Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Buat Pertama Kalinya Sistem Pendaftaran Online MARA Down 2023

Sistem Pendaftaran Online MARA Down
Sistem Pendaftaran Online MARA Down

Untuk pertama kalinya, sistem pendaftaran online MARA down kerana mengalami masalah kerana trafik yang sibuk. Ini berikutan kerana, ramainya lepasan SPM, STAM, dan lepasan sijil kemahiran yang melayari laman web pendaftaran IKM/KKTM/MJII pada hari ini. Mohon bersabar ya tuan puan, sila cuba lagi nanti. Sistem Pendaftaran Online MARA Down,Sistem perlu diberikan masa untuk diperbaiki.

Sistem Pendaftaran Online MARA Down

FB IMG 1686626071481
Sistem Pendaftaran Online MARA Down

Boleh Mendaftar Terus di Tempat Pengajian

Terima kasih kepada anda yang memilih IKM KKTM sebagai tempat untuk membina kerjaya dalam Teknologi Kejuruteraan. Namun, disebabkan tempat yang terhad, untuk mengelakkan anak tuan puan daripada tidak mendapat tempat di IKM KKTM MJII dalam bidang yang diminati, anda boleh mendaftar terus di tempat pengajian tersebut. Jika anda berminat untuk belajar di Institut Kemahiran Lumut Perak, sila hubungi pihak yang bertanggungjawab atau datang terus ke sana.

Setiap program mempunyai 2 kelas dan terdapat 1 kelas dengan hanya 20 tempat sahaja. Tempat adalah terhad.

Pengajian ini disediakan sepenuhnya oleh MARA, jadi anda tidak perlu risau tentang hutang selepas tamat belajar. Elaun sara hidup sebanyak RM300/bulan akan diberikan. Asrama juga disediakan.

Jangan tunggu terlalu lama, kerana tempat mungkin sudah penuh.

FB IMG 1686626073583
Sistem Pendaftaran Online MARA Down

Buat anda yang berminat untuk hantar anak-anak bagi menyertai dalam bidang berkaitan, boleh rujuk syarat kelayakan disini:

Syarat Kelayakan

Lepasan SPM

LULUS atau Setara dengan tiga (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan mata pelajaran Vokasional (MPV)/ Kumpulan mata pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain DAN
  4. Lulus Bahasa Inggeris

Lepasan STPM

  1. LULUS dengan minimum Gred C (CGPA 2.0) dalam satu (1) 22.50. ATAU subjek serta lulus pada peringkat SPM bagi subjek yang berikut:
  2. Matematik
  3. Bahasa Inggeris
  4. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan mata pelajaran Vokasional (MPV)/Kumpulan mata pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)

Lepasan STAM

LULUS dengan peringkat Maqbul serta lulus pada peringkat SPM bagi subjek yang berikut:

  1. Matematik 2. Bahasa Inggeris
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains/Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan mata pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan mata pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)

Lepasan Sijil

  1. LULUS Sijil bagi Kejuruteraan / Kejuruteraan Teknologi / Profesion/Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA
  2. LULUS Sijil bagi Kejuruteraan / Kejuruteraan Teknologi / Profesion/Teknologi dalam bidang berkaitan dengan 2.0 < CGPA 2.5 dengan minimum 6 bulan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan. ATAU
  3. LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan lulus SPM.
KenaliKami%20Banner

Info Tentang TVET MARA

   Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Institusi Kemahiran MARA (IKM) merupakan sebuah institusi TVET di bawah MARA yang terunggul di Malaysia. Entiti institusi TVET MARA ini terletak di bawah pemantauan dan seliaan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA.

       Sebagai sebuah institusi pendidikan TVET yang berpengalaman melebihi 5 dekad, KKTM, MJII dan IKM telah memberi sumbangan yang besar kepada negara di dalam melahirkan modal insan berkompetensi berasaskan industri dan teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan industri negara. Ini sekaligus menjadikan institusi TVET ini sebagai identiti global yang amat disegani dan dikagumi.

      Penubuhan IKM adalah untuk melahirkan modal insan yang seiring berasaskan industri serta teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan negara. Sejak tertubuhnya institusi pertama di Melaka pada tahun 1968, IKM telah berkembang dan kini mempunyai 14 buah kampus di seluruh negara, manakala program yang berfokus kepada teknologi tinggi yang dipacu oleh Kolej Kemahiran Tinggi MARA yang kini berjumlah 10 buah kampus dan sebuah kampus iaitu MARA Japan Industrial Institute (MJII). Daripada asalnya dikenali sebagai “sekolah tukang” ketika zaman RIDA iaitu pusat latihan yang melahirkan pekerja yang mahir dalam sesuatu bidang, pendidikan kemahiran MARA terus berevolusi dengan menawarkan latihan sejajar dengan tuntutan industri dan keperluan pembangunan ekonomi negara.

      Penglibatan MARA dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah kesinambungan dari zaman RIDA di mana usaha MARA menubuhkan IKM pada penghujung era 60-an dan enam buah lagi dekad 70-an boleh disifatkan sebagai pencetus kepada wujudnya pendidikan teknikal berteraskan keperluan industri. Walau bagaimanapun, cabaran utama MARA pada ketika itu bukanlah sekadar kesukaran untuk membangunkan institusi pendidikan berteraskan kemahiran yang terawal semata-mata, tetapi lebih jauh dari itu adalah untuk mengubah paradigma belia Bumiputera pada dekad awal kemerdekaan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati