Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Sumbangan Sebanyak RM480 Daripada Kerajaan Malaysia l Ikuti Cara Permohonan

kwsp bantuan rm480

Sumbangan Sebanyak RM480 Daripada Kerajaan Malaysia l Ikuti Cara Permohonan. Kerajaan Malaysia sentiasa merangka pelbagai inisiaitif sebagai cara keprihatinan kerajaan kepada rakyat Malaysia. Dalam mendepani masalah seperti kos sara hidup, kerajaan sentiasa memperkenalkan program atau inisiatif bantuan mesra rakyat.

Melalui usaha sama kerajaan bersama KWSP telah mengumumkan Program Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP bertujuan untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Melalui Insentif i-Suri KWSP, suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).

Insentif i-Suri ini akan memberi banyak kelebihan kepada golongan surirumah di mana ia memberi jaminan masa depan kerana diberikan dalam bentuk skim KWSP.

Sumbangan Sebanyak RM480 Daripada Kerajaan Malaysia l Ikuti Cara Permohonan

Apakah Itu Insentif i-Suri KWSP Sumbangan Sebanyak RM480 ?

Insentif i-Suri merupkan program yang berbentuk usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Sumbangan Sebanyak RM480

Dilancarkan pada 8 Ogos 2018 dan mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2018 dan dilaksanakan oleh KWSP. Merupakan skim bantuan bersasar bagi menggalakkan rakyat mula menabung bagi kegunaan semasa, hari tua atau ketika menghadapi kesusahan dan ditimpa musibah seperti perceraian, kematian suami, suami hilang upaya dan lain-lain.

Siapakah Yang Boleh Mencarum i-Suri KWSP Sumbangan Sebanyak RM480?

Mereka yang layak mencarum i-Suri KWSP ialaha Suami kepada pasangan yang layak dan diri sendiri (isteri)

Apakah Syarat Kelayakan Mencarum i-Suri KWSP Sumbangan Sebanyak RM480?

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan mencarum i-Suri KWSP:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Belum mencapai umur 60 tahun
  3. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) setakat 30 November 2019
  4. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
  5. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

Suri rumah hanya dibenarkan untuk memilih satu (1) insentif sahaja dalam satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), jadi anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi skim i-Suri KWSP.

Apakah Faedah i-Suri KWSP Sumbangan Sebanyak RM480?

Berikut merupakan faedah i-Suri KWSP yang akan diterima oleh pencarum:

  1. Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200 pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya
  2. Caruman boleh dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka sendiri dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.
  3. Pencarum akan menerima dividen tahunan KWSP
  4. Bantuan Kematian: RM2,500
  5. Bantuan hilang upaya

Bagi rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon inisiatif kerajaan bersama KWSP, anda boleh ikuti cara-cara di bawah.

Cara Permohonan Pendaftaran i-Suri KWSP Sumbangan Sebanyak RM480

408670689 1544106749742317 7487900793931887687 n 5

Pendaftaran i-Suri KWSP adalah berdasarkan kumpulan sasar yang berkelayakan dan tersenarai di dalam senarai eKasih sehingga 30 Jun 2018. Untuk pengetahuan semua,pendaftaran sebagai ahli KWSP dan permohonan Skim i-SURI boleh dibuat di mana-mana kaunter KWSP seluruh Malaysia.

Kepada isteri atau suri rumah, anda boleh membuat pendaftaran i-Suri KWSP. Anda perlulah menyediakan dokumen yang akan diminta. Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar adalah:

  • Kad pengenalan anda
  • Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

SKIM I-SURI KWSP

Telefon : 03 – 8922 6000

Faks :03 – 8922 6222

Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)

Skim i-Suri Perkasakan Kehidupan Seorang Suri Rumah Rakyat Malaysia

Kerajaan Malaysia sentiasa optimis dalam memastikan keperluan kehidupan rakyat Malaysia. Melalui pengenalan skim i-Suri KWSP ini akan membantu dan menjamin masa depan para suri rumah di Malaysia.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati