Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kerajaan Sekat Media Sosial Bagi Umur 13 Tahun Kebawah

kerajaan sekat media sosial bagi umur 13 tahun
Sekat Media Sosial Bagi Umur 13 Tahun

Dengan kemodenan teknologi yang bermacam serta kandungan media sosial, Malalysia mengambil langkah untuk sekat Media Sosial bagi umur 13 tahun kebawah. Perkara ini diambil serius oleh kerajaan Malaysia memandangkan terdapatnya kepentingan untuk menghalang daripada penggunaan media sosial yang perlu dihadkan terutama bagi kanak-kanak.

Berdasarkan pemerhatian semasa, Media sosial kini boleh diakses tanpa batas dan bahkan menjadi terbuka. Situasi ini adalah tidak sihat kerana di media sosial terdapat konten-konten yang salah dan berbahaya kepada golongan kanak-kanak. Isu Malaysia sekat media sosial bagi umur 13 tahun kebawah dijelaskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Berkenaan Malaysia Sekat Media Sosial Bagi Umur 13 Tahun Kebawah

MCMC Beri Peringatan Kepada Ibu Bapa

Melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengingatkan kepada golongan ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka berusia bawah 13 tahun tidak memiliki akaun media sosial kerana atas beberapa faktor seperti bahan-bahan kandungan konten sensitif, isu kontroversi dan lain-lain.

image 15
Malaysia sekat Media Sosial Bagi Umur 13 Tahun Kebawah

Menurut Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil, berkata MCMC telah` mendapati kanak-kanak berusia di bawah 13 tahun tidak sesuai untuk menggunakan mana-mana media sosial.

Yb Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Ada banyak syarat platform media sosial juga tidak membenarkan golongan berkenaan memiliki akaun media sosial atas sebab tertentu.

Semasa menghadiri majlis, Yb Fahmi Fadzil memberi pesanan kepada ibu bapa yang hadir pada malam tersebut berkenaan peringatan daripada MCMC bahawa anak-anak di bawah 13 tahun tidak dibenarkan memiliki akaun TikTok, Facebook, Instagram atau mana-mana akaun media sosial lain.

Aduan Kepada MCMC Sekiranya Gambar Anak Digunakan

Untuk pengetahuan kepada ibu bapa, anda boleh buat aduan jika gambar anak jadi kandungan tanpa kebenaran. Oleh itu, ibu bapa mestilah bertegas dengan perkara ini untuk membendung gejala yang tidak baik dan menjejaskan privasi kanak-kanak.

“Sekiranya ada (anak-anak bawah 13 tahun memiliki akaun media sosial), ibu bapa tolong maklum kepada saya, MCMC. Kita akan akan shut down (tutup) akaun tersebut,”

Yb Fahmi Fadzil

Yb Fahmi menjelaskan, isu berkenaan pemilikan akaun media sosial ketika ini adalah pihak media sosial menyerahkan sepenuhnya pendaftaran pembukaan akaun untuk pengguna tanpa kaedah pembuktian dalam memastikan usia mereka melebihi syarat dibenarkan seperti atas 13 tahun.

Oleh yang demikian itu, pihak MCMC mengadakan siri pertemuan dengan pihak berkaitan seperti Meta yang bertanggungjawab dalam aplikasi Facebook, Instagram dan WhatsApp serta pihak Telegram bagi mengemukakan perancangan MCMC dalam menangani isu pemilikan akaun media sosial dalam kalangan kanak-kanak bawah usia 13 tahun.

Ianya dilihat terdapat beberapa perkara daripada pihak media sosial yang perlu dimaklumkan kepada MCMC terlebih dahulu berkaitan dengan pemilikan akaun media sosial. Harapan MCMC dalam usaha sekat media sosial bagi umur 13 tahun dijangka bermula menjelang awal Mei ini. Pihak MCMC akan ada pengumuman mengenai perbincangan dengan semua platform media sosial khususnya berhubung keselamatan dalam talian berkaitan dengan kanak kanak.

Contoh Konten Media Sosial yang Tidak Sesuai Untuk Bawah Umur 18 Tahun

image 16
Malaysia sekat Media Sosial Bagi Umur 13 Tahun Kebawah

Untuk ibu bapa, di media sosial terdapat beberapa konten yang perlu dielakkan dan dipertontonkan kepada anak-anak. Penting untuk ibu bapa tahu sebagai langkah pencegahan awal daripada terpengaruh dikalangan anak-anak. Berikut adalah contoh konten media sosial yang perlu dielakkan dan didedahkan kepada bawah umur 18 tahun kebawah:

  1. Konten Seksual. Dengan keluasan capaian media sosial, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan dan menyiarkan konten berbentuk pornografi, seksual dan lain-lain paparan untuk tontonan orang dewasa.
  2. Konten Keganasan dan Pembunuhan. Ada sebuah page yang juga kerap menyiarkan dan berkongsi video serta gambar keganasan dan melibatkan pembunuhan yang dipaparkan secara umum. Perkara ini perlu dielakkan kerana kanak-kanak bawah umur boleh terdedah dengan trauma.
  3. Konten Ketidaktamadunan. Ada juga beberapa pihak yang sering tampil dengan konten-konten jelik dengan memaki hamun, mengumpat, memfitnah dan lain-lain yang boleh menjejaskan kesejahteraan media sosial, Kebiasaannya konten melibatkan politik, artis dan lain-lain.

Negara Malaysia mengambil langkah yang tepat dengan sekat media sosial bagi umur 13 tahun kebawah sebagai usaha untuk membendung gejala yang tidak elok seterusnya mewujudkan golongan bawah umur yang bijak dan berbudi pekerti.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati