Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Umur 40? Guru di Bawah Umur 40 Perlu Sedia Hadapi Pelbagai Cabaran Hidup

Umur 40
Umur 40

Umur 40 ada ujian kehidupan merupakan 1 ujian yang wajib kita tempuhi bagi setiap manusia. Terkadang di mata kita, kita rasakan ujian yang kita hadap ini melebihi dari apa yang diberikan kepada rakan-rakan di sekeliling kita menyebabkan kita rasa “down” dan mungkin penyebab memilih jalan yang salah untuk selesaikan masalah.

Namun begitu, duhai guru yang disayangi sekalian ingatlah kita berada di dunia ini memang untuk diuji tahap keimanan kita dan bersabarlah dan tempuhi ujian dengan tabah.

Ujian Guru Sebelum Umur 40 Tahun

Umur 40 ini mungkin dilihat sebagai rawak, tetapi angka ini banyak diperbualkan oleh bijak pandai dan mereka-mereka yang terdahulu daripada kita. Oleh sebab itu banyak buku yang ditulis membincangkan umur 40 ini dan antara yang terkenal ialah “Live Begins at 40”.

Menghampiri Umur 40

Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah. Kaw kaw punya! Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.

Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun. Tak pun cuba kalian semak diri sendiri. Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah umur 40 tahun!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.

  • Kesihatan.
  • Keluarga.
  • Sahabat.
  • Kerjaya.
  • Ibubapa.
  • Adik-beradik.
  • Kebendaan.

Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari. You have to face it!

  1. Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
  2. Masa inilah ada rumahtangga yang gagal.
  3. Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
  4. Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
  5. Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
  6. Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal.
  7. Masa inilah diuji dengan mslah kwangan
  8. Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal.

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!

  • Menguji keimanan.
  • Menguji kesabaran.
  • Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
  • Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan.
  • Mengajar diri menjadi lebih beriman.

Kenapa Umur 40? Kenapa semua ini berlaku?

Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah

  • ALLAH SAYANG

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti umur 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja Umur 40 tahun, ALL IS NEW!

  • Hati lebih sabar.
  • Hati lebih tenang.
  • Hati lebih ikhlas.
  • Hati lebih tawaduk.

Apa pula yang jadi pada kehidupan?

  1. Hidup lebih bahagia.
  2. Hidup lebih sempurna.
  3. Hidup lebih nampak arah tujunya.
  4. Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

  • Semua urusan diniatkan ibadah.
  • Sudah mula ke rumah Allah.
  • Sudah mula perbaiki diri.
  • Sudah mula perbaiki solat.
  • Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
  • Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki ‘final exam sebelum usia 40’. Take a second to think about how blessed you are. Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.

Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian!

Baik kan Allah.

Yes. Life is simple. Do good and good will come to you.

Edited from Unknown writer.

umur 40
Umur 40

Peringatan Buat Semua

Jika ada yang bertanya, kenapa hanya guru? Tidak, ianya sebenarnya peringatan untuk kita semua tidak mengira siapa kita dan apa pekerjaan kita. Saya fokuskan guru disini kerana ramai dikalangan pembaca adalah terdiri daripada guru. Selain itu, memang benar, disaat ini biasanya kerjaya guru berada di kerjaya yang sangat stabil dengan gred DG mungkin ramai sudah DG48 dan banyak perkara yang berlaku.

Jadi, tabahkan hati hadapi apa sahaja ujian. Jika pada umur ini kita masih terlalu asyik dengan berebut pelbagai jawatan di sekolah, PPD, JPN atau KPM, maka kita perlu tilik kembali kemana hala tuju kita. Cemerlang dan berpangkat disebabkan kebolehan dan minat adalah tidak mengapa namun jangan ada sampai cantas mencantas dan tidak memikirkan pahala dosa.

Ada yang target mahu jadi pentadbir, ada yang nak naik ke PPD, ada yang nak ke JPN dan ada yang bercita-cita nak ke Putrajaya. Apa sahaja niat kita, betulkan dengan niat dan pencapaian. InsyaAllah kita akan seronok dalam melakukan apa sahaja perkara yang kita mahukan.

Semoga perkongsian ini dapat membuka mata yang memerlukan cahaya. Jika umur sudah melebihi 40, jangan pula kata sudah tiada peluang untuk berubah dan membaiki diri kearah lebih baik. Ingat, kita sentiasa diberikan peluang untuk berubah kearah lebih baik lebih hebat selagi nyawa dikandung badan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati