Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official: Zahid Hamidi TEGAS Tidak Mahu Berundur dan Beri Amaran Keras Kepada Ahli Parlimen yg Menang

Zahid Hamidi TEGAS Tidak Mahu Berundur
Zahid Hamidi

TERKINi : Zahid Hamidi TEGAS Tidak Mahu Berundur dan Beri Amaran Keras Kepada Ahli Parlimen yg Menang. Terbaru hangat diperkatakan sekarang politik negara Malaysia kini dalam keadaan tidak ketentuan. Makluman terbaru diterima daripada rasmi Presiden Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi telah mengeluarkan kenyataan berkenaan penafian Barisan Nasional turut bergabung dengan Perikatan Nasional serta komponen parti yang lain untuk membentuk kerajaan Malaysia.

Ikuti perkembangan semasa PRU15 bersama kami di telegram: https://t.me/sistemguruonline

TERKINi : Zahid Hamidi TEGAS Tidak Mahu Berundur dan Beri Amaran Keras Kepada Ahli Parlimen yg Menang

Baru sahaja rakyat Malaysia tertunggu-tunggu dengan keputusan pilihan raya umum kali ke-15 yang keputusannya diumumkan dalam keadaan tiada yang mencapai majoriti. Sebelum ini sebentar tadi Perikatan Nasional baru sahaja mengumumkan mereka mempunyai majoriti bersama pakatan terbaru yang dibuat oleh Perikatan Nasional ,GPS dan lain-lain berserta BN yang diumumkan oleh Abang Jo, pengerusi GPS.

Drama Kerajaan Kembali Bersambung

Seluruh rakyat Malaysia tertunggu-tunggu dengan maklumat terbaru mengenai pembentukan kerajaan Malaysia sesudah pru15 yang mana diketahui keputusannya diumumkan oleh SPR dengan Pakatan Harapan berjaya mendapat sebanyak 82 kerusi manakala Perikatan Nasional dengan 73 kerusi ,GPS 22 kerusi ,Barisan Nasional 30 kerusi dan lain-lain parti serta calon bebas mencukupi dengan 122 kerusi parlimen keseluruhan.

Zahid Hamidi Nafi Usaha Kerajaan Gabungan PN..

Baru saja rakyat Malaysia menarik nafas lega selepas mendapat maklumat terbaru mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengangkat sumpah di istana negara pada dua petang esok. Kini timbul pula kenyataan terbaru daripada BN mengenai pakatan yang diwujudkan untuk kerajaan gabungan adalah tidak disahkan oleh presiden parti tersebut. Beliau menegaskan dia tidak menerima apa-apa perlawaan mengenai perkataan dalam mewujudkan kerajaan gabungan seperti yang diperkatakan oleh pengerusi GPS sebelum ini.

Presiden BN Tegaskan Kepada Ahli Parlime.

Kenyataan BN Terbaru
Zahid Hamidi

Datuk Seri Zahid Hamidi telah mengeluarkan kenyataan bahawa BN tidak ada apa-apa perkaitan dalam penubuhan kerajaan gabungan melalui Perikatan Nasional. Beliau juga menegaskan kepada semua ahli parlimen BN yang memenangi pru-15 telah menandatangani akujanji Dan memberi mandat kepada Presiden untuk menentukan apa-apa gabungan parti politik.

Beliau juga menegaskan kepada ahli parlimen yang menang agar jangan melanggar arahan parti yang mana akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi parlimen sesuai dengan undang-undang larangan ahli dewan Rakyat bertugas parti seperti yang termaktub di bawah perkara 49A perlembagaan persekutuan.

Apa Sudah Jadi Dengan Malaysia?

Hangat diperkatakan sekarang ini ia merupakan waktu yang getir yang harus para pemimpin untuk bersatu padu demi mewujudkan kerajaan malaysia yang baru di bawah kepimpinan pilihan Rakyat.

Bagaimana Keadaan Ini Menjadi Sulit?

Sulit untuk diperkatakan kerana sekarang ini kita mempunyai parti politik yang tidak mempunyai majoriti dua pertiga atau majoriti mudah untuk membentuk kerajaan yang kukuh dan stabil. Hal ini adalah penting untuk mewujudkan kerajaan yang stabil dan kukuh demi memastikan kelangsungan rakyat dan ekonomi Malaysia terus maju ke hadapan.

Kini timbul pula isu yang di mana pemimpin enggan untuk bersatu padu demi mewujudkan satu gabungan kerajaan yang kukuh dan stabil. Barisan Nasional dilihat sedang masih tarik tali dengan keputusan untuk menubuhkan kerajaan gabungan bersama antara Perikatan Nasional.

Sepatutnya Ambil Sahaja Langkah Mudah..

Melihatkan keadaan semasa pemimpin pasir melakukan rundingan untuk mewujudkan satu gabungan kerajaan yang kukuh. Jika dilihat situasi sekarang Perikatan Nasional dilihat bakal menjadi kerajaan yang akan menerajui negara Malaysia dengan gabungan perikatan Nasional bersama parti daripada Sabah dan Sarawak iaitu GPS dan GRS serta Warisan.

Rakyat sudah penat menunggu akan keputusan para pemimpin untuk mewujudkan satu kerajaan yang stabil, ini adalah kerana rakyat hanya inginkan sebuah kerajaan stabil dan bersih untuk memastikan kelangsungan rakyat Malaysia terus ke hadapan dan juga kita memerlukan kestabilan dari segi ekonomi untuk menjadikan Malaysia ini adalah sebuah negara yang mempunyai hala tuju dan kesaksamaan dalam pentadbiran.

Agong Titahkan Calon Perdana Menteri Selewat-lewatnya Pada 2 Petang Esok..

YDP Agong telah menitahkan kepada kepimpinan untuk memberi calon Perdana menteri selewat-lewatnya 2 petang di istana Negara. Ini adalah kerana kita masih belum mempunyai kerajaan yang sah pasca pru15. Kini rakyat ingin “drama” ini ditamatkan dan kerajaan Malaysia perlu ditubuhkan dengan kadar segera kerana kita menginginkan kemakmuran dalam negara Malaysia.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati