Krisis Ekonomi Dunia 2023 : 5 Persediaan ‘Penting’ anda perlu lakukan untuk hadapinya! Baru-baru ini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyatakan bahawa mereka tidak menolak kemungkinan akan berlaku krisis ekonomi dunia pada tahun 2023.
Oleh kerana kemungkinan besar dunia akan berlaku kegawatan ekonomi dunia maka kita perlu membuat persediaan dari segi kewangan agar bila betul-betul berlaku situasi tersebut diharapnya kita dapat ‘survive’ sementara menunggu ekonomi pulih kembali.
Krisis Ekonomi Dunia 2023: 5 Persediaan ‘Penting’ anda perlu lakukan untuk hadapinya!
Isi Kandungan
Tiada satu orang pun tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Tapi, tak salah kita membuat persediaan.
Inilah 5 persediaan ‘penting’ untuk menghadapi krisis ekonomi dunia yang diramal bakal berlaku tahun depan :
1. Buat Tabung Kecemasan
Perkara ini adalah wajib untuk menghadapi situasi ini. Menyimpan sejumlah wang mengikut kemampuan poket dan komitmen masing agar dapat meringankan beban kita suatu hari nanti.
Anda disyorkan untuk simpan minimum 3 bulan gaji. Contoh kalau gaji RM2000 maka perlu simpan RM6000.
Manakala yang bujang perlu simpan 40%-50% setiap bulan. Tapi jika seseorang banyak komitmen dia boleh simpan 10%-20% setiap bulan.
2. Buat “Side Income”
Untuk gaji yang cukup-cukup makan boleh buat side income. Sekarang ini, kalau rajin banyak “platform” yang menyediakan peluang untuk kita jana duit lebih seperti Grab, Foodpanda dan lain-lain.
Tapi jika anda mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu seperti menjahit, membaiki peralatan elektrik, memasak boleh digunakan bakat tersebut untuk buat duit tepi. Dalam kata mudah buat kerja lebih sikit untuk cari pendapatan sampingan.
Sebenarnya banyak je peluang untuk jana “side income” sama ada rajin dan malas je!.
3. Elak tambah komitmen
Untuk waktu sekarang anda perlu stop dahulu tambah komitmen seperti buat loan kereta. Pakai je apa yang ada dahulu. Jika boleh pakai lagi kereta lama pakai dulu, jika perlu baiki, baiki je dulu.
Di waktu-waktu mendesak seperti sekarang ni perlu difikirkan banyak kali sebelum tambah komitmen. Komitmen yang ada sekarang ni pun dah cukup. Bersabar dan simpan duit itu yang lebih penting sekarang ini.
4. Sayangi Pekerjaan Anda
Disaat-saat sekarang ini kita perlu ada pendapatan yang stabil. Cuba sayangi kerjaya yang anda ceburi sekarang ini.
Jika rasa bosan dengan kerja sekarang, anda perlu fikir banyak kali sebelum “resign” kerana bila anda berhenti belum tentu anda akan dapat pekerjaan yang mempunyai pendapatan sebagus sekarang.
Jika anda memang terasa terlalu bosan dengan kerja dan teringin sangat berhenti cuba cari 5 perkara yang anda suka mengenai pekerjaan anda disebalik perkara negatif agar hati anda terubat bila mengingatkan perkara tersebut.
5. Jangan Beli Terlalu Banyak Barang Yang Tak Perlu!
Sebelum beli apa-apa, tanya dahulu diri samaada yang nak beli perlu atau sekadar ingin memenuhi keinginan sahaja?
Jika barang yang nak dibeli adalah kehendak sahaja maka anda dinasihatkan untuk tangguh dahulu hasrat tersebut. Bila tiba masanya nanti, kewangan dah stabil, ekonomi pun semakin pulih, maka silakanlah beli semula apa yang diidamkan.
Kesimpulannya, diharapkan jika betul-betul krisis ekonomi dunia 2023 berlaku kita semua dapat ‘survive’ dengan baik bila mengamalkan 5 Persediaan ‘Penting’ anda perlu lakukan untuk hadapinya. Selain itu juga, kita berdoa kepada Allah swt agar krisis ini tidak betul-betul berlaku. Semua perkara dibawah kawalan kekuasaanNya dan tiada seorang pun dapat menandinginya. Kita sebagai hamba hanya mampu berdoa dan berusaha untuk mengahadapi situasi getir ini. Sekian!