Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tular Cara Mudah Claim Insurans Kereta Banjir Ikuti 4 Langkah Mudah Ini

Claim Insurans Kereta Banjir
Claim Insurans Kereta Banjir

Claim Insurans Kereta Banjir ini sebenarnya agak rumit jika tidak tahu caranya. Sekarang ini kita berada di musim tengkujuh yang mana di beberapa tempat akan sinonim dengan banjir terutamanya di kawasan pantai timur seperti Kelantan Terengganu dan Pahang.

Perkara ini sememangnya sudah tidak dapat dielakkan lagi akan tetapi kita boleh melindungi diri kita daripada sebarang risiko dan kerugian yang lebih besar. Setiap kali banjir melanda sudah semestinya ramai yang terkesan dan hilang harta benda.

Bila sahaja banjir datang mesti ramai yang kehilangan rumah, perabot dan juga barang-barang yang berharga yang lain dan tidak sedikit juga yang kehilangan kereta kerana rosak ditenggelami banjir.

Setiap pemilik kereta mesti akan ada insurans ataupun takaful yang mereka wajib ambil setiap tahun. Tapi ramai yang tak tahu macam mana cara untuk claim insuran tersebut apabila kereta ditenggelami banjir kerana kebanyakan orang telah membuat cara yang salah dan mereka tidak boleh claim insuran kerana membuat kesalahan-kesalahan yang menyebabkan tidak boleh claim insurans.

Tular Cara Mudah Claim Insurans Kereta Banjir Ikuti 4 Langkah Mudah Ini

Ikuti Tips Claim Insurans Kereta Banjir ini untuk Elakkan Syarikat Insuran Tak Bagi Claim

  1. Ambil gambar sebagai bukti – Catatkan lokasi, tarikh dan masa kereta anda dilanda banjir tapi tapi yang paling terbaik adalah anda ada gambar kereta berserta tunjuk nombor plate.Buat laporan polis
  2. Pihak insurans akan minta salinan laporan polis untuk buat claim dan laporan polis mesti dibuat dalam masa 48 jam
  3. Jangan start kereta anda! – Terus buat towing je kalau cuba start kereta banjir berkemungkinan besar enjin akan rosak dan pihak insuran akan guna alasan kecuaian anda untuk tak bagi claim.
  4. Towing kereta anda ke bengkel panel atau kilang untuk mempercepatkan proses claim.

Adakah Kereta Anda Dilindungi Insurans Banjir?

Claim Insurans Kereta Banjir
Claim Insurans Kereta Banjir

Pada kebiasaanya, diwajibkan untuk mempunyai insurans kenderaan bagi setiap pemilik kenderaan atas kereta sendiri. Setiap kereta yang dimiliki selalunya akan dilindungi Insurans Komprehensif . Perlindungan ini merangkumi kerosakan/kehilangan kepada kenderaan, kemalangan atas kenderaan, kematian/kecederaan kepada pihak lain atau kerosakan harta benda pihak lain.

Untuk menjadikan insurans anda dapat cover bencana khususnya banjir, perlu tambahan kepada perlindungan lengkap yang dikenali sebagai ‘ Peril Istimewa ‘. Perlindungan jenis ini dapat menolong anda dalam claim atas kerosakan kenderaan yang berpunca daripada mana-mana bencana alam termasuklah bencana banjir (seperti yang disenaraikan dalam istilah & syarat atau polisi insurans).

Bagaimanakah Claim Insurans Kereta Banjir?

Kalau anda masih keliru, cuba semak semula pelan insurans kenderaan anda atau boleh bertanya kepada agen insurans anda jika kereta anda telah pun langgan perlindungan terhadap banjir dan/atau bencana alam.

Kereta Anda Belum Cover Banjir?

Jangan bimbang, ia perkara simple sahaja untuk dilakukan. Kalau anda nak buat sendiri, boleh. Tapi kalau nak minta agen insuran anda yang uruskan proses untuk tambahan ini pun boleh. Apa yang paling penting anda tahu bahawa penambahan pelan perlindungan ini bermaksud pembayaran premium anda juga akan naik lah sedikit.

Berapa Banyak Bayaran Tambahan Untuk Claim Insurans Kereta Banjir?

Perlindungan bencana alam ini boleh didapati ketika proses renew atau pembelian polisi insurans menyeluruh kereta anda. Mengikut sumber dalaman industri, anggaran tambahan premium boleh mencapai kadar harga RM100 – RM280 setahun.

Sebagai contoh, Azmin telah berhasrat untuk menambah perlindungan terhadap banjir kepada polisi lengkap keretanya. Dia telah dikenakan caj bayaran 0.3% daripada nilai semasa keretanya iaitu RM60,000. Ini bermakna Azlan akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM180 kepada jumlah premium insurans setiap tahun.

Kami amat mencadangkan anda melaburkan sedikit wang ke atas perlindungan tambahan ini walaupun anda berada di tempat yang tidak akan berlaku kejadian banjir sekiranya anda mampu. Bencana alam adalah sesuatu yang tiada siapa boleh ramalkan untuk ia berlaku bila atau di mana. Ia adalah lebih wajar untuk mempraktikkan sikap ‘sediakan payung sebelum hujan’ dalam apa-apa situasi.

Baca juga Berkaita Claim Insurans Kereta Banjir: 

Lakukan Tips Ini Jika Kereta Anda Memasuki Air

1. HUBUNGI TALIAN SYARIKAT INSURANS

Perkara yang mula-mula perlu dibuat, hubungi syarikat insurans. Ada insurans yang memberikan pakej perlindungan banjir dalam pakej komprehensif, tetapi ada yang mengenakan caj tambahan secara berasingan. Walaubagaimanapun, sila hubungi pegawai khidmat pelanggan insurans anda. Jika tiada, anda masih mempunyai peluang meminta khidmat menunda kereta anda ke bengkel. Ini servis standard yang biasa ditawarkan semua syarikat insurans, tetapi berbeza mengikut jarak tundaan dibuat.

2. JANGAN SESEKALI HIDUPKAN ENJIN

Antara kesalahan besar dilakukan pemandu adalah cuba menghidupkan enjin kereta tenggelam banjir selepas banjir reda. Perkara ini sebenarnya merisikokan enjin menyebabkan kerosakan lebih teruk yang memakan kos membaiki lebih mahal.

3. KENAL PASTI SEDALAM MANA KERETA ANDA TENGGELAM

Claim Insurans Kereta Banjir 1
Claim Insurans Kereta Banjir

Pasca banjir surut, lumpur dan selut boleh meninggalkan garis air pada bahagian luaran dan dalaman kereta anda. Oleh itu, syarikat insurans akan membuat penilaian terlebih dahulu tahap kerosakan berdasarkan paras air yang menenggelamkan dan merosakkan kereta anda. Kebiasaannya, kos baik pulih akan lebih tinggi daripada biasa jika kereta ditenggelami air hingga melepasi aras papan pemuka.

Jika air cuma naik terlalu tinggi melepas pintu, kereta anda biasanya masih selamat untuk dibaik pulih.

4. PASTIKAN ANDA KERINGKAN KABIN KERETA

Untuk pengetahuan semua, garis lumpur dan selut merupakan penilaian tahap kenderaan ditenggelami air. Tetapi, seberapa banyak air yang masih ada dalam kereta? jadi, pintu dan tingkap haruslah dibuka, serta letakkan tuala atas lantai untuk mengesan sebarang kehadiran air dalam kabin.

Ini juga membantu anda menukar barangan yang terjejas akibat banjir seperti karpet lantai, panel pintu dan pelapik kerusi. Ingat, kerosakan itu mungki n turut dilindungi polisi insurans komprehensif anda.

5. HENDAKLAH PERIKSA MINYAK DAN  PENAPIS UDARA

Jika nampak titisan air pada dipstik (atau tolok minyak) atau paras minyak enjin tinggi, atau terdapat air dalam penapis udara, janganlah cuba menghidupkan enjin sekalipun.

Anda perlu segera tunda kereta ke bengkel untuk membuang air dan menukar minyak hitam, termasuk bendalir lain. Jika mahir, boleh cuba tukar minyak enjin dan penapis udara sendiri tetapi sila pastikan semua komponen enjin kering.

6. PERIKSA SEMUA BENDALIR

Untuk pemgetahuan anda, sistem bahan api pada model kereta baharu biasanya ditutup rapi dan kemas, tetapi komponen itu pada model lama mungkin perlu dikeringkan. Brek, klac,  stereng kuasa, dan tangki pendingin (coolant) perlu diperiksa supaya tiada pencemaran.

Sekali lagi, tugas memeriksa ini sepatutnya dilakukan mekanik bertauliah. Lebih elok jika kereta ditunda ke pusat servis rasmi untuk dilakukan diagnosis menyeluruh.

Kesimpulannya, buat anda yang keretanya ditenggelami boleh cuba kaedah yang dikongsikan ini Tular Cara Mudah Claim Insurans Kereta Banjir Ikuti 4 Langkah Mudah Ini.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati