Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan JKM Rakyat Malaysia Dinaikkan Oleh Kerajaan Malaysia l Bantuan Khas Kepada Rakyat Malaysia l Mohon Dan Semak Kelayakan Anda! Effective 2022

bantuan jkm dinaikan

Bantuan JKM Rakyat Malaysia Dinaikkan Oleh Kerajaan Malaysia l Bantuan Khas Kepada Rakyat Malaysia l Mohon Dan Semak Kelayakan Anda!. Terbaru diterima bahawa kerajaan Malaysia baru sahaja mengumumkan berita baik kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai bantuan kewangan kewangan yang dinaikkan oleh kerajaan Malaysia dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.

Pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata ia membabitkan penerima bawah lima skim utama iaitu skim Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Elaun Pekerja OKU (EPOKU) dan Bantuan Warga Emas (BWE).

“BKK (kadar kenaikan) daripada RM100 kepada RM150 bagi seorang kanak-kanak dengan kadar maksimum RM1,000 sebulan satu keluarga, memberi manfaat kepada 65,599 keluarga miskin dan sebanyak RM165.53 juta peruntukan sudah disalurkan sehingga Jun lalu.- sumber : Berita Harian

Bagi mereka yang berminat untuk membuat permohonan bantuan JKM yang baru dinaikkan oleh kerajaan Malaysia, anda boleh merujuk makluman dibawah berkenaan cara-cara dan syarat membuat permohonan.

Bantuan JKM Rakyat Malaysia Dinaikkan Oleh Kerajaan Malaysia l Bantuan Khas Kepada Rakyat Malaysia l Mohon Dan Semak Kelayakan Anda!

Apakah Itu Bantuan JKM?

Bantuan JKM Rakyat Malaysia Dinaikkan Oleh Kerajaan Malaysia l Bantuan Khas Kepada Rakyat Malaysia l Mohon Dan Semak Kelayakan Anda!

Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ialah merupakan bantuan khas yang diberikan oleh kerajaan Malaysia dalam usaha memastikan golongan-golongan yang memerlukan mendapat bantuan.

Apakah Antara Bantuan Yang Pihak JKM Sediakan?

Berikut merupakan bantuan yang disedikan oleh pihak JKM, rujuk dibawah:

1.Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
2.Elaun Pekerja Cacat (EPC);
3.Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
4.Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
5.Bantuan Warga Emas (BWE);
6.Bantuan Am Persekutuan (BA);
7.Bantuan Anak Pelihara (BAP);
8.Bantuan Latihan Perantis (BLP);
9.Bantuan Geran Pelancaran (GP);
10.Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
11.Tabung Bantuan Segera (TBS).

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan

Permohonan Bantuan Kewangan Secara Bulanan Dari JKM

Bagi mereka yang berminat dan menepati ciri kriteria bantuan yang ditetapkan oleh JKM, anda layak untuk membuat permohonan segera.

Berikut merupakan cara untuk membuat permohonan bantuan daripada JKM. Kebiasaanya bantuan JKM akan diberikan secara elaun bulanan.

Cara Memohon Bantuan JKM

Bagi anda yang betul-betul memerlukan bantuan ini, anda dikehendaki terus ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang dibuat akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian:

  • salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • salinan penyata gaji (jika ada)
  • lain-lain dokumen yang berkaitan

Anda boleh download borang berkaitan dibawah ini:

borang permohonan bantuan jkm

Download borang permohonan bantuan JKM :

KM 18 (Borang Permohonan Bantuan)

Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 :

Borang Kemaskini Maklumat JKM 20

“Kerajaan prihatin, Rakyat bahagia”

Bantuan kewangan JKM kepada rakyat Malaysia daripada kerajaan kepada khusus golongan yang berkelayakan merupakan tanda kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang prihatin tanpa mengira jenis golongan, Golongan Orang kurang upaya layak dibantu dan diberi perhatian dikalangan masyarakat juga.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati