Sedang hangat diperkatakan di media sosial berkenaan harta sepencarian isteri pertama yang melibatkan seorang influencer, Aisyah Hijanah yang disahkan mendapat hak milikan 100 peratus syarikat yang sebelum ini dikongsikan bersama suami, Alif Teega.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana ianya dikira sebagai harta sepencarian walhal pasangan tersebut belum bercerai atau salah satu meninggal dunia. Rupa-rupanya harta sepencarian isteri pertama boleh dibahagikan dan dibicara di mahkamah atas asbab suami berpoligami.
Ikuti ulasan seterusnya berkenaan harta sepencarian yang boleh dituntut oleh isteri pertama dalam urusan rumahtangga.
Hak Isteri Pertama Dalam Rumahtangga
Isi Kandungan
- 1 Hak Isteri Pertama Dalam Rumahtangga
- 2 Pembahagian Harta Sepencarian Isteri Pertama dan Hak Jagaan Anak
- 3 Soalan FAQs Berkenaan Harta Sepencarian Isteri Pertama
- 3.1 Apakah Hak Jagaan Anak Sekiranya Isteri Pertama Bercerai?
- 3.2 Apa Nafkah Isteri Pertama dan Anak-Anak Dapat?
- 3.3 Bagaimanakah proses tuntutan harta sepencarian?
- 3.4 Apakah mahkamah mempunyai kuasa dalam harta sepencarian isteri pertama?
- 3.5 Bilakah harta sepencarian isteri pertama dibahagikan sekiranya berjaya?
Sekiranya seseorang itu masih menjadi isteri orang yang sah, maka seseorang itu mempunyai hak dalam rumahtangga walau menjadi isteri pertama yang hidup dalam berpoligami.
Apa itu Harta Sepencarian?
Harta sepencarian adalah harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan secara usaha bersama oleh suami dan isteri yang melibatkan harta alih seperti wang, kenderaan dan lain-lain serta harta tak alih seperti rumah, tanah, saham dan lain-lain.
Kes harta sepencarian kebiasaannya terlibat ketika proses penceraian dalam rumah tangga. Proses ini boleh dirunding dibawah Mahkamah Tinggi Syariah yang akan menentukan pembahagian harta secara adil.
Berikut adalah contoh usaha bersama suami isteri:
- Sumbangan secara lansung dan tak lansung.
- Kewujudan anak dibawah umur dan keperluan anak.
- Apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak untuk manfaat bersama.
Keadaan yang Layak Membuat Tuntutan Harta Sepencarian Dalam Rumah Tangga
Seseorang itu layak untuk membuat tuntutan harta sepencarian dalam 3 keadaan. Berikut adalah 3 keadaan yang boleh membuat tuntutan harta sepencarian:
- Apabila berlaku perceraian antara suami dan isteri.
- Apabila berlaku kematian kepada salah seorang pasangan suami dan isteri.
- Apabila seorang suami berkahwin lagi iaitu poligami.
Keadaan diatas sahaja yang dibenarkan oleh mahkamah syariah bagi membuat tuntuan harta sepencarian.
Situasi seorang isteri pertama mengetahui suaminya telah berpoligami namun tidak mendaftarkan perkahwinan keduanya yang dibuat diluar negara. Dengan keadaan ini, seorang isteri pertama boleh membuat tuntutan harta sepencarian.
Berikut adalah prosedur untuk tuntutan harta sepencarian isteri pertama:
- Rujuk seorang peguam syarie terlebih dahulu. Apabila mendapatkan nasihat dari seorang peguam, anda boleh teruskan urusan melalui peguam tersebut atau anda boleh lakukannya sendiri.
- Sekiranya anda ingin melakukannya sendiri, anda boleh merujuk kepada mahkamah yang bermastautin dan mahkamah yang membenarklan lafaz cerai dilafaz sahaja.
- Anda boleh failkan melalui saman berserta dengan penyata tuntutan.
