Beli Rumah Pada Umur 30 Tahun | Inilah 6 Tips Yang Anda Patut Ikuti!. Ramai yang menangguh untuk membeli rumah walaupun usia sudah menjangkau 30-an. Sikap ini adalah merugikan diri sendiri dan ia juga langkah yang kurang bijak.
Selain itu, sikap boros dan suka membeli barang yang bukan keperluan adalah merupakan faktor yang menyebabkan mereka menangguh untuk memiliki rumah pada usia 30-an.
Anak muda perlu ada matlamat sekurang-kurangnya memiliki sebiji rumah seumur hidup. Perkara ini penting bagi menjamin masa depan yang lebih baik. Mari kami kongsikan tips-tips beli rumah pada umur 30 tahun.
Beli Rumah Pada Umur 30 Tahun | Inilah 6 Tips Yang Anda Patut Ikuti!
Isi Kandungan
1. Ambil Tahu Jumlah Deposit Yang Perlu Disediakan
Jika anda berhasrat untuk memiliki rumah pertama anda pada umur 30 tahun, anda perlu menyemak terlebih dahulu kelayakan harga rumah yang ingin dibeli. Pastikan rumah yang ingin dibeli itu tidak melebihi daripada kemampuan pendapatan semasa anda.
Seandainya taraf gaji anda sekarang hanya mampu membeli rumah yang bernilai RM300,000 maka jangan sesekali menanggung risiko untuk beli rumah yang lebih mahal daripada nilai tersebut.
Anda juga perlu tahu bahawa deposit yang perlu disediakan adalah 15% daripada harga rumah. Kos tersebut adalah untuk membayar pelbagai kos termasuklah bayaran muka rumah, kos guaman dan pelbagai jenis kos yang berkaitan dengan urusan pembelian rumah tersebut.
Jika pendapatan anda hanya layak membeli rumah yang bernilai RM200,000 maka anda perlu sediakan 15% daripada harga rumah tersebut.
2. Buat Tabung Simpanan
Untuk mendapatkan sesuatu yang mahal dan bernilai seperti rumah tidak dapat tidak anda perlu menabung duit terlebih dahulu sebelum mendapatkannya.
Orang yang bergaji kecil dan sederhana seperti kebanyakan marhaen tidak mampu membeli rumah yang mempunyai harga yang amat mahal melainkan dengan menabung.
Menabung memang mudah, tapi untuk konsisten itulah yang sukar. Terdapat pelabagai tips untuk simpan wang. Kami ada kongsikan cara untuk simpan duit dengan mudah dan selamat —> Cara simpan wang dengan betul dan selamat
3. Buat Bajet Perbelanjaan Bulanan
Antara cara untuk anda gapai hasrat untuk memiliki rumah pada usia 30 tahun adalah dengan membuat bajet perbelanjaan bulanan.
Perkara ini sangat penting agar anda dapat kawal perbelanjaan supaya tidak selalu terbeli barang yang bukan keperluan.
Sekiranya gagal untuk buat perkara ini, anda perlu tingkatkan lagi disiplin diri anda. Kerana tidak ada hasil lumayan yang datang bergolek tanpa ada pengorbanan.
4. Paksa Diri Untuk Menyimpan
Kadang-kadang bukan semua yang ada kemampuan untuk simpan duit. Tapi demi mencapai impian untuk memiliki rumah pertama anda perlu paksa diri untuk menyimpan. Mula-mula memang rasa janggal dan duit tidak mencukupi, tapi lama kelamaan ianya akan menjadi rutin.
Untuk memudahkan cara, anda boleh menggunakan cara menolak sebahagian daripada gaji anda daripada akaun simpanan kepada akaun simpanan 2.
5. Buat Kerja Sampingan
Tips ini penting untuk seseorang memiliki rumah pertama mereka pada usia 30 tahun agar simpanan boleh di optimumkan. Banyak kerja sampingan yang boleh dilakukan untuk cari duit lebih antaranya meniaga online, jadi dropshiper, bawa grab dan sebagainya.
Jika anda mempunyai kemahiran tertentu seperti menjahit, membaiki peralatan elektrik, memasak dan sebagainya, anda boleh menggunakan kemahiran ini untuk menjana pendapatan sampingan.
6. Langsaikan Hutang Piutang
Ramai yang memandang ringan tentang perkara ini. Ada juga yang sibuk menambah aset, menambah liabiliti tapi gagal melangsaikan hutang yang ada. Bagi yang ada hutang PTPTN, anda diwajibkan membayar terlebih dahulu hutang tersebut supaya rekod anda bersih didalam CCRIS didalam CCRIS. Tahukah anda, dengan rekod yang buruk, harapan untuk membeli rumah pertama terbantut.
Kesimpulannya, semua orang mampu untuk memliki rumah pertama pada usia 30 tahun jika anda betul-betul mengamalkan tips ini dengan konsisten. kata orang, “kalau tidak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya.