Kerajaan Malaysia umum bantuan motosikal elektrik RM2400 melalui insiatif belanjawan 2024. Ini adalah merupakan peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki motosikal elektrik dengan bantuan kerajaan Malaysia.
Bagi anda yang berminat mengetahui lebih lanjut, boleh merujuk maklumat lengkap yang kami sediakan dibawah.
Bantuan Motosikal Elektrik RM2,400 Melalui Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)
Isi Kandungan
- 1 Bantuan Motosikal Elektrik RM2,400 Melalui Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)
- 2 Panduan Permohonan Bantuan Motosikal Elektrik RM2400 untuk Rakyat Malaysia
- 3 Soalan FAQs Berkenaan Bantuan Motorsikal Elektrik RM2400 Melalui Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)
- 3.1 Apakah Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)?
- 3.2 Siapakah yang layak memohon MARiiCas?
- 3.3 Bilakah permohonan MARiiCas akan dibuka?
- 3.4 Bagaimanakah cara untuk memohon MARiiCas?
- 3.5 Apakah dokumen sokongan yang diperlukan?
- 3.6 Adakah saya layak memohon sekiranya saya merupakan seorang pelajar?
Apakah Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)?
Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) adalah merupakan skim rebat pembelian atau langganan motosikal elektrik yanmg disediakan oleh Institut Automotif Robotik Dan IoT Malaysia (MARii) di bawah Belanjawan 2024 bagi bertujuan untuk menggalakkan rakyat beralih kepada kenderaan berasaskan elektrik.
Untuk pengetahuan semua, Skim rebat ini ditawarkan melalui dua (2) kaedah pemberian:
- Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik ;
- Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan untuk permohonan langganan motosikal elektrik.
Bilakah Tempoh Permohonan MARiiCas Dibuka?
Tempoh permohonan bantuan motosikal elektrik RM2400 MARiiCas dibuka mulai 8 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2024 atau sehingga kuantiti motosikal elektrik habis ditebus oleh rakyat Malaysia.
Apakah Syarat Kelayakan Bantuan Motosikal Elektrik RM2400?
Syarat kelayakan permohonan bantuan rebat RM2400 Mariicas ini terbuka kepada mereka yang menepati syarat-syarat seperti dibawah:
- Merupakan individu yang berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah.
- Warganegara Malaysia berumur 18 dan ke atas semasa permohonan.
- Mestilah mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 atau B2).
Kelebihan Menggunakan Motosikal Elektrik
Terdapat kelebihan kenderaan elektrik berbanding enjin pembakaran atau petrol. Berikut adalah kelebihan menggunakan motosikal elektrik:
- Dapat menjimatkan duit untuk petrol kerana tiada bahan api yang diperlukan.
- Bebas bahan pencemar kerana tiada asap seperti karbon monoksida.
- Kos penyelenggaraan yang rendah berbanding kenderaan petrol.
- Tiada pencemaran bunyi kerana penggunaan enjin elektrik yang prestasi sentiasa dipertingkatkan.
Ikuti cara permohonan bantuan motosikal elektrik RM2400 yang anda boleh tebus segera dan kerajaan Malaysia akan bantu anda memiliki motosikal elektrik.
Panduan Permohonan Bantuan Motosikal Elektrik RM2400 untuk Rakyat Malaysia
Langkah Permohonan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)
Untuk membuat permohonan hanya dibolehkan secara atas talian sahaja. Untuk anda yang ingin membuat permohonan boleh merujuk langkah-langkah seperti dibawah:
- Langkah 1: Layari laman sesawang Mariicas untuk pendaftaran ID Pengguna.
- Langkah 2: Klik butang “Daftar” bagi pengguna pertama kali. Lengkapkan maklumat terkini pemohon seperti nama, no kad pengenalan dan maklumat diri yang lain.
- Langkah 3: Pengguna akan menerima e-mel verifikasi untuk pengesahan. Pengguna boleh juga menyemak pada tab e-mel spam sekiranya e-mel verifikasi tidak ditemui dan dihantar ke tab utama e-mel pengguna.
- Langkah 4: Setelah selesai membuat pendaftaran, pengguna hendaklah log masuk kembali untuk proses permohonan bantuan motosikal elektrik RM2400 MARiiCas.
- Langkah 5: Sila muat naik beberapa dokumen sokongan yang diperlukan(rujuk dibahagian bawah berkenaan dokumen).
- Langkah 6: Pengguna akan dikenakan bayaran perkhidmatan dan pengesahan identiti pemohon sebanyak RM10 akan dikenakan untuk setiap permohonan.
- Langkah 7: Pengguna akan menerima e-mel pengesahan permohonan rasmi dari Mariicas.
Pengguna juga boleh membuat semakan keputusan dengan log masuk pada laman web Mariicas dalam tempoh 14 HARI BEKERJA selepas tarikh permohonan lengkap dibuat oleh pengguna.
Nota: Bayaran pengguna tidak akan dikembalikan. Nama pemohon hendaklah sama dengan pemilik bank akaun pembayaran.
Dokumen yang Diperlukan untuk Permohonan
Untuk membuat permohonan secara atas talian bagi bantuan motosikal elektrik RM2400 ini, pemohon perlu menyediakan dokumen seperti dibawah untuk dilampirkan:
- Salinan kad pengenalan;
- Salinan dokumen berkaitan pendapatan tahunan.
- Bagi yang bekerja
- Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 atau B2)
- Slip gaji disahkan majikan beserta cop syarikat ATAU borang EA ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Bagi yang bekerja sendiri
- Muatnaik borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Bagi pesara
- Pesara kerajaan – slip pencen dan kad pesara ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Bagi pelajar
- Kad Pelajar
- Pesara swasta
- borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Muat turun borang pengesahan pelajar ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Kaedah Pemberian Skim dan Cara Tebus Kod QR Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)
Pemohon akan menerima e-mel pengesahan dan pengguna boleh memuat turun kod QR setelah permohonan disemak dan diluluskan bagi menikmati insentif yang ditawarkan bagi tujuan pembelian motosikal elektrik di bawah syarikat pengeluar yang disahkan sahaja.
Kod QR tersebut sah untuk diguna pakai dalam tempoh 30 hari sahaja dari tarikh ia dikeluarkan. Setelah tamat tempoh tersebut, pemohon hendaklah melakukan permohonan semula untuk mendapatkan kod QR baru yang disahkan.
Soalan FAQs Berkenaan Bantuan Motorsikal Elektrik RM2400 Melalui Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)
Apakah Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)?
Ianya adalah merupakan bentuk bantuan motosikal elektrik RM2400 secara rebat yang disediakan oleh kerajaan.
Siapakah yang layak memohon MARiiCas?
Golongan yang layak adalah berumur 18 tahun, pendapatan dibawah RM120,000 setahun dan mempunyai lesen.
Bilakah permohonan MARiiCas akan dibuka?
Permohonan dibuka sejak 8 Disember 2023 dan diteruskan sehingga 31 Disember 2024.
Bagaimanakah cara untuk memohon MARiiCas?
Permohonan secaras atas talian sahaja, boleh rujuk diatas.
Apakah dokumen sokongan yang diperlukan?
Terdapat banyak dokumen yang perlu disediakan dan mengikut jenis permohonan berbeza-beza.
Adakah saya layak memohon sekiranya saya merupakan seorang pelajar?
ya, anda layak untuk membuat permohonan bantuan motosikal elektrik RM2400 dibawah insiatif Mariicas.
Berapa harga sebenarnya Motosikal Elektrik tu? Sbb kerajaan bgi rebet Rm 2400.00 saja?