- Pastikan anda mempunyai lampiran dokumen harta/ aset. Jika tiada anda boleh masukkan permohonan interlokutori memohon penzahiran dokumen mengikut seksyen 85 UUTCM dan hendaklah dimohon dibawah seksyen 187.
- Langkah seterusnya, anda akan berurusan dengan pihak mahkamah dan boleh rujuk mereka yang lebih arif sebagai panduan mahkamah.
Pembahagian Harta Sepencarian Isteri Pertama dan Hak Jagaan Anak
Kadar Pembahagian Harta Sepencarian Isteri Pertama
Kadar untuk pembahagian harta sepencarian isteri pertama dapat dibahagikan melalui 4 situasi. Berikut adalah situasi dan kadar pembahagian harta sepencarian:
Situasi 1
Jika seorang isteri tidak bekerja dan taat serta memelihara rumah tangga dengan baik dan menjaga segala kelengkapan yang diperlukan oleh suami. Namun tidak pergi menemani suami dalam urusan mencari rezeki boleh membuat hak harta sebercarian sebanyak 25% atau 1/4.
Situasi 2
Sekiranya isteri seperti contoh keadaan satu namun sentiasa menemani suami ke mana sahaja juga dalam usaha memperolehi harta dan juga memberi dorongan serta semangat boleh membuat tuntutan hak harta secara sebanyak 33.33% atau 1/3.
Situasi 3
Jika isteri tidak bekerja namun banyak memberikan sumbangan langsung seperti menggunakan pengaruh bapanya yang ternama atau mengisi borang berhormat, menyerahkan kepada pemaju membuat tindakan susulan dan juga berusaha untuk mendapatkan peguamcara untuk suami memperolehi harta sepencarian tersebut.
Maka sumbangannya yang tidak langsung seperti isteri yang taat juga sentiasa menjaga keluarga dicampur sekali dengan sumbangan langsung tersebut boleh membuat tuntutan harta sepencarian sebanyak 40% hingga 45%.
Situasi 4
Seandainya isteri tersebut bekerja dan mempunyai banyak sumbangan langsung seperti membayar separuh dari ansuran bulanan serta membayar deposit dan namanya juga termasuklah dalam perjanjian jual beli untuk memperolehi harta sepencarian.
Oleh itu, sumbangannya yang tidak langsung sebagai isteri yang taat dan sentiasa menjaga keluarga dicampur dengan sumbangan langsung tersebut maka layak untuk membuat tuntutan sebanyak 50% atau pula lebih sekiranya sumbangan langsung lebih banyak berbanding suami.
Itulah kadar yang bakal isteri pertama dapat perolehi sekiranya melakukan tuntutan harta sepencarian. Penting bagi isteri pertama mengambil langkah awal dan membuat tuntutan segera sekiranya suami berpoligami untuk mengelakkan harta miliknya dibahagi sama dengan madu.
Soalan FAQs Berkenaan Harta Sepencarian Isteri Pertama
Apakah Hak Jagaan Anak Sekiranya Isteri Pertama Bercerai?
Bekas suami dan isteri boleh membuat tuntuan hak hadhanah di mahkmah. Mahkamah akan tentukan.
Apa Nafkah Isteri Pertama dan Anak-Anak Dapat?
Seorang isteri pertama masih layak mendapat nafkah dan hak anak-anak secara samarata dengan isteri dan anak yang lain.
Bagaimanakah proses tuntutan harta sepencarian?
Proses pembahagian harta akan dinilai dan dibicarakan dimahkamah. Boleh mengupah peguam syarie bagi tindakan lanjut.
Apakah mahkamah mempunyai kuasa dalam harta sepencarian isteri pertama?
Ya, bidang kuasa hakim akan menentukan pembahagian yang adil dan samarata mengikut fakta yang dikemukakan.
Bilakah harta sepencarian isteri pertama dibahagikan sekiranya berjaya?
Berdasarkan keputusan mahkamah dan bila tarikh berkuat kuasa untuk menyerahkan harta alih dan harta tidak alih.