Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Terkini JPS Keluar Senarai 300 Lokasi Banjir di Terengganu Perlu Berjaga-jaga Tahun 2022

banjir di Terengganu
banjir di Terengganu

Banjir di Terengganu bakal berlaku tahun ini? Terkini pihak Jabatan Pengairan & Saliran di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air telah mengeluarkan 1 dokumen lengkap yang mempunyai senarai kawasan hotspot banjir di seluruh negeri Terengganu bagi tahun 2022. Sehubungan dengan itu, pihak ingin memastikan seluruh rakyat Terengganu cakna dengan info terbaru ini.

Untuk pengetahuan semua rakyat Terengganu, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan spesifiknya telah memberikan 1 senarai panjang bagi setiap kawasan di 8 buah daerah di negeri Terengganu.

Senarai Kawasan Boleh Berlaku Banjir di Terengganu Tahun 2022 Mengikut Daerah

Berikut kami kongsikan senarai kawasan hotspot boleh berlakunya banjir mengikut daerah masing-masing.

1. Daerah Kuala Terengganu

  • Kubang Ikan
  • Chendering
  • PRMM Chendering
  • Jln Sultan Omar
  • Tmn Dahlia
  • Tmn Alamanda
  • Tmn Hjh Kalsom
  • Jln Kamaruddin SK Kuala Ibai
  • Tmn Sri Intan
  • SMK Dato Ahmad Razali
  • Gong Pauh
  • Kaw. Kem Askar
  • Banggol Tuan Muda
  • Bukit Tunggal
  • Tmn Semarak
  • Kg Banggol
  • Padang Air

Secara total, terdapat 17 kawasan di negeri Terengganu yang dilabelkan sebagai kawasan panas (hotspot) boleh berlakunya banjir. Oleh sebab itu, mereka yang tinggal dikawasan ini diminta untuk berhati-hati dan sentiasa berjaga-jaga.

2. Daerah Kuala Nerus

  • Tmn Desa Tanjung
  • Gong Badak
  • Pusat Perniagaan Paya Keladi
  • UNISZA
  • Simpang 3 UMT
  • Seberang Takir
  • Teluk Ketapang
  • Tok Jiring

Di Kuala Nerus, ada 8 kawasan hotspot yang mana semua penduduk di kawasan tersebut diharapkan dapatlah bersiap siaga jika diberikan sebarang amaran banjir. Jika berlaku, pastikan anda mendengar arahan pihak berkuasa dan akur dengan cermat untuk mengelakkan situasi lebih buruk berlaku.

3. Banjir di Terengganu Daerah Marang

  • Tmn Mas
  • Tmn Al Amin
  • Bukit Sawa
  • Rusila
  • Kg Nangka
  • Kg Rhu Rendang
  • Pengkalan Berangan
  • Gong Balai
  • Rhu Renggeh
  • Rhu Dua
  • Kg Kijing
  • Kg Kelulut
  • Gong Merawang
  • Serating
  • Seberang Marang
  • Lubuk Pandan
  • Temala
  • Wakaf Tapai
  • Kg Alur Tuman
  • Kg. Pulau Kerengga
  • Pasir Putih
  • Kg Tok Fakir
  • Rhu Muda

Orang Marang pastikan bersiap sedia kerana terdapat 23 buah kawasan yang dilabelkan kawasan banjir oleh pihak JPS pada tahun ini. Persediaan awal seperti jaket keselamatan dan sebagainya adalah digalakkan jika berkemampuan.

4. Banjir di Terengganu Daerah Dungun

  • Kuala Abang
  • Kg Belimbing
  • Pasir Raja
  • Kg Tualang
  • Kg Shukur
  • Kg Jadih
  • Kg. Ceniah
  • Kg Surau
  • Kg Rantau Panjang
  • Kg Talung
  • Kg Minda
  • Kg Tepus
  • Kg Pancur
  • Kg Legung
  • Padang Pulut
  • Kg Lentang
  • Kg Binjai
  • Kg Talong
  • Kg Chemuak
  • Padang Ping
  • Bukit Sodek
  • Jerangau Sungai
  • Kg. Lintang
  • Kg Baharu Gong Pasir
  • Kg. Tg Pagar
  • Kg Paya
  • Kg Batu 5 dan 7
  • Kg Kuala Sungai
  • Jerangau
  • Kg Keltyu
  • Kg. Kelmin
  • Kuala Koh
  • Kg Tok Kah
  • Kg. Sura Hujung
  • Kg. Limbung
  • Kg Telaga Mas
  • Kg Pinang Merah
  • Kg Nyior
  • Kg Kongsi

Senarai di daerah Dungun ini merupakan antara senarai kawasan banjir yang panjang. Orang dungun dinasihati supaya berwaspada dengan sebarang pengumuman jika berlakunya hujan lebat dan kemungkinan banjir nanti.

5. Banjir di Terengganu Daerah Kemaman

  • Kg Chenih
  • Kg Ban Ho
  • Kg Mak Cili
  • Kg. Yak Yah
  • Pengkalan Cicar
  • Padang Kamunting
  • Sg Pergam
  • Seberang Tayor
  • Pasir Semut
  • Kg Paman
  • Kg Fikri
  • Pasir Minai
  • Jenang Baru
  • Kubang Kurus
  • Sg Mas
  • Padang Kabu
  • Kg Pelantuh
  • Kg Tebak
  • Kg. Baru Kemasik
  • Bukit Mentok
  • Teluk Kalong
  • Mak Lagam
  • Sg Pinang
  • Kg Labuhan
  • Kg Che Wan
  • Kg Meraga
  • Kg Kijal
  • Batu Puteh

Senarai kawasan ini adalah senarai kawasan terbaru yang dikeluarkan sendiri oleh pihak JPS dibawak Kementerian Alam Sekitar dan Air, oleh itu diminta semua penduduk beri kerjasama dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

6. Banjir di Terengganu Daerah Hulu Terengganu

  • Kg Bukit Kolam Ajil
  • Kg. Jak
  • Kg Paya Besar
  • Kg. Batu 24
  • Kg. Menerong
  • Kg. Kemat
  • Kg. Kua
  • Kg. Padang
  • Padang Stor
  • Kg Baung
  • Kg Lubuk Periuk
  • Pasir Pelata
  • Kg. Paneh
  • PPSK Gunung Menerong
  • Kg Nibung
  • Bukit Taduk
  • Kg Teris
  • Kg Basung
  • Kuala Ping
  • Kg Pasir Dula
  • Kg Tapah
  • Kg Bukit Gemuruh
  • Kg Peris
  • KM 11 Jln Sekayu
  • Kg. Peladan
  • Kg Cheting

Kawasan Hulu Terengganu merupakan kawasan yang mempunyai banyak sungai dan ini menjadi kebimbangan jika taburan hujan tinggi dan air sungai bakal melimpah.

7. Banjir di Terengganu Daerah Setiu

  • Bukit Putera
  • Kg Bintang
  • Kg Desa Jaya
  • Bukit Nyior
  • Gong Terap
  • Pulau Gemia
  • Kg Guntung
  • Gong Gelegur
  • Kg Guntung Dalam
  • Kg Nyatoh
  • Ulu Seladang
  • Kg Che Mohid
  • Kg. Permaisuri
  • Kg. Besut
  • Langkap
  • Kg Bukit
  • kg Sg Tong
  • kg Buluh Hulu
  • Pengkalan Merbau
  • Kg Pasir
  • Kg Buruk
  • Kg Che Long
  • Kg Kubang Kesing
  • Kg Tasik
  • Kg Lejang
  • Kg Telaga Putat
  • Kg. Bukit

Kawasan daerah Setiu merupakan kawasan berbukit bukau dan dikenali sebagai kawasan “darat” atau kawasan tinggi namun kali ini tidak terlepas dari senarai hotspot banjir mengikut apa yang dikeluarkan oleh JPS. Oleh sebab itu, jika benar banjir berlaku dinasihatkan penduduk di kawasan tinggi juga bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.

8. Banjir di Terengganu Daerah Besut

  • Gong Kemuntong
  • Air Tawar
  • Kg. Belaoh
  • Kg. Seberang La
  • Pengkalan Nangka
  • Padang Buluh Kg. Amir
  • Kg. Baharu
  • Gong Surau
  • Gong Guchil
  • Alur Keladi
  • Alur Selinsing
  • Felda Tenang
  • Kg Darau
  • Chegar Batang
  • Gong Pasir
  • Jabi
  • Jerteh
  • Alur Lintah
  • Kg. Pulau Ribu
  • Kg Mata Air
  • Kubang Ikan
  • Kg Renek
  • Kg Apal
  • Kg Lampu
  • Tembila
  • Tok Dor
  • Kg. Tok Has
  • Bukit Puteri
  • Kg Mata Air

Nampaknya, kawasan yang dirasakan tinggi di daerah Besut juga perlu buat persediaan segera bagi menghadapi banjir. Kawasan pantai seperti Pantai Bukit Kluang dan Pantai Air Tawar nampaknya tidak ada di dalam senarai.

Persediaan Awal Menghadapi Ujian Banjir di Terengganu

Negeri Terengganu yang mempunyai kawasan pantai yang sangat luas ini tidak terlepas dari menghadapi ujian banjir, jadi berikut kami kongsikan beberapa tips untuk persediaan menghadapi banjir.

  1. Kemas dan simpan dokumen penting di tempat yang tinggi.
  2. Beli beg plastik yang kedap air untuk simpan dokumen penting dan letak dikawasan selamat.
  3. Sediakan pelampung dan jaket keselamatan.
  4. Pastikan 1 beg emergency yang mempunyai bekalan makanan, barang-barang kemerluan & sebagainya di simpan ditempat yang mudah dicapai.
  5. Kenalpasti kawasan dan plan menyelamatkan diri dikawasan rumah anda.
  6. Pastikan simpan nombor telefon kecemasan ditempat yang mudah dilihat.
  7. Ajar ahli keluarga dari sekarang apa yang perlu dibuat jika berlaku musibah banjir.

Menyelamatkan Nyawa Jadi Keutamaan

Memang benar semua dokumen dan harta penting untuk dijaga, tetapi ingatlah keselamatan nyawa menjadi keutamaan kita. Elakkan situasi yang bahaya dan pastikan anda sentiasa memilih keselamatan diri dan ahli keluarga dahulu dalam setiap situasi.

Jika benar banjir di Terengganu berlaku, maka ingatlah ahli keluarga jadi keutamaan, mereka memerlukan anda jika berlaku apa sahaja kemungkinan. Ingatlah, jika keadaan merbahaya segera hubungi pihak berwajib untuk membantu. Jangan lupa, pastikan anda juga mendapatkan info ini iaitu :

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati