Informasi mengenai pengambilan Jawatan FAMA Julai 2024 dengan banyak jawatan kini dibuka untuk semua permohonan pelbagai jawatan dan taraf akademik. Peluang mohon jawatan FAMA ini boleh dirujuk dengan kadar segera melalui siaran iklan lengkap yang kami sediakan untuk anda.
Para pemohon boleh merujuk maklumat lengkap mengenai jawatan FAMA Julai 2024 yang diberitahu oleh pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dengan tawaran kerja adalah tetap/kontrak dan meliputi pelbagai penempatan dalam negara Malaysia.
Maklumat Jawatan FAMA Julai 2024
Isi Kandungan
Bagi membuat permohonan jawatan FAMA Julai 2024, adalah dibuka peluang kerjaya sebanyak 2 jenis jawatan kekosongan. Terdiri daripada jawatan minima SPM dengan taraf jawatan kosong adalah kontrak dibawah FAMA. berikut adalah merupakan senarai jawatan FAMA Julai 2024 yang dibuka :
Perkara | Maklumat |
---|---|
Jawatan Kosong | Kerani Pentadbiran Gred K1 |
Taraf Perkhidmatan | Tetap/Kontrak |
Gaji | RM1,324.95 – RM3,291.20 |
Penempatan | Pejabat FAMA Muallim, Perak |
Tempoh Permohonan Jawatan FAMA Julai 2024
Untuk tawaran jawatan kosong kali ini, Jawatan FAMA Julai 2024 dibuka pada tahun 2024 dan akan ditutup oleh FAMA pada 15 Julai 2024 dengan permohonan boleh dilakukan secara atas talian dan perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Pemohon boleh mengambil peluang mohon segera untuk membuat permohonan dengan segera sebelum tempoh permohonan jawatan tamat.
Skop Kerja Bagi Tawaran Jawatan FAMA Julai 2024
Berikut merupakan penerangan bagi skop tugasan kerja bagi jawatan Kerani Pentadbiran Gred K1:
- Membantu melaksanakan tugas pengurusan dan pentadbiran Pejabat FAMA Daerah Muallim
- Membantu mengendalikan tugas pengurusan kewangan
- Membantu menyediakan laporan bulanan Pejabat FAMA Daerah Muallim
- Melaksanakan tugasan-tugasan lain yang diarahkan dari masa ke semasa.
Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan FAMA Julai 2024
Untuk para Pemohon, anda boleh membuat permohon berdasarkan rujukan syarat umum dan syarat khusus yang ditetapkan oleh FAMA:
- Warganegara Malaysia;
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan, keutamaan kepada yang memiliki Diploma;
- Berumur di antara 21 hingga 35 tahun;
- Mempunyai kemahiran dalam MS Ofice (MS Word, MS Excel dan MS Power Point);
- Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam perisian Google Form;
- Mempunyai pengalaman dalam pengurusan pentadbiran;
- Berinisiatif, rajin, berdikari, terbuka menerima teguran, kemahiran komunikasi yang baik, menepati masa, dan bersedia belajar perkara baharu;
- Mempunyai minat dalam pengurusan pentadbiran;
- Sihat tubuh badan.
Rujukan Iklan Jawatan FAMA Julai 2024
Untuk para pemohon, Anda boleh merujuk maklumat lengkap berkenaan tawaran jawatan kosong rasmi yang dibuka FAMA ini melalui laman, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Cara Mohon Jawatan FAMA
Bagi membuat permohonan, berikut adalah langkah mohon kerja di FAMA:
- Rujuk iklan tawaran jawatan kosong FAMA.
- Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Lesen Memandu, Sijil SPM/SRP/PMR/PT3/Diploma, Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan.
- Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing- masing yang disertakan dengan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.
- Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.
- Permohonan hendaklah sampai kepada:
Pengarah FAMA Negeri Perak
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Kawasan Perindustrian Gopeng 2,
KM 16, Jalan Gopeng, 31600 Gopeng,
Perak Darul Ridzuan
Mohon para calon membuat semakan borang dan beberapa perkara sebelum membuat pengesahan permohonan. Pastikan anda menyediakan maklumat permohonan yang betul.
Nota Tambahan:
- Satu salinan tiap-tiap Kad Pengenalan, Sijil PMR, Sijil SPM, Ijazah, Diploma, Sijil-sijil, Lesen Memandu atau surat-surat perakuan yang telah disahkan hendaklah disertakan sebagai tanda pemohon mempunyai kelayakan atau lain-lain kelayakan yang dikehendaki. Diiingatkan bahawa permohonan yang tidak menurut arahan ini tidak akan dilayani.
- Permohonan daripada pegawai-pegawai Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini disertakan bersama.
- Pemohon-pemohon yang dipilih untuk temuduga akan diberitahu kemudian dan mereka mestilah membawa bersama-sama mereka sijil-sijil serta lain-lain surat yang ASAL apabila menghadiri temuduga.