Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) telah memperkenalkan jadual gaji Gred B SSPA, khususnya bagi perkhidmatan Bakat dan Seni. Ini adalah langkah kerajaan untuk mempertingkatkan tahap pengiktirafan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh golongan dalam bidang bakat dan seni.
Dengan penyelarasan ini, kerajaan bertujuan memastikan gaji yang lebih kompetitif serta seiring dengan keperluan hidup masa kini. Kenaikan ini juga diharapkan dapat menarik lebih ramai bakat muda untuk menceburi bidang seni budaya, selain menggalakkan kesetiaan dan produktiviti dalam kalangan mereka yang sudah lama berkhidmat.
Senarai Skim Perkhidmatan Gred B SSPA Terkini dan Pemindahan Gred Bagi Skim Perkhidmatan Gred B Pengangkutan
Isi Kandungan
Berikut adalah senarai skim perkhidmatan yang terlibat dalam Gred B di bawah SSPA mulai 1 Disember 2024:
Skim Perkhidmatan | Gred SSM | Gred SSPA |
---|---|---|
Ahli Muzik | B19, B21/22, B25/26, B29/30, B31/32, B37/38, B41/42, B43/44, B47/48, B51/52, B53/54 | B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B10, B12, B13, B14 |
Pegawai Kebudayaan | B19, B21/22, B25/26, B29/30, B31/32, B37/38, B41/42, B43/44, B47/48, B51/52, B53/54 | B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B10, B12, B13, B14 |
Penerbit Rancangan | B19, B21/22, B25/26, B29/30, B31/32, B37/38, B41/42, B43/44, B47/48, B51/52, B53/54 | Gred B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B10, B12, B13, B14 |
Pereka | B19, B21/22, B25/26, B29/30, B31/32, B37/38, B41/42, B43/44, B47/48, B51/52, B53/54 | B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B10, B12, B13, B14 |
Artis Budaya | B19, B21/22, B25/26, B29/30, B31/32, B37/38, B39/40 | B1, B2, B3, B5, B6, B7, B8 |
Jurufotografi | B19, B21/22, B25/26, B29/30, B31/32, B37/38, B39/40 | B1, B2, B3, B5, B6, B7, B8 |
Jurusolek | B19, B21/22, B25/26, B27/28 | Dijumudkan |
Jadual Gaji Gred B SSPA Minimum dan Maksimum Perkhidmatan Bakat dan Seni
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang gaji minimum dan maksimum bagi Gred B dalam sektor pengangkutan, anda boleh merujuk jadual yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Rujuk jadual gaji gred B SSPA minimum dan maksimum dibawah:
Jadual Gaji Gred B SSPA Minimum-Maksimum Bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional:
Gred Gaji | Gaji Minimum (RM) | Gaji Maksimum (RM) | Kadar KGT (RM) | Kadar KGM (RM) |
---|---|---|---|---|
15 | 7,030.00 | 16,350.00 | 400.00 | 374.25 |
14 | 6,560.00 | 15,360.00 | 320.00 | 362.13 |
13 | 6,210.00 | 14,370.00 | 290.00 | 339.96 |
13P | 4,430.00 | 13,640.00 | 280.00 | 322.17 |
12 | 5,530.00 | 13,540.00 | 270.00 | 320.25 |
11 | 3,320.00 | 12,760.00 | 255.00 | 302.25 |
10 | 3,840.00 | 12,150.00 | 250.00 | 286.80 |
9 | 2,250.00 | 11,110.00 | 225.00 | 262.68 |
Nota:
Selaras dengan perenggan 52, pegawai yang menerima kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) lebih tinggi daripada kadar KGT yang berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 akan terus menggunakan kadar KGT tersebut di bawah skim Khas Untuk Penyandang (KUP).
Jadual Gaji Gred B SSPA Minimum-Maksimum Bagi Kumpulan Pelaksana:
Gred Gaji | Gaji Minimum (RM) | Gaji Maksimum (RM) | Kadar KGT (RM) | Kadar KGM (RM) |
---|---|---|---|---|
8 | 5,390.00 | 10,590.00 | 225.00 | 249.18 |
7 | 3,810.00 | 9,290.00 | 180.00 | 218.70 |
6 | 3,080.00 | 8,560.00 | 155.00 | 206.55 |
5 | 1,650.00 | 6,620.00 | 145.00 | 155.19 |
4 | 2,930.00 | 6,410.00 | 130.00 | 152.76 |
3 | 2,790.00 | 6,090.00 | 125.00 | 143.76 |
2 | 2,220.00 | 5,770.00 | 115.00 | 136.02 |
1 | 1,500.00 | 4,680.00 | 100.00 | 109.56 |
*Nota:
Selaras dengan perenggan 52, pegawai yang sedang menerima kadar KGT yang lebih tinggi daripada kadar KGT berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 akan kekal menggunakan kadar KGT tersebut secara Khas Untuk Penyandang (KUP).
Bagi maklumat lebih lanjut, anda boleh merujuk pada pekeliling SSPA yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.