Rujuk info jadual gaji gred Y SSPA terkini. Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah antara perkhidmatan penting yang memainkan peranan utama dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di Malaysia. Dengan pelbagai gred jawatan dan skim perkhidmatan yang ada, sistem gaji bagi anggota polis ditetapkan untuk mencerminkan tanggungjawab dan tahap kepakaran yang dimiliki.
Seiring dengan perubahan dalam struktur gaji, Jadual Gaji Gred Y SSPA untuk PDRM juga mengalami pembaharuan yang akan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2024. Rujuk juga jadual gred K yang berkait perkhidmatan keselamatan dan pertahanan awam.
Senarai Skim Perkhidmatan Gred Y SSPA Terkini dan Pemindahan Gred Bagi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia
Isi Kandungan
Berikut adalah senarai jawatan atau skim perkhidmatan untuk Gred Y dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia yang termasuk dalam jadual gaji terkini:
Senarai Jawatan atau Skim Perkhidmatan | Gred SSM | Gred SSPA |
---|---|---|
Pegawai Kanan Polis | YA13, YA16, YA18, YA20, YA22, YA24 | Y7, Y8, Y9, Y10, Y11, Y12 |
Pegawai Rendah Polis dan Konstabel | YAI, YAZ, YA4, YA5/6, YA8, YA10 | Y1, Y2, Y3, Y4, Y5, Y6 |
Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli | YP1, YP2, YP4, YP6, YP8, YP10 | Y1, Y2, Y3, Y4, Y5, Y6 |
Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Sokongan | YTI, YT2, YT4, YT6, YT8, YT10 | Dijumudkan |
Jadual Gaji Gred Y SSPA Minimum dan Maksimum Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang gaji minimum dan maksimum bagi gred Y dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia, anda boleh merujuk jadual yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Rujuk jadual gaji gred Y SSPA minimum dan maksimum dibawah:
Jadual Gaji Gred Y SSPA Minimum-Maksimum Bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional:
Gred Gaji | Gaji Minimum (RM) | Gaji Maksimum (RM) | Kadar KGT (RM) | Kadar KGM (RM) |
---|---|---|---|---|
15 | 7,030.00 | 16,350.00 | 400.00 | 374.25 |
14 | 6,560.00 | 15,360.00 | 320.00 | 362.13 |
13 | 6,210.00 | 14,370.00 | 290.00 | 339.96 |
13P | 4,430.00 | 13,640.00 | 280.00 | 322.17 |
12 | 5,530.00 | 13,540.00 | 270.00 | 320.25 |
11 | 3,320.00 | 12,760.00 | 255.00 | 302.25 |
10 | 3,840.00 | 12,150.00 | 250.00 | 286.80 |
9 | 2,250.00 | 11,110.00 | 225.00 | 262.68 |
Nota:
Selaras dengan perenggan 52, pegawai yang menerima kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) lebih tinggi daripada kadar KGT yang berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 akan terus menggunakan kadar KGT tersebut di bawah skim Khas Untuk Penyandang (KUP).
Jadual Gaji Gred Y SSPA Minimum-Maksimum Bagi Kumpulan Pelaksana:
Gred Gaji | Gaji Minimum (RM) | Gaji Maksimum (RM) | Kadar KGT (RM) | Kadar KGM (RM) |
---|---|---|---|---|
8 | 5,390.00 | 10,590.00 | 225.00 | 249.18 |
7 | 3,810.00 | 9,290.00 | 180.00 | 218.70 |
6 | 3,080.00 | 8,560.00 | 155.00 | 206.55 |
5 | 1,650.00 | 6,620.00 | 145.00 | 155.19 |
4 | 2,930.00 | 6,410.00 | 130.00 | 152.76 |
3 | 2,790.00 | 6,090.00 | 125.00 | 143.76 |
2 | 2,220.00 | 5,770.00 | 115.00 | 136.02 |
1 | 1,500.00 | 4,680.00 | 100.00 | 109.56 |
Nota:
Selaras dengan perenggan 52, pegawai yang sedang menerima kadar KGT yang lebih tinggi daripada kadar KGT berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 akan kekal menggunakan kadar KGT tersebut secara Khas Untuk Penyandang (KUP).
Info pekeliling SSPA yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baik untuk bacaan orang ramai.
Bos jadual gaji gred Y tu tak tepat sama sekali, itu jadual gaji minima/maksimum jabatan dan agensi selain PDRM, ATM dan APMM sahaja,sejak SSM lagi no gred,kgt,gaji minima,dan maksimum 3 agensi ni tak sama dgn awam yg lain… Pekeliling SSPA yg dikeluarkan baru2 ni hnya dimaklumkan mngenai penjenamaan semula gred Y, Z dan K sahaja tetapi tiada perincian yg melibatkan skim perkhidmatan 3 agensi berkenaan.. Perincian skim perkhidmatan PDRM, ATM dan APMM hnya boleh dilihat dan dibaca didalam pekeliling perkhidmatan bil. 3/2024 (PDRM),surat pelaksanaan (ATM) dan pekeliling perkhidmatan bil 5/2024 (APMM),oh tak lupa juga pekeliling perkhidmatan bil 4/2024 (SPRM)…. Just sharing utk lebih ketepatan.. Terima kasih.
#Pembetulan bukan gred K tetapi gred T untuk APMM.. utk gred K ianya sama spt gred2 yg lain didalam pekeliling perkhidmatan bil 1/2024…
Nak tanya
Bagi gred y6 KGT rm155 – kgm 205
Ini klu dlm polis pangkat rendah ini level pangkat sarjan atau Sm
Boss