Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Semakan UPUOnline Bagi Permohonan & Rayuan Lepasan STPM Tahun 2022

semakan upuonline 1

Official Semakan UPUOnline Bagi Permohonan & Rayuan Lepasan STPM Tahun 2022. Makluman baharu khas kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) yang telah membuat permohonan kemasukan ke IPT bagi sesi 2022/2023, anda boleh membuat semakan bagi mengetahui status permohonan anda menerusi sistem UPUOnline yang dijana oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) bermula 25 September 2022 pada jam 12.00 tengah hari.

Melalui sistem UPUOnline, para pemohon mempunyai peluang memasuki dan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Institut Pengajian Tinggi(IPT). Anda boleh membuat semakan UPU sehingga 4 Oktober 2022, jam 5.00 petang.

Bagi anda yang akan membuat semakan UPUOnline, anda boleh ikuti maklumat lanjut mengenai semakan UPUOnline lebih lanjut dibawah.

Terkini : Semakan Permohonan & Rayuan UPUOnline Lepasan STPM Tahun 2022

Cara Membuat Semakan UPUOnline

UPUOnline 1024x1024 1

Untuk pengetahuan, semakan permohonan boleh dibuat dengan mudah dan senang melalui langkah-langkah berikut:

Melalui Laman Web

Bagi anda yang ingin membuat semakan UPUOnline melalui laman web, anda boleh ikuti caranya dibawah:

  1. Sila layari laman web berikut:
    – https://jpt.utm.my
    – https://jpt.uum.edu.my
    – https://jpt.unimas.my
    – https://jpt.ums.edu.my
    – https://jpt.umt.edu.my
  2. Sila masukkan maklumat yang diperlukan dan klik ‘Semak’.
  3. Keputusan permohonan anda akan dipaparkan

Melalui Aplikasi Telefon Pintar

Mungkin ramai yang belum tahu,selain melalui laman web UPUOnline, anda juga boleh membuat semakan permohonan menerusi aplikasi telefon pintar yang diberi nama UPUPocket yang boleh dimuat turun di pelbagai platform seperti:

  • Google Play Store
  • Apple App Store
  • Huawei App Gallery

Keputusan UPUOnline : Setuju Terima Tawaran Dari Universiti Awam

Bagi pemohon yang berjaya dalam permohonan UPUOnline, anda perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran dan hendaklah mencetaj surat tawaran bermula 26 September hingga 4 Oktober 2022 di laman web rasmi Universiti Awam(UA) yang tawarkan.

Untuk makluman, surat tawaran akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya sahaja. Pemohon juga diminta untuk memberi pengesahan awal bagi mengelakkan sebarang masalah keterlambatan.

Permohonan Rayuan UPUOnline Tahun 2022

Rayuan UPUOnline 1024x1024 1

Bagi pemohon yang tidak berjaya dan lulus tapisan UPUOnline, anda masih berpeluang untuk membuat rayuan permohonan melalui sistem UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam.

Permohonan rayauan UPUOnline akan dibuka selama 10 hari sahaja iaitu mulai 25 September 2022, pada jam 12.00 tengah hari sehingga 4 Oktober 2022 jam 5.00 petang.

Untuk makluman penting pemohon UPUOnline bagi sesi akademik 2022/2023, segala tawaran tempat pengajian IPT dan sebarang permohonan rayuan pertukaran program atau pertukaran institusi adalah tidak dibenarkan kerana keputusan UPUOnline adalah MUKTAMAD.

Dasar UPUOnline yang dijalankan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu telah selesai dilakukan.

Sebarang Pertanyaan Dan Persoalan

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai semakan permohonan dan rayuan melalui UPUOnline lepasan STPM sesi 2022/2023, anda boleh hubungi di talian:

03-8870 8200 atau email ke [email protected]

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati