PRU 15: Barisan Nasional tersungkur kerana hilang aura “Bossku”. Pada PRU-15 kali ini kita menyaksikan kekalahan terbesar BN selepas kehilangan kuasa pada PRU ke-14 lalu.
Nasib malang BN pada kali ini setelah mendapat hanya 30 kerusi sahaja berbanding 122 kerusi yang dipertandingkan. Disisi lain, lawannya iaitu Pakatan Harapan memenangi 82 kerusi manakala Perikatan Nasional 73 kerusi.
PRU 15: Barisan Nasional tersungkur kerana hilang aura “Bossku”
Isi Kandungan
Ramai ahli BN yang kecewa dengan keputusan Pilihanraya kali ini kerana menjangkakan blok tersebut bakal menang besar pada kali ini walaupun bergerak solo malah apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Ada juga mengatakan bahawa kekalahan teruk BN kali ini adalah disebabkan tiada aura Bossku iaitu jolokan yang diberikan kepada Dato Seri Najib Tun Razak. Setelah beliau dipenjarakan diatas beberapa tuduhan pecah amanah, BN sudah menjadi suram kerana kehilangan “vibe” beliau.
Malu Apa BOSSKU!!
Inilah slogan yang masyhur dari kalangan anak muda yang diulang-ulang oleh Bossku semasa beliau masih ada. Slogan ini menjadi trending dan mempunyai auranya yang tersendiri.
Auranya boleh dilihat apabila beliau turun berkempen untuk Pilihanraya, ramai masyarakat yang akan mengerumuni beliau kerana terasa senang dan rapat dengan beliau sambil melaung-laungkan kalimat “malu apa Bossku!”. Tak kira lapisan umur ambil kesempatan keemasan untuk bersalaman dan berselfie apabila Bossku turun padang, padatnya manusia sampai nak berjalan pun susah.
Sepatutnya Bubar Masa Bossku Masih Ada!
Itulah luahan beberapa orang yang merupakan pendokong BN kerana kecewa akan kekalahan BN pada kali ini. Begitu juga luahan seorang pendokong tegar parti tersebut iaitu Tun Carlos didalam post di Facebooknya menulis sebagaimana berikut :
“Itulah, lambat2 lagi bubar. Dari awal lagi kita desak. So, inilah jadinya.”-Fb Tun Carlos. Itulah luahan sebahagian daripada pendokong parti tersebut. Kalau bubar awal-awal mungkin BN boleh menang bergaya.
Didalam ruangan komen ada yang menyatakan sokongan terhadap kenyataan beliau dengan mengatakan “setuju tuuu… vibes bossku dah hilang”-Elmyrule Adam
Disamping itu ada juga yang memberikan komen, “patut bubar masa ada DSN lagi”-LaaZahra Kosmetik KB.
Tun Carlos juga pernah memuat naik satu posting pendek di laman Facebook beliau sebelum PRU-15 pada 29 oktober :
beliau berkata, “PRU15 ni memang bosan sikit… Kalau Bossku ada, BN x payah teruk2 kempen. Calon follow Bossku makan2, jalan2 ke supermarket or pasar malam pun dah meriah. Setel.
Memang benar, bila diperhatikan PRU 15 kali ni macam sendu sikit. Biasa kita tengok suasana meriah kalau Bossku masih ada.
“Vibe” Bossku buat BN menang PRN Melaka, Johor dan Sabah
Antara bukti realistik yang dapat dilihat adalah kemenangan BN pada PRN lepas di Melaka, Johor dan Sabah.
Kemenangan BN pada PRN lalu di 3 buah negeri berikut bulan menang biasa-biasa tapi menang besar apabila BN dapat menawan 21 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan. Johor pula BN takluk 40 daripada 56 kerusi DUN. Manakalah di Sabah BN memenangi 37 kerusi.
Baca juga:
PN Bakal Terajui Kerajaan Pusat?
Terkini : Parlimen Kekal Tergantung. Tiada Parti Yang Cukup Majoriti
Terkini : Kerajaan Setuju Potong Gaji Menteri Sebanyak 20% – Datuk Seri Anwar Ibrahim
Namun begitu, BN tidak boleh selama-lamanya mengharapkan Dato Seri Najib Razak kerana BN perlu matang dan berdikari untuk bangkit dan mendapat kepercayaan masyarakat semula.
Kekalahan Barisan Nasional pada kali ini mungkin muhasabah buat parti tersebut supaya fikir balik dimanakah silapnya. Tindakan ahli BN yang saling menunding jari nampaknya bakal merosakkan parti sahaja. Ketua yang sepatutnya menjadi orang utama menaikkan parti sepatutnya tidak mengetengahkan apa-apa agenda peribadi dan sentiasa meletakkan kepentingan parti dihadapan.
Ramai yang tidak berpuas hati tetapi hanya berani berkokok dibelakang sahaja. Bila didepan masing-masing menunduk kepala mendiamkan diri. Jika perkara ini dibiarkan, ramai berpendapat parti BN tidak akan kembali naik dan meniti kembali zaman kegemilangan mereka sampai bila-bila. Percayalah ianya semakin suram dan kelam.