7 Software yang Perlu Ada pada Laptop Anda ini adalah dikongsikan berdasarkan pengalaman admin sendiri ya. Memang best guna software-software ni.
Perisian-perisian (software) ini amat memudahkan kerja admin sebagai seorang pendidik khususnya dalam memuat turun bahan-bahan pendidikan, mengedit dan menonton media dan sebagainya. Admin sendiri syorkan kepada anda untuk memasang (dalam bahasa omputeh install) software-software ini.
Berikut merupakan software yang admin syorkan: (pautan muat turun bagi setiap software ini turut disediakan)
7 Software yang Perlu Ada pada Laptop Anda
Isi Kandungan
- VLC Media Player – Pemain Fail Media Terbaik
Sistem operasi Windows sedia hadir dengan pemain media mereka tersendiri. Tetapi satu kekurangan padanya adalah ia tidak menyokong pelbagai jenis format video secara menyeluruh.
Terdapat beberapa pilihan pemain video di pasaran, termasuk antaranya adalah VLC Media Player, K-Lite Mega Codec Pack, dan juga GOM Player.
VLC Media Player merupakan salah satu projek pembangunan berasaskan sumber terbuka, dan dikemaskini dengan pelbagai sokongan codec baru dari hari ke hari. Ia juga turut menyertakan pelbagai pilihan untuk tetapan, termasuk sokongan memainkan video 4K.
Muat turun di sini
2. Photoscape – Pengunting Gambar yang “Ringkas” dan “Mudah”
Dengan lebih ramai merakamkan gambar pada hari ini, salah satu perisian yang turut menjadi penggunaan utama pada komputer mereka adalah perisian penyuntingan gambar.
Untuk proses penyuntingan pantas dan ringkas, salah satu perisian percuma yang berguna adalah PhotoScape.
PhotoScape membolehkan anda membuat gabungan gambar, mengubah saiz gambar, memusingkan gambar, dan membuat beberapa penyuntingan pantas melaluinya, sekaligus mengoptimasikan saiz gambar untuk perkongsian di web.
Muat turun di sini
3. WinRAR – Pembuka Fail yang Dikompress (.zip/.RAR/ dsb)
WinRAR – Untuk tujuan compress fail, serta membuka beberapa jenis format fail, terutamanya yang dikongsikan melalui internet.
Muat turun di sini
x32bit/x86bit
x64bit
4. Whatsapp – Media Sosial No. 1
Selain kat smartphone, Whatsapp juga disediakan untuk dipasang pada PC/Laptop. Memang best sebab paparan lebih besar (ya la, paparan kat laptop kan?).
Muat turun di sini
x32bit/x86bit
5. Telegram Desktop – Perkongsian Media yang Mesra Pengguna
Admin selalu gunakan software ni dalam memuat turun bahan-bahan pendidikan daripada Channel/Group Telegram yang admin join. Terbaik.
Muat turun di sini
x32bit/x86bit
x64bit
6. Internet Download Manager (IDM) – “Raja” segala muat turun
Kenapa admin letakkannya sebagai ‘raja’? Ini kerana IDM ini sangat mesra pengguna, sangat cepat dalam memuat turun mana-mana fail. Yang bestnya, kalau kita surfing Internet, masa streaming video ka, lagu ka, dia akan ada option muat turun tanpa anda perlu copy paste link bagi media yang anda ingin muat turun tu. Best kan?
Cuma, software ni berbayar. Hihi. Kalau mau guna trial, download kat bawah ya:
Muat turun di sini
7. Microsoft Office
Perisian yang menghimpunkan Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, Microsoft Excel, Microsoft Acess dan sebagainya. Microsft Office ini tersedia dalam versi 2007, 2010, 2013, 2016 dan terkini 360. Admin selesa guna versi 2013. So, admin kongsikan link untuk anda muat turun ya :
Muat turun di sini
Penutup
Banyak lagi kelebihan menggunakan software-software ini. Ingin tahu dan mahir menggunakan semua software ini? Explore it by yourself. Trust me. Semoga perkongsian ini iaitu 7 Software yang Perlu Ada pada Laptop Anda memberikan manfaat kepada anda semua. Ini semua adalah berdasarkan pandangan dan pengalaman admin sendiri dalam menggunakan software-software yang bermanfaat ini. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan perkongsian berkaitan dunia pendidikan dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.