Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pemberian Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Tahun 2023

Pemberian Bantuan Tunai Rakyat

Pemberian Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Tahun 2023. Hari ini baru sahaja dibentangkan di dalam parlimen negara oleh Perdana menteri Malaysia yang baharu iaitu datuk seri Anwar Ibrahim yang kini menjawat sebagai ketua pentadbir negara bagi satu penggal pemerintahan kerajaan perpaduan.

PM baru saja mengumunkan pada pagi tadi akan menyalurkan bantuan kepada rakyat dari segi bantuan kewangan yang mana kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan bantuan yang dikenali sebagai bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu dengan permulaan disalurkan pada fasa 1 bulan depan atau lebih dikenali sebagai bulan Januari bagi tahun 2023.

Pada anda yang ingin mengikuti lebih lanjut anda boleh ikuti maklumat mengenai pengumuman rasmi daripada kerajaan di parlimen pagi tadi di bawah. Bagi anda yang merupakan rakyat Malaysia mesti dan hendaklah mengikuti perkembangan semasa di dalam negara lagi-lagi dengan pengumuman penting yang baharu daripada kerajaan, bagi memudahkan anda mendapat liputan daripada kerajaan sertai Telegram saluran pantas mengenai pengumuman rasmi kerajaan:

Pemberian Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Tahun 2023

Apakah Itu Bantuan Tunai Rakyat?

Untuk makluman kepada semua,BTR 2023 merupakan bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia khas kepada rakyat, sama bantuan sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.

Mengenai Bantuan tunai ini yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari yang sebelum ini ditetapkan untuk bulan Mac tahun depan. Ini  mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh yang dilihat penting untuk membantu rakyat.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, untuk bantuan tunai tahun 2023 nanti ia akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.

Mengenai Bantuan Tunai Rakyat itu sebelum ini telah dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 tetapi selepas melihat akan keadaan rakyat, Kerajaan telah bersetuju bagi memberikan pada Januari tahun 2023 nanti.

Sertai group facebook ” Info Bantuan Tunai Rakyat 2023″ disini.

Datuk seri Anwar Ibrahim
Pemberian Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Tahun 2023

Kadar Pemberian Bantuan Tunai Rakyat Tahun 2023 Sesuai Dengan Pelbagai Golongan

Kadar Bayaran BTR

Mengenai kadar bayaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan hasil daripada perutusan rasmi di parlimen, telah menetapkan kadar pemberian bantuan bagi tahun harapan bermula Januari adalah berdasarkan kajian dan keperluan kepada pelbagai golongan rakyat.

Menurut pemberian bantuan tersebut, bagi Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima sebanyak RM300, manakala bagi kategori bujang akan menerima bayaran RM100.

Tarikh Bayaran Rasmi BTR 2023

Bagi tarikh pembayaran BTR 2023 ia masih belum diumumkan secara rasmi atau tempat bilakah tarikh bayaran dibuat untuk disalurkan kepada rakyat Malaysia. Tetapi apa yang pasti,Kerajaan akan menyalurkan bayaran BTR 2023 Fasa 1 pada Januari 2023.

Pemberian Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Sama Dengan Pemberian Bantuan Sebelum Ini?

Berkenaan bantuan akan diberikan kepada rakyat, kini masih tiada data ataupun maklumat lebih terperinci mengenai Bantuan Tunai Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim. sememangnya fokus utama bagi Perdana Menteri adalah untuk membantu mereka yang dalam kesusahan dan terbeban melalui sumbangan atau pemberian bayaran tunai secara one-off kepada mereka yang layak terutama bagi golongan b40.

Walaubagaimanapun bantuan ini telah dibentangkan di parlimen di dalam pembentangan mini bajet 2023 yang diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri. Untuk masa ini, jumlah penuh bagi bayaran dan mengenai kelayakan penerima BTR 2023 tidak diumumkan secara lebih terperinci dalam pembentangan Mini Bajet pada 20 Disember 2022 lalu.

Tetapi, kita difahamkan oleh PM bahawa bantuan tunai ini adalah diteruskan hasil daripada Kerajaan terdahulu, berkemungkinan ianya tidak jauh berbeza dengan pemberian Bantuan Keluarga Malaysia 2022 / 2023 yang telah dibentangkan dalam Bajet 2023 sebelum ini.

Untuk Mengetahui Keseluruhan Inisiatif Rakyat..

Perdana Menteri telah maklumkan bahawa akan ada pembentangan yang lebih terperinci bagi tahun 2023 yang dijangka akan dibentangkan di parlimen pada bulan Februari nanti. Ramai yang tertanya-tanya dan dalam masa yang sama menanti apakah inisiatif dan insentif yang akan diberikan kepada rakyat melalui kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kita semua tahu bahawa beliau seorang yang komited dalam membantu dan membangunkan negara jadi melalui pembentangan bajet tahun 2023 kita akan mempunyai harapan agar ianya adalah satu pembentangan yang terbaik untuk rakyat dari pelbagai golongan.

Baca juga:

Pembayaran Bantuan Kepada Rakyat Sebelum Ini

Sebelum ini melalui kerajaan terdahulu yang dipimpin oleh Datuk Seri Ismail Sabri telah melancarkan sesuatu bantuan yang bernama bantuan keluarga Malaysia yang memperuntukkan dana juta melalui pembentangan bajet tahun 2022 yang telah melalui empat fasa bagi menyempurnakan bantuan keluarga Malaysia tersebut.

Bantuan keluarga Malaysia dilihat antara bantuan yang diberikan kepada rakyat secara teratur dan saksama apabila telah melalui empat fasa yang disempurnakan sehingga hujung tahun 2022. Ia boleh dikatakan sebagai antara bantuan yang sistematik yang diwujudkan bagi membantu mereka yang terbeban dengan keadaan semasa itu yang negara kita dilanda dengan pendemik Covid19 dan kemelesetan ekonomi.

Berikut disenaraikan kategori penerima bagi bantuan keluarga Malaysia:

Status Perkahwinan dan UmurPendapatan (RM)Bil. AnakNilai Bayaran BKM Fasa 1 (RM)
*telah disalurkan
Nilai Bayaran BKM Fasa 2 + *BTT (RM)
*telah disalurkan
Nilai Bayaran BKM Fasa 3 (RM)
*telah disalurkan
Nilai Bayaran BKM Fasa 4 (RM)Jumlah Keseluruhan Bayaran BKM 2022 (RM)
Kahwin
(59 tahun ke bawah)
0 – 2,5000300200 + *1002003001,100
1 – 2300 + *1003006001,600
≥ 3400 + *1004009002,100
2,501 – 5,0000100100 + *100100100500
1 – 2200200700
≥ 3300300900
Kahwin
(60 tahun ke atas)
0 – 2,5000300200 + *1005003001,400
1 – 2300 + *1006006001,900
≥ 3400 + *1007009002,400
2,501 – 5,0000100100 + *100400100800
1 – 22002001,000
≥ 33003001,200
Ibu/Bapa Tunggal
(tiada had umur)
0 – 2,5001 – 2300300 + *1008006002,100
≥ 3300400 + *1009009002,600
2,501 – 5,0001 – 2200100 + *1006002001,200
≥ 3300100 + *1003001,400
Bujang
(59 tahun ke bawah)
0 – 2,50002000 + *501500400
Bujang
(60 tahun ke atas)
0 – 5,0000150150 + *50150150650

Kelayakan Bagi Bantuan Keluarga Malaysia Tahun 2022

Kemungkinan untuk bantuan yang disebut oleh PM akan menggunakan dan menetapkan kelayakan menerima bantuan adalah sama seperti bantuan sebelum ini.

 

Kategori

UmurPendapatan (RM)
Isi Rumah (Berkahwin)N/A5,000 dan ke bawah
Isi Rumah (Ibu/bapa tunggal / balu/ duda/ janda yang mempunyai anak dan menepati syarat kelayakan)N/A
Bujang (Ibu/bapa tunggal / balu/ duda/ janda/ warga emas yang tidak mempunyai anak dan menepati syarat kelayakan)60 tahun ke atas
Bujang (Ibu/bapa tunggal / balu/ duda/ janda/ warga emas yang tidak mempunyai anak dan menepati syarat kelayakan)21 tahun – 59 tahun2,500 dan ke bawah

Mengenai bantuan tunai yang bakal diperkenalkan oleh Perdana Menteri baharu kita akan melalui proses pemberian bantuan yang sama iaitu melalui penyemakan dan senarai yang sedia ada melalui data yang telah dikumpulkan oleh pihak LHDN. Walaubagaimanapun rakyat Malaysia diminta untuk sentiasa perbaharui status dan maklumat diri di dalam LHDN yang kemungkinan akan membuka satu portal bagi anda mengisi permohonan dan kelayakan bantuan yang bakal diperkenalkan bagi tahun 2023 serta menerima beberapa inisiatif dan insentif dalam pembentangan bajet tahun 2023 nanti.

Semoga rakyat Malaysia sentiasa bersiap sedia dan cakna akan pengumuman penting dari pada kerajaan Malaysia yang sekarang ini komited untuk membantu Rakyat.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati