Jom Simpan Duit Raya Anak Dengan Buka Akaun SSPN Online Tahun 2022

Jom Simpan Duit Raya Anak Dengan Buka Akaun SSPN Online Tahun 2022 .Anak-anak dapat duit raya daripada pemberian sanak saudara, jiran-jiran , kawan-kawan dan lain-lain. Duit raya anak adalah merupakan tanggungjawab ibubapa terhadap ana-anak. Ibubapa boleh memilih samaada untuk berbelanjakan duit raya anak atau menyimpan untuk masa hadapan anak-anak.

Tahukah anda? duit raya anak-anak anda amatlah bernilai untuk menjamin masa hadapan mereka kelak. Ibubapa perlu cakna bagaimana untuk melakukan suatu perkara yang terbaik untuk anak-anak. Terdapat satu tempat penyimpanan untuk masa hadapan anak iaitu, Skim Simpanan Pendidikan Anak Nasional (SSPN). Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh merujuk dibawah.

Jom Simpan Duit Raya Anak Dengan Buka Akaun SSPN Online Tahun 2022

Apakah Itu SSPN?

Skim Simpanan Pendidikan Nasional( SSPN )juga dikenali sebagai SSPN-i telah mula diperkenalkan pada tahun 2004.Produk simpanan jangka panjang ini bertujuan untuk memupuk sifat menabung dikalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi disamping menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.Kini, selepas hampir 17 tahun berada di pasaran, SSPN-I telah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia yang mula menyedari tentang kepentingan penabungan untuk anak – anak mereka.Selaras dengan pelancaran produk simpanan baharu,SSPN-i kini dikenali sebagai Simpan SSPN Prime yang masih mengekalkan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan sebelum ini.

Apakah Faedah Menyimpan Di Akaun SSPN

Menyimpan di Akaun SSPN menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti :
  • pemberian dividen setiap tahun,
  • pelepasan taksiran cukai pendapatan,
  • pemberian geran sepadan sehingga RM10,000,
  • perlindungan takaful percuma serta khairat kematian

Apakah Syarat-Syarat Membuka Akaun Simpanan SSPN?

Berikut merupakan syarat-syarat untuk membuka akaun simpanan SSPN. Kepada Ibubapa mestilah mengambil cakna. Syarat-syarat untuk membuka akaun simpanan SSPN:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pendeposit hendaklah berumur 18 tahun keatas.
  3. Penerima manfaat berumur 1hari sehingga sebelum berumur 29 tahun.
  4. Penerima manfaat hendaklah diri sendiri/ anak sendiri/ anak jagaan yang sah sahaja.

Kepada para ibubapa dan penjaga, jika anda berminat untuk membuka akaun simpanan SSPN yang kini dikenali sebagai SSPN Prime. Anda boleh merujuk maklumat seperti yang dilampirkan dibawah.

Cara Membuka Akaun Simpanan SSPN Prime Tahun 2022

Bagaimanakah Cara Untuk Membuka Akaun SSPN Prime?

Kepada ibubapa dan penjaga, anda boleh ikut langkah-langkah untuk membuka akaun SSPN Prime untuk anak anda. Berikut merupakan cara-cara untuk membuka akaun SSPN Prime:

  1. Layari portal rasmi simpanan SSPN https://lovesspn.com/simpan-sspn-prime/
  2. Sila klik pada “Pembukaan Akaun” dan isi maklumat serta butiran peribadi.
  3. Buat bayaran dan cetak resit.
  4. Semak penyata dengan mendaftar kali pertama di portal selepas 24 jam pembukaan akaun secara online.

Untuk sebarang persoalan, anda boleh merujuk ke:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Tingkat Bawah,Menara PTPTN Blok D,Megan Avenue No. 12 , Jalan Yap Kwan Seng 50450 Kuala Lumpur

Careline : 03-2193 3000

Faks : 03-2193 1263

Soalan lazim berkenaan SSPN Prime

Apakah dokumen yang mengesahkan pembukaan akaun Simpan SSPN Prime?

Simpan SSPN Prime tidak menggunakan buku akaun.Walau bagaimanapun PTPTN akan menghantar Slip Akuan Pembukaan Akaun Simpan SSPN Prime kepada pendeposit ke alamat yang didaftarkan sebagai bukti pengesahan pembukaan akaun Simpan SSPN Plus.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan nombor akaun Simpan SSPN Prime sekiranya slip akuan telah hilang?

Pendeposit boleh menghubungi Khidmat Pelanggan PTPTN di talian 03-2193 3000 atau mengunjungi cawangan PTPTN yang berdekatan untuk mendapatkan nombor akaun Simpan SSPN Prime.Pendeposit juga boleh memohon untuk cetakan semula slip akuan bagi memudahkan urusan.

Adakah pendeposit dan penerima manfaat mesti terdiri daripada ahli keluarga terdekat?

Tidak,pendeposit boleh membuka akaun dan menamakan mana – mana warganegara Malaysia yang lain sebagai penerima manfaat.

Ayuh Buka Akaun SSPN Prime Untuk Masa Hadapan Anak-Anak

Ibubapa haruslah cakna dan peka terhadap penyediaan inisiatif kerajaan rangkakan dan perlu mengambil dan rebut peluang yang disediakan oleh kerajaan Malaysia. Dengan membuat simpanan SSPN prime ini akan dapat memudahkan dan menjamin masa hadapan mereka. “SSPN Tanggungjawab Setiap Ibubapa Untuk Masa Hadapan Anak-Anak”.