Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

BANTUAN RM600 KEPADA RAKYAT MALAYSIA l BANTUAN BMT TAHUN 2022 l MOHON SEGERA

BANTUAN RM600
BANTUAN RM600

BANTUAN RM600 KEPADA RAKYAT MALAYSIA l BANTUAN BMT TAHUN 2022 l MOHON SEGERA. Dalam usaha kerajaan  membantu mereka yang memerlukan, telah pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensinya yang pelbagai. Antara bantuan kerajaan adalah berupa manfaat seperti bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan.

BANTUAN KEWANGAN RM 600 KEPADA RAKYAT MALAYSIA l BANTUAN BMT TAHUN 2022

BANTUAN RM600
BANTUAN RM600

Apakah Itu Bantuan RM600 Musim Tengkujuh RISDA 2022?

Pihak Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021 telah meluluskan pemberian Bantuan Musim Tengkujuh tahun 2022 (BMT2022) melalui agensi kerajaan, RISDA sebanyak RM600 seorang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM191juta ia akan melibatkan 232,319 orang pekebun kecil RISDA dan 86,323 orang Pekebun Kecil LIGS yang terjejas pendapatannya ketika musim tengkujuh.

Bilakah Tempoh Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2022?

Kepada pemohon yang berkelayakan, anda boleh memohon bantuan bermula 5 Mei 2022 hingga tarikh tutup yang telah ditetapkan iaitu 15 September 2022.Kepada bakal pemohon, pastikan permohonan anda adalah lengkap dan menepati penetapan RISDA. Sila rujuk dibawah untuk mengetahui cara permohonan.

Berapakah Kadar Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022?

Untuk pengetahuan semua, Kadar bantuan yang ditetapkan adalah sebanyak RM600 bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang layak.

Pemohon juga perlu ambil maklum bahawa bayaran bantuan ini akan dibuat secara 2 peringkat (RM300 x 2 bulan) pada bulan November dan Disember 2022.

Apakah Syarat-Syarat Kelayakan?

Calon yang berhasrat untuk kemukakan permohonan perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Pekebun kecil (pemilik pengusaha)
  • Warganegara Malaysia sahaja.
  • Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
  • Memiliki keluasan tanah 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar secara agregat.
  • Pemilik tanah yang sah
  • Satu 1 lot tanah hanya seorang penerima bantuan sahaja (tanpa mengira bilangan ahli kongsi).
  • Seorang pekebun kecil hanya layak menerima sekali sahaja.
  • Pekebun kecil (penoreh bukan pemilik)
  • Warganegara Malaysia.
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Mempunyai pengesahan pemilik tanah yang sah.
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.
  • Seorang penoreh hanya layak menerima sekali sahaja.
  • Maksud Penoreh Bukan Pemilik
  • Mereka yang menorah getah di ladang sebagai pekerjaan utama dan tidak memilik tanah kebum tersebut.
  • Maksud Pekebun Kecil Pemilik
  • Mereka yang memiliki tanah, menguruskan dan mengusahakannya sendiri.

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) TAHUN 2022

Bagaimanakah Cara Untuk Memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Tahun 2022?

Permohonan BMT 2022 dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya melalui laman web pekebunkecilmakmur.com.my mengikut kategori seperti berikut :

  • Pemohon Pekebun Kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut :
    a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
    b) Geran asal tanah dan salinan; dan
    c) Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Pemohon Penoreh Bukan Pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut :
    a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
    b) Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
    c) Salinan geran lot yang ditoreh; dan
    d) Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
    e) Salinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip pengaktifan Kad
    PAT-G; dan
    f) Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.

Permohon BMT 2022 dari Kategori Pekebun Kecil juga boleh membuat permohonan di mana-mana Pusat Tanggungjawab RISDA yang berhampiran manakala bagi permohonan Penoreh Bukan Pemilik hanya boleh dibuat di Pusat Tanggungjawab di mana kebun yang ditoreh itu berada.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) anda boleh layari ke halaman dibawah:

MAKLUMAT LANJUT BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) TAHUN 2022

kaedah risda

“BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) INISIATIF KERAJAAN MEMBANTU PEKEBUN RAKYAT MALAYSIA”

Kerajaan Malaysia sentiasa menunjukkan sikap prihatin rakyat Malaysia, Melalui sumbangan bantuan RISDA ini akan dapat membantu ramai mereka yang mengusahakan industri pertanian. Dalam mendepani isu kelansungan hidup, kerajaan Malaysia telah mengumumkan bantuan kepada rakyat yang berkenaan.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati