Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Penolong Pegawai Perubatan 2023 yang Mempunyai 480 Kekosongan

Pengambilan Penolong Pegawai Perubatan 2023

Pengumuman rasmi daripada spa berkenaan pengambilan penolong pegawai perubatan 2023 secara rasminya telah dibuka untuk para pemohon yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pekerja di bawah perkhidmatan awam. Maklumat ini adalah penting bagi para pemohon dan seharusnya disebar secara meluas agar permohonan diketahui oleh orang ramai.

Mengenai pengambilan penolong pegawai perubatan 2023 ini dapat dibuat permohonan secara atas talian dan boleh mengetahui maklumat lebih lanjut bagi membuat permohonan, mengetahui syarat-syarat kelayakan serta tempoh permohonan dibuka adalah boleh dirujuk di bahagian bawah.

Pengambilan Penolong Pegawai Perubatan 2023 yang Dibuka Oleh SPA

Telah dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) untuk kekosongan di Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pengambilan bulan disember yang merupakan pengambilan besar-besaran bagi jawatan Penolong Pegawai Perubatan. Tawaran istimewa untuk rakyat malaysia bagi membuat permohonan dan perlulah dibuat dengan kadar segera.

Melalui pengambilan Penolong Pegawai Perubatan 2023 ini, maka ia memberi peluang yang lebih cerah kepada para calon kerana pembukaan pengambilan secara besar-besaran ini akan meningkatkan peratusan para calon terpilih adalah tinggi. 

Maklumat Mengenai Peluang Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

Pengambilan Penolong Pegawai Perubatan 2023

Bagi mereka yang ingin membuat permohonan bagi jawatan penolong pegawai perubatan, anda boleh merujuk pada maklumat yang kami sertakan di bawah:

MaklumatPenerangan
Jawatan yang ditawarkanLatihan separa perubatan Penolong Pegawai Perubatan
JantinaLelaki dan Perempuan
Tempoh lantikan3 tahun
Tempat latihan-Institut Latihan KKM Seremban (Pembantu Perubatan)
-Institut Latihan KKM Alor Setar (Pembantu Perubatan)
-Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah
-Institut Latihan KKM Johor Bahru
-Institut Latihan KKM Kuching
-Institut Latihan KKM Kota Kinabalu
Kekosongan480

Apakah Tempoh Permohonan Dibuka?

Kepada semua calon yang berminat dalam pengambilan penolong pegawai perubatan ini dibuka bermula 22 disember 2013 dan permohonan ini akan ditutup pada 8 januari 2024 pada pukul 12 malam. 

Mengenai Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Perubatan

Syarat Kelayakan Umum untuk Pengambilan Penolong Pegawai Perubatan 2023

Pengambilan Penolong Pegawai Perubatan 2023

Terdapat syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam urusan pengambilan kali ini. Berikut adalah merupakan syarat-syarat umum yang anda boleh ikui:

  • Merupakan warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).
  • Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon, sila rujuk jenis-jenis Latihan Separa Perubatan.

Kelayakan Akademik di Peringkat SPM/SPM(V)

Bagi syarat kelayakan mengikut akademik pula, para calon perlu mematuhi dan mencukupi kriteria seperti dibawah:

  • Kepujian (6C) dalam:
    • Bahasa Melayu;
    • Matematik;
    • Dua (2) subjek lain; dan
  • Kepujian (6C) dalam:
    • Salah satu subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia); atau
    • Fizik dengan syarat Lulus (7D) dalam Biologi; serta
  • Lulus (7D) dalam subjek Bahasa Inggeris.

Cara Permohonan unuk Pengambilan Penolong Pegawai Perubatan 2023

Untuk membuat permohonan, para pemohon mestilah membuat permohonan dengan mengikuti prosedur yang telah ditetapkan sahaja. Berikut adalah langkah-langkah mohon jawatan penolong pegawai perubatan:

  • Sila layari laman Suruhanjaya Penjawat Awam (SPA) untuk membuat permohonan.
  • Anda perlu log masuk terlebih dahulu untuk meneruskan permohonan.
  • Pergi ke bahagian maklumat permohonan dan piliih ‘Latihan Separa Perubatan’.
    • Klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “Latihan Separa Perubatan” seperti berikut akan dipaparkan:
    • Pilih Jawatan Latihan Separa yang Layak Dipohon dan tekan “+Tambah”.
    • Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
  • Selepas membuat pengemaskinian, anda boleh membuat pengesahan permohonan.

Kemudian, permohonan anda akan diproses terlebih dahulu dan perlu menunggu maklum balas dari pihak SPA. Pengumuman keputusan akan dimaklumkan kepada anda selepas tarikh 8 Januari 2024.

Soalan FAQs Berkenaan Pengambilan Penolong Pegawai Perubatan 2023

Apakah itu penolong pegawai perubatan?

Siapakah yang layak memohon jawatan penolong pegawai perubatan?

Mereka yang layak membuat permohonan jawatan adalah mereka yang melepasi tapisan yang telah ditetapkan oleh SPA dan mempunyai sijil latihan separa perubatan yang sah.

Bilakah tarikh tamat tempoh permohonan bagi jawatan tersebut?

Untuk pengambilan penolong pegawai perubatan 2023 adalah ditutup pada 8 Januari 2023.

Dimanakah akan ditempatkan sekiranya terpilih?

Pemohon yang berjaya akan menjalani pengajian selama 3 tahun di mana-mana institut latihan KKM seluruh Malaysia.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati