Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Semak Butiran Anda Bagi Persediaan BKM Fasa 3 Bulan September l Semak Segera

BKM Fasa 3

Makluman LHDN : Semak Butiran Anda Bagi Persediaan BKM Fasa 3 Bulan September l Semak Segera . Untuk makluman umum, Bantuan Keluarga Malaysia(BKM) akan mula disalurkan pada bulan September bagi pemberian Fasa 3 hasil dari kesinambungan Fasa 1 dan Fasa 2 sebelum ini.

Berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia(BKM) yang akan disalurkan melalui pengkreditan ke akaun bank para pemohon, pihak pengurusan pembayaran BKM  dibawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyarankan kepada para pemohon menyemak dan memastikan butiran maklumat pembayaran bagi pembayaran Fasa 3 adalah betul.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti makluman dibawah mengenai makluman terkini Bantuan Keluarga Malaysia(BKM) bagi memastikan penyaluran BKM Fasa 3 anda berjalan lancar.

Makluman LHDN : Semak Butiran Anda Bagi Persediaan BKM Fasa 3 Bulan September l Semak Segera

Semakan Butiran BKM Fasa 3 Bulan September

Untuk pengetahuan semua, portal BKM dibawah seliaan LHDN telah memaklumkan bahawa pengemaskinian maklumat wakil dan akaun bank telah dibuka. Berikut merupakan pengumuman pihak LHDN mengenai penyemakkan  butiran bagi BKM Fasa 3:

• Portal BKM dibuka kemaskini adalah terhad kepada kemas kini maklumat wakil dan akaun bank sahaja.

• Untuk tempoh pembukaan semula skrin Kemas Kini Maklumat Asas bagi permohonan berstatus Lulus dan tidak mengemukakan Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut:

  • Telahpun bermula pada 10 Ogos 2022* sehingga 16 Ogos 2022*.

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

• Bagi pembukaan semula skrin Kemas Kini Maklumat Asas ia akan dibuka semula pada bulan September 2022.

Dan bagi makluman tarikh sebenar akan dikemas kini dari semasa ke semasa pada portal rasmi BKM dan Soalan Lazim (FAQ) Kemas Kini Maklumat Permohonan BKM.

• Tindakan kemas kini maklumat yang dibenarkan adalah seperti berikut :

  • Nombor telefon rumah.
  • Nombor telefon bimbit.
  • Alamat e-Mel.
  • Nama dan Nombor Akaun bank pemohon*.
  • Maklumat Wakil.

*Pengemaskinian hanya akan dibenarkan sekiranya bayaran bagi BKM 2022 adalah Gagal Kredit atau Tunai sahaja

• Bagi permohonan Kemas Kini Maklumat Asas BKM 2022 dibuka secara dalam talian atau manual di cawangan LHDNM berdekatan anda.Untuk memuat turun borang Kemas Kini Maklumat Permohonan BKM 2022 anda boleh dapatkan dibawah:

Borang Kemaskini BKM 2022

Bagi mereka yang sudah melengkapkan butiran dengan lengkap dan kemaskini terbaru, dibawah disertakan makluman dan cara-cara bagi Bantuan Keluarga Malaysia(BKM) Fasa 3.

Makluman Terbaru BKM Bagi Fasa 3 Bulan September

Tarikh Pembayaran Bagi BKM Fasa 3 Bulan September

Untuk makluman kepada semua penerima BKM,bulan September merupakan bulan yang dijanjikan pembayaran BKM Fasa 3 kepada rakyat Malaysia. Untuk tarikh BKM Fasa 3, ia akan diumukan oleh kerajaan Malaysia dalam bulan ini. Dan menurut kebiasaan, pembayaran BKM adalah pada hujung bulan pembayaran BKM.

Menurut kami, kemungkinan besar pembayaran BKM adalah antara 26-30 september yang dimana ia merupakan minggu terakhir bulan September. Bagaimanapun, kami akan memaklumkan tarikh rasmi kepada anda dari semasa ke semasa. Berikut merupakan maklumat pembayaran BKM mengikut Fasa 1 ke Fasa 4:

  • FASA 1 bermula 28 Mac 2022 secara berperingkat (Selesai)
  • FASA 2 bermula 27 Jun 2022 secara berperingkat (Selesai)
  • FASA 3 bermula September 2022 dan pembayaran dijangkakan akan bermula sama seperti fasa 1 & 2 iaitu pada penghujung bulan
  • FASA 4 akan bermula pada bula Disember 2022 (Tarikh belum diumumkan.

Bantuan BKM Fasa 3, Bantuan Yang Ditunggu-Tunggu Oleh Rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia diminta bersabar bagi pembayaran BKM Fasa 3 yang tidak lama lagi akan dikredit ke akaun bank masing-masing. Diminta rakyat Malaysia yang mungkin memerlukan bantuan segera , anda boleh membuat permohonan segera kepada pihak yang berwajib. Anda  boleh buat permohonan DISINI.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati