Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PN Bakal Terajui Kerajaan Pusat?

PN

PN Bakal Terajui Kerajaan Pusat? Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah memuat naik satu siaran pendek di laman Facebook miliknya, Abdul Hadi Awang, yang memampakkan bahawa PN sudah mencukupi bilangan kerusi untuk membentuk sebuah kerajaan Persekutuan.

IMG 20221121 160547

Siaran tersebut berkaitan bilangan kerusi blok PN sudah mencukupi untuk membentuk sebuah kerajaan Persekutuan.

“Kami dah cukup. Kami dah hantar. Tunggu untuk diundang.”-Abdul Hadi Awang

Hari ini KDYMM YDP Agong telah menangguhkan tarikh untuk kemukakan gabungan parti-parti politik bagi pembentukan kerajaan Persekutuan dan pelantikan PM ke-10 sehingga hari esok, Selasa (22 November 2022)

Perikatan Nasional yang di ketuai oleh Tan Sri Mahiaddin Yassin sebelum ini telah mendapat 73 kerusi pada PRU 15. Walaupun PN mendapat undian kedua terbanyak untuk PRU kali ini, akan tetapi jumlah tersebut masih belum mencukupi.

Melalui ciapan presiden PAS tersebut, sudah pasti ramai tertanya-tanya dengan parti mana atau siapakah ahli parlimen yang akan bergabung dengan PN bagi menerajui kerajaan Persekutuan?

Dan ada juga yang tertanya-tanya berapakah jumlah kerusi setelah mendapat sokongan daripada parti atau ahli parlimen lain?

Walaubagaimanapun, jumlah atau siapa yang menyokong bagi melengkapkan jumlah majoriti masih lagi menjadi rahsia kerana tidak dimaklumkan.

Rakyat Malaysia Mahu PN Lagi Jadi PM?

Tidak kurang yang meluahkan perasaan gembira diruangan komen kerana Perikatan Nasional bakal memerintah negara buat kesekian kalinya dan bakal menyaksikan “Abah” untuk beraksi kembali sebagai Perdana Menteri ke-10.

IMG 20221121 162142

Disisi lain, Pakatan Harapan juga mendakwa bahawa mereka sudah mempunyai bilangan majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Pusat apabila pengerusi PH mengatakan ada ahli parlimen atau parti politik yang menyokong mereka. Boleh baca disini Anwar menegaskan PH mempunyai majoriti tubuh kerajaan Persekutuan

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati