Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan YBR RM1000 Khas kepada Pendapatan Isi Rumah Bawah RM3000

bantuan ybr

Bantuan YBR RM1000 Khas kepada Pendapatan Isi Rumah Bawah RM3000. Banyak dan berpelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau syarikat korporat sebelum ini untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas. Namun begitu,Terdapat pelbagai pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat juga pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan oleh kerajaan atau syarikat korporat,dan ada yang masih lagi diteruskan sehingga kini.

Dan adalah salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan sehingga kini adalah bantuan kewangan Yayasan Bank Rakyat (YBR) yang mungkin ramai terlepas pandang dan tidak tahu menahu akan kewujudan bantuan ini. Melalui Bank Rakyat maka wujudlah sebuah Yayasan Bank Rakyat (YBR) yang dikhususkan untuk memberi khidmat dan kebajikan kepada masyarakat Malaysia.

Nota :  YBR BAGI TAHUN 2022 BELUM DIUMUMKAN PERMOHONAN RASMI. JIKA YBR BUAT PENGUMUMAN, KAMI AKAN SEGERA UPDATE

Bantuan YBR Bantuan RM1000 Khas kepada Pendapatan Isi Rumah Bawah RM3000

Pihak Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah memperkenalkan satu Bantuan Awal Pengajian. Ia adalah satu program yang dimana akan membantu pelajar yang mahu melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi ke IPTA atau IPTS dan memerlukan bantuan awal.

image 332

Bantuan ini adalah berbentuk secara ‘ONE OFF’ iaitu hanya diberikan sekali sahaja kepada pelajar yang layak mengikut kriteria. Terdapat kriteria yang harus dipenuhi oleh para pemohon.

Berapakah Kadar Jumlah Bantuan?

Sebelum ini Bantuan YBR, penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 bagi seorang pelajar dari Yayasan Bank Rakyat.

Bantuan ini akan memanfaatkan sejumlah besar pelajar baharu yang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi samaada IPT dan IPTS.

Apakah Syarat Kelayakan Memohon?

Syarat permohonan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR). Antara syarat-syarat kelayakan memohon adalah :

  1. Umur tidak kurang 18 tahun semasa permohonan dibuat.
  2. Pemohon dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00 kebawah sahaja yang akan dipertimbangkan.
  3. Menerima surat tawaran daripada institusi pengajian tinggi.
  4. Pemohon merupakan pelajar semester 1.
  5. Pemohon hendaklah mempunyai Akaun Simpanan Bank Rakyat.

Bagaimanakah Cara Memohon Bantuan RM1000 Dari Yayasan Bank Rakyat (YBR)?

  1. Permohonan hanya diterima secara atas talian di pautan berikut dengan klik ‘daftar’: PERMOHONAN BANTUAN YBR RM1000
  2. Pemohon harus melengkapkan semua butiran yang diperlukan. Permohonan yang TIDAK lengkap tidak akan diproses oleh pihak YBR.
  3. Segala butiran permohonan haruslah disertakan dengan dokumen yang perlu dimuat naik pada ruangan yang telah disediakan.
  4. Butiran tanggunggan haruslah disertakan salinan kad pengenalan atau surat beranak tanggungan tersebut. Hanya tanggungan dengan dokumen sokongan sahaja yang akan diambil kira dalam pengiraan tanggungan.

Nota :  YBR BAGI TAHUN 2022 BELUM DIUMUMKAN PERMOHONAN RASMI. JIKA YBR BUAT PENGUMUMAN, KAMI AKAN SEGERA UPDATE

Bantuan-bantuan Kerajaan Terbaru Tahun 2022 :

“Bantuan Pelajar Tanggungjawab Bersama Untuk Memastikan Kejayaan Pelajar”

Kerajaan Malaysia dan pihak syarikat korporat tempatan sentiasa komited dalam menyumbang dan membantu rakyat Malaysia yang terjejas dan di dalam kesusahan.

Oleh itu, dengan kewujudan bantuan YBR sebanyak RM1000 khas kepada pelajar baharu yang melanjutkan pengajian ke IPT/IPTS ini membuktikan kecaknaan kerajaan kepada pelbagai lapisan dan lain-lain kategori tidak kira umur, bangsa dan keturunan. Justeru itu, diharapkan mereka yang menerima bantuan daripada pihak Yayasan Bank Rakyat ini menggunakan sepenuhnya bantuan tersebut ke jalan yang betul.

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati