Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PELUANG KERJAYA MALAYSIA AIRLINES TAHUN 2022 l GAJI SEHINGGA RM5,370

Peluang Kerjaya Malaysia Airlines
Peluang Kerjaya Malaysia Airlines

Peluang Kerjaya Malaysia Airlines Tahun 2022, Gaji Sehingga RM5,370. Syarikat penerbangan milik  kerajaan Malaysia iaitu Malaysia Airlines telah membuka  jawatan kosong terbuka kepada rakyat Malaysia. Permohonan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong. Pelbagai jawatan-jawatan kosong telah dibuka kepada rakyat Malaysia.

Peluang kerjaya di Malaysia Airlines merupakan satu peluang keemasan yang harus direbut oleh rakyat Malaysia. Ini adalah kerana Malaysia Airlines merupakan syarikat yang utama di Malaysia dalam bidang penerbangan. Salah satu syarikat kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan penerbangan awam di Malaysia seperti yang disediakan perkhidmatan menaiki kapal terbang ke dalam negara dan luar negara.

Syarikat ini terletak di bawah Kementerian pengankutan Malaysia. Dari segi pengurusan dan kecekapannya mempamerkan identiti Malaysia Airlines yang menjalankan sistem pengankutan udara dan perkhidmatan penerbangan bagi masyarakat Malaysia dengan baik dan berkualiti. Inilah masanya peluang kepada anda selaku rakyat Malaysia untuk bekerja dibawah syarikat kerajaan yang ternama di Malaysia.

Peluang Kerjaya Malaysia Airlines Tahun 2022

Malaysia Airlines merupakan syarikat penerbangan milik Malaysia yang mempunyai sebanyak 55 destinasi di Asia, Oceania dan termasuk Eropah. Syarikat ini juga menjalankan operasi antara penerbangan domestik dan antarabangsa.

Peluang Kerjaya Malaysia Airlines
Peluang Kerjaya Malaysia Airlines

Antara hub utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur manakala, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dijadikan sebagai hub kedua Malaysia Airlines.

Apa Jawatan Yang Ditawarkan?

  1. Juruteknik (Junior Technician) Bagi Firefly
  • Lokasi: Kuala Lumpur
  • Gaji: RM5,370 sebulan

Apakah Syarat Kelayakan?

  • Lulus daripada organisasi latihan yang diluluskan yang diiktiraf oleh syarikat Malaysia.

Bagaimana Pula Pengalaman Bekerja?

  • Sekurang-kurangnya 2 tahun
  • Pengalaman operasi dalam persekitaran penyelenggaraan talian akan menjadi kelebihan tambahan bagi pemohon.

Apakah Kemahiran & Pengetahuan Yang di Perlukan?

  • Seorang  yang kuat  dan boleh bekerja di bawah tekanan dan mempunyai keupayaan untuk melakukan pelbagai tugas sambil memberi perhatian yang teliti kepada butiran dan persekitaran sekeliling.
  • Seorang yang bermotivasi diri dan berorientasikan hasil cemerlang dengan fokus pada keselamatan dan kualiti.
  • Mempunyai Prinsip dan amalan penyeliaan kerja, latihan dan pengurusan kakitangan
  • Berkemahiran dalam komunikasi yang baik untuk membangunkan hubungan kerja yang baik di pelbagai peringkat dan bahagian.
  • Seorang yang berusaha untuk menyelesaikan sebarang maslaah yang timbul di tempat kerja.
  • Mempunyai Kefahaman bacaan yang baik untuk meneliti dan memahami prospek kerja di tempat kerja.

Apakah Skop Kerja?

Peluang Kerjaya Malaysia Airlines 2
Peluang Kerjaya Malaysia Airlines

Menjalankan servis, penyelenggaraan dan pengendalian teknikal pesawat mengikut kaedah-kaedah dan prosedur yang diluluskan oleh syarikat dan CAAM untuk berlepas tepat pada masa bagi penerbangan dan pesawat yang layak terbang di lapangan terbang.

Cara Permohonan Jawatan Di Malaysia Airlines Tahun 2022

Permohonan kerja kosong terbaru di atas boleh dilakukan secara atas talian. Sila ikuti arahan seperti di bawah.

Klik pada pautan “JAWATAN KOSONG DI MALAYSIA AIRLINES TAHUN 2022” di bawah dan rujuk pada maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan jawatan tersebut.

Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan melalui LINK yang dilampirkan  berikut:-

Jangan lupa sediakan dokumen-dokumen penting bagi membuat permohonan kepada mereka yang berminat :-

  • Resume beserta gambar berwarna (sila nyatakan jawatan yang dimohon)
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan sijil SPM
  • Salinan Sijil/Diploma

Segala persoalan dan persoalan, anda boleh merujuk ke laman web rasmi syarikat Malaysia Airlines : https://www.malaysiaairlines.com/my/

“Semoga Dipermudahkan Urusan Dan Peroleh Kejayaan”

Kepada calon yang berminat diminta untuk persiapkan diri untuk menghadiri temuduga jika dipanggil. Peluang Kerjaya Malaysia Airlines merupakan peluang keemasan kepada anda untuk memulakan kerjaya di bawah  sektor kerajaan dan di bawah syarikat milik kerajaan Malaysia.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati