Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Dibuka! Mohon Sekarang. Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) mempunyai sebuah syarikat dibawahnya iaitu, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).
SPNB adalah merupakan syarikat di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia. Ianya adalah sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.
Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Dibuka! Mohon Sekarang
Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Tujuan utama RMR ditubuhkan untuk membantu golongan yang mempunyai pendapatan rendah seperti petani, nelayan dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah. Ianya juga untuk yang tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah sendiri untuk membuat rumah yang sempurna dan selesa.
Untuk pengetahuan anda, bantuan ini akan disalurkan berbentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan rumah juga akan dibina mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan sebagaimana berikut
Berikut Adalah Harga & Reka Bentuk RMR
Harga adalah berbeza-beza mengikut tempat namun konsep binaannya adalah sama iaitu berspesifikasi 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Dibawah adalah harga RMR mengikut tempat:
1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)
Harga: RM75,000
Subsidi pembinaan: RM20,000
Jumlah Pinjaman: RM55,000
Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300
2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)
Harga: RM85,000
Subsidi Pembinaan: RM20,000
Jumlah Pinjaman: RM65,000
Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM350
3. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah / Sarawak / Labuan)
Harga: RM75,000 – RM106,000
Bagi yang ingin membuat permohonan anda boleh menyemak syarat kelayakan dibawah. Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan RMR:
Warganegara Malaysia
Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas
Mempunyai pendapatan tidak melebihi RM3,000 untuk seisi rumah
Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
Tapak / tanah bersesusaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Sekiranya pemohon adalah bukan pemilik tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik
Keluasan tanah tidak kurang dariada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)
Afidavit / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang
Surat kebenaran pelepasan tuan tanah
Salinan sijil nikah pemohon
Borang laporan tapak bergambar
Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki rumah usang hendaklah disahkan melalui Ketua Kampung / Pegawai Ikhtisas Kelas A
SPNB berhak mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa .
Menyemak Status Kelulusan
Respon permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.
Bagi pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat
Tanggungjawab Pemohon
Pemohon RMR bertanggungjawab untuk:
Melengkapkan dan Mengisi borang permohonan
Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut syarat yang ditetapkan
Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
Membuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perlu
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai RMR SPNB, anda boleh menghubungi
IBU PEJABAT
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: aduan@spnb.com.my
SENARAI CAWANGAN
Cawangan Kedah
No 28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah
Telefon: 04-4500375 / 04-4500376
Faks: 04-4500379
Emel: spnb_semeling@spnb.com.my
Cawangan Melaka
No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
Telefon: 06-3369751 / 06-3369752
Faks: 06-3369753
Emel: spnb_melaka@spnb.com.my
Cawangan Negeri Sembilan
No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300
Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-601 4498 / 06-6-1 4350
Faks: 06-601 3507
Cawangan Terengganu
No K-5, Ruang Niaga Semarak Felda, Kompleks Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu
Telefon: 09-6660010 / 09-6660054
Faks: 09-6627312
Emel: spnb_kualaterangganu@spnb.com
Cawangan Perak
No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5264188 / 05-5263876
Faks: 05-5264319
E-mel: spnb_ipoh@spnb.com.my
Cawangan Pahang
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
Faks: 09-573 3666
E-mel: spnb_pahang@spnb.com.my
Cawangan Johor
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 / 07-2259911
Faks: 07-2223233
E-mel: spnb_plentong@spnb.com.my
Cawangan Kelantan
No PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
Faks: 09-7885545
E-mel: spnb_koklanas@spnb.com.my
Cawangan Sarawak
Lot 13319, Sublot No 3, Seksyen 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032 / 082-240032
Faks: 082-230055
E-mel: spnb_kuching@spnb.com.my
Cawangan Sabah
Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
Tel: 088-791610 / 088-791612
Faks: 088-791613
E-mel: spnb_melalin@spnb.com.my