Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Senarai Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan YAB Perdana Menteri Anwar Ibrahim Yang Official Tahun 2022

Senarai Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan YAB Perdana Menteri Anwar Ibrahim

Senarai Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan YAB Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Tumpuan utama sekali lagi teralih pada Istana Negara oleh para pengamal media kerana Perdana Menteri ke-10 dijadualkan mempersembahkan senarai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan kepada Yang di-Pertuan Agong, hari ini jumaat, 2 Disember 2022.

Nantikan update rasmi dari pm,datuk seri Anwar Ibrahim pada petang ini

[Update ] Pengumuman ditunda pada 8.15 mlm ini -RTM

RASMI : SENARAI PENUH BARISAN KABINET PM ANWAR IBRAHIM – RUJUK DISINI

Kira-kira 20 pengamal media sudah mula berkumpul di sini, seawal jam 7.30 pagi selepas Anwar dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada jam 8 pagi ini.

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, bersama beberapa kenderaan polis pengiring dilihat telah tiba di pekarangan Istana Negara tepat pada jam 8.22 pagi sebelum masuk melalui Pintu Utama.

Sertai Telegram info semasa kerajaan Malaysia: https://t.me/officialbantuankerajaan

Senarai Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan YAB Perdana Menteri Anwar Ibrahim 

PM-10 Menghadap YDP Agong Hari Ini

PM Malaysia ke-10,Datuk Seri Anwar Ibrahim beredar dari Istana Negara pada 9.15 pagi selepas hampir sejam selesai menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kira-kira di Istana Negara.

PM sempat melambaikan tangan kepada petugas media sebelum dijadualkan bergerak ke Perak bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Beliau dipercayai mempersembahkan senarai Jemaah Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan kali ini kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Barisan Kabinet Kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Barisan Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diumumkan sebelum Jumaat bagi membolehkan Jemaah Menteri baharu mengangkat sumpah sebelum hujung minggu ini. Walaubagaimanapun memgikut update semasa, dijangka akan diumumkan kabinet kerajaan baharu pada 5 petang hari ini.

Ia bagi memberi laluan Kabinet Kerajaan Perpaduan itu dapat dibentuk segera berikutan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dijangka ke luar negara pada Sabtu ini.

Laporan akhbar utama juga ada menyebut khabar angin Kabinet baharu bakal diumumkan dalam masa terdekat mulai bertiup susulan satu hantaran melalui akaun Facebook Istana Negara sejak semalam, berserta empat keping foto yang memaparkan Al-Sultan Abdullah menerima menghadap daripada Perdana Menteri ke -10.

Barisan Kabinet Dijangka Diumumkan 5 Petang Ini

Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa barisan kabinet dalam kerajaan perpaduan bakal didedahkan dalam masa terdekat.

Menurut sumber terbaru, pengumuman itu akan dibuat kira-kira pada pukul 5 petang, Jumaat, selepas lawatan Anwar Ibrahim ke Ipoh, Perak bertemu Sultan Perak

PM10, Anwar juga sudah pun selesai menghadap YDPA selepas kenderaan yang membawa Perdana Menteri itu dilihat telah keluar daripada pintu utama Istana Negara sekitar pada jam 9.15 pagi, kira-kira 50 minit selepas menghadap YDPA.

Senarai Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan

Siapakah yang bakal diantara membarisi Kabinet baharu nanti?

Sememangnya berita mengenai pembentukan kerajaan sedang hangat diperkatakan oleh para rakyat Malaysia,ia terus menjadi teka teki antara rakyat. Persoalan demi persoalan dilontarkan, adakah dan siapakah menteri dan timbalan menteri yang akan dilantik menerajui pelbagai kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan yang baharu ini.

Pada jumaat lalu, pada sidang media pertama PM selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Anwar telah memaklumkan Kerajaan Perpaduan diterajuinya akan memiliki saiz Kabinet lebih kecil berbanding sebelum ini. Ini adalah kerana belia berpandangan untuk menjimatkan dan memastikan kelancaran pentadbiran.

Menurut PM, turut dilaporkan berkata bahawa akan mengusulkan gaji menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan nanti untuk dikurangkan susulan perkembangan situasi ekonomi kini. Ia berikutan sebelum ini Pakatan Harapan memastikan akan membina kerajaan yang telus,adil dan saksmaa serta berkebajikan dan Kepentingan untuk rakyat semata.

Selain pada itu, turut dimaklumkan bahawa kerajaan akan mengambil masa selama 2 minggu untuk mengkaji kos sara hidup rakyat sebelum pembentangan kabinet, hal ini dijelaskan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Akankah kita mempunyai kerajaan yang stabil dan kukuh dalam ekonomi?

Jika dilihat pada akhbar yang Sebelum ini telah dikejutkan dengan berita ekonomi Malaysia naik mendadak sejurus pengumuman PM10 baru-baru ini. Bursa saham Malaysia terus menguhkuh dan mencatat keuntungan berbanding sebelum ini, manakala wang ringgit pula mengukuh berbanding Dollar.

Jika momentum kejayaan ini diteruskan,kita akan dapat liha sebuah negara Malaysia yang maju dan berdaya saing dalam ekonomi serantau dan dunia.

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati