bagi merealisasikan Dasar Wanita Selangor untuk mendayaupayakan wanita menerusi tiga (3) teras utama iaitu Pembangunan Dasar & Polisi, Pemberdayaan Wanita dan Pembinaan Kepimpinan. WBS juga bertindak sebagai badan pelaksana program-program pemberdayaan wanita di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor.

Baca juga :

TUJUAN GERAN RUMAH PERLINDUNGAN

Tujuan Geran Rumah Perlindungan ini disediakan adalah untuk:

  • Fasiliti: Untuk menambahbaik kemudahan di dalam rumah perlindungan berkenaan seperti pembaikan premis atau pembelian aset bagi tujuan kemudahan penghuni rumah perlindungan; atau/dan
  • Latihan: Untuk memberikan latihan kepada tenaga kerja rumah perlindungan bagi mengendalikan isu keganasan rumah tangga atau kepada pemandiri bagi tujuan kelangsungan hidup setelah keluar dari rumah perlindungan; atau/dan
  • Pemandiri: Untuk tujuan membina kapasiti dan kemahiran kepada pemandiri agar mereka berupaya memberdaya diri setelah keluar dari rumah perlindungan.

Syarat Kelayakan Permohonan

  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Pendaftar Pertubuhan (ROS)/Akta Parlimen/Ordinan/Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)/agensi Kerajaan yang diiktiraf.
  • Lokasi rumah perlindungan adalah di Selangor.
  • Rumah perlindungan menyediakan penempatan buat mangsa atau pemandiri keganasan rumah tangga dan keluarga (jika perlu).
  • Rumah perlindungan tersebut tidak semestinya hanya menyediakan perlindungan kepada mangsa keganasan rumah tangga sahaja.
  • Rumah perlindungan tidak berasaskan keuntungan.
  • Telah beroperasi minimum selama 1 tahun.
  • Tertakluk kepada keputusan Ahli Jawatankuasa Penilai Geran Rumah Perlindungan dari semasa ke semas

Permohonan dibuka bermula pada 15 Disember sehingga 31 Disember 2022. Jumlah permohonan yang diluluskan adalah tertakluk kepada penilaian oleh Ahli Jawatankuasa Penilai Geran Rumah Perlindungan yang dilantik. Pemohon yang berjaya menerima geran akan dimaklumkan melalui e-mel.

Macam Mana Nak Buat Permohonan ?

Berikut ialah cara membuat permohonan:

Secara Atas talian

  • Buka laman web WSB di ———-> KLIK DISINI
  • Anda dikehendaki untuk scan barcode yang telah disediakan dalam portal rasmi WBS

DOKUMEN DIPERLUKAN

Tawaran Geran Rumah
Tawaran Geran Rumah

Permohonan mestilah disertakan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan yang telah disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan.
  • Salinan Perlembagaan Pertubuhan yang telah disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan.
  • Penyata Kewangan Beraudit oleh Akauntan Berdaftar/Juruaudit Bertauliah bagi tahun terkini auditan dibuat.
  • Salinan penyata bank/no akaun dan alamat bank pertubuhan.
  • Laporan Kewangan yang terperinci termasuk debit dan kredit bagi perbelanjaan Bantuan Kewangan kerajaan yang diterima pada tahun lepas (jika berkaitan).
  • Anggaran perbelanjaan bagi tahun semasa.
  • Bukti pemulangan baki/lebihan geran (jika berkaitan).
  • Laporan program dan aktiviti dalam bentuk tulisan dan bergambar bagi tahun sebelumnya
  • Senarai Maklumat Tenaga Kerja
  • Senarai maklumat Ahli Jawatankuasa Pertubuhan
  • Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Akta Pusat Jagaan 1993 (jika berkaitan).
  • Salinan dokumen pengesahan premis milik pertubuhan yang sah atau disewa (jika berkaitan).
  • Laporan dan gambar kerosakan berkaitan premis (jika berkaitan).
  • Sebutharga pembaikan (jika berkaitan).
  • Lain-lain Maklumat Tambahan (dokumen sokongan seperti jadual operasi dan Rekod kemasukan pemandiri ke rumah perlindungan).

Download borang permohonan di bawah:

Borang Permohonan

Menyemak Status Kelulusan

Respon permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Bagi pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat

Tanggungjawab Pemohon

Pemohon WBS bertanggungjawab untuk:

  • Melengkapkan dan Mengisi borang permohonan
  • Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut syarat yang ditetapkan
  • Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  • Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  • Membuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perlu

Maklumat Lanjut

sila hubungi Puan Nurhidayah, melalui emel [email protected] atau melalui talian, 03-55454879

IBU PEJABAT

Wanita Berdaya Selangor Sdn. Bhd.

IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam
Ground Floor, Jalan Pahat L 15/L,
Section 15, 40200 Shah Alam,
Selangor.

Semoga dengan segala bantuan-bantuan yang telah disediakan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun ini buat rakyat Malaysia terutama bantuan geran rumah bagi penduduk Negeri Selangor, sedikit sebanyak dapat meringankan dan melegakan beban rakyat dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin tinggi dan perubahan inflasi serta kesan daripada pandemik Covid-19 sebelum ini.

Sertai Telegram Rasmi Kami Sistem Guru Online Untuk Membantu Anda Mendapatkan Pelbagai Info dan Maklumat Yang Bermanfaat

Telegram Rasmi SIstem Guru Online

INFO TAMBAHAN Tawaran Geran Rumah

Apa itu geran?

Geran dengan kata lain ialah hakmilik tanah. Geran sama erti dengan tajuk.

Ada 2 jenis geran

1. geran atau hakmilik individu
2. geran atau hakmilik strata

hakmilik individu atau geran individu ialah geran tanah yang didaftarkan atas nama individu yang beli tanah tu bagi rumah yang dibina atas tanah bukan atas langit. kalau atas langit nama dia mahligai (hehehe).(rumah teres/banglo/semi D/rumah berkembar dsbg)

Hakmilik strata atau geran strata ialah geran tanah yang didaftarkan atas nama individu yang beli rumah jenis flat/pangsa/kondo/apartmen (rumah merpati)

Paras rupa kedua2 geran ni pun berbeza. Geran individu yang biasanya ditulis sebagai hakmilik sementara 2 keping. kepingan pertama (bercorak dan warna ikut negeri) tulis nombor hakmilik dan pemilik dan juga nama bank (jika digadai kepada bank). kepingan kedua ialah plan lokasi rumah tersebut.

Geran strata pula besar. tak tau lah saiz berapa A. Warna kuning cerah kiranya kalau nak potostat sebesar skrin mesin potostat tu lah untuk satu muka. semuanya 2 muka dan jika dilipat jadi 4 muka dan sekeping pelan lokasi unit sebesar geran tu jugak.

Kalau beli rumah yang kita tak sain Borang 14A Kanun Tanah Negara dan tak bayar duti setem maknanya rumah atau tanah yang kita beli tu belum ada geran.

 
Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